Eidul Mubarak 1431 H
Thursday, September 9, 2010
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…
Di kesempatan ini, saya BroHamzah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair, Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een.
Khusus buat warga pengunjung blog BroHamzah ini.
Juga buat Murabbi, sahabat-sahabat, rakan-rakan, teman-teman yang mengenali.
Serta seluruh mereka yang bertaut persaudaraan dengan kami atas ikatan Laa Ilaaha Illallaah.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’aala menerima baik segala amal soleh serta amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran daripada Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, ameen.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
0 comments:
Post a Comment