Ramadhan : Muhasabah Amalan
Monday, September 6, 2010
Ramadhan : Muhasabah Amalan
Oleh : BroHamzah
Ramadhan akan pergi meninggalkan kita beberapa hari lagi. Menghargai Ramadhan adalah satu usaha yang harus diusahakan sehingga ke akhirnya. Segala bentuk proses keimanan yang dilaksanakan di dalam bulan ini harus dijalankan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.
Bagaimana bacaan Al-Quran kita? Sekadar bacaan atau tadabur penuh erti
Hafalan Al-Quran? Bertambah atau semakin susut dilupai
Zikir Al-Mathurat, wirid harian dan zikir-zikir di sepanjang detik kehidupan, adakah semakin sebati dalam diri?
Solat fardu, bagaimana kita sempurnanya? Khusyuk, berjemaah atau bagaimana mutunya serta kualiti?
Solat-solat sunnat, adakah kita tekun dan melaksanakan dengan penuh kegembiraan dan kerelaan sepenuh hati?
Doa harian kita pula bagaimana? Adakah sekadar doa memenuhi syarat berdoa atau doa dengan penuh pengharapan kepada ilahi ?
Sedekah, infaq dan zakat fitrah serta harta. Adakah kita berasa senang dan menyukainya serta ikhlas dalam menyalurkannya kepada mereka yang memerlukannya bantuan insani?
Selawat dan pujian buat junjungan besar Muhammad SAW, adakah sentiasa segar dibibir dan hati?
Dan
Amalan-alaman yang lain.
Sebaran kebaikan, amar maruf dan segala bentuk amalan soleh.
Tanda kita mendapat manfaat Ramadhan.
Suatu hari, ada seorang teman bertanya. Apa kah tanda kita mendapat kejayaan dalam bulan Ramadhan sekiranya kita melakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan keampunan Allah SWT.
Maka saya teringat, pesan seorang murabbi. Antara tanda Ramadhan kita berjaya ialah segala amalan yang kita lakukan dan laksanakan di bulan Ramadhan, berjaya diteruskan dengan ISTIQAMAH dan TEKUN di bulan yang lain.
Muhasabah diri dan hati.
Saya masih jauh.
3 comments:
ye.. sungguh terkesan di hati..terasa diri nie masih jauh... ya Allah.. ampunilah aku...
salam akhi, tumpang copy ye. jzkk
Perjalanan, dipersilakan. InsyaAllah
Post a Comment