Nota Tarbiyah : Tarbiyah itu, sifatnya ...

Wednesday, September 28, 2011


Perjuangan Islam.
Melalui usaha-usaha "Dakwah & Tarbiyah."
Jalan yang dirintis oleh baginda Rasulullah SAW. Jalan menuju kepada Allah SWT.


Jalan tarbiyah itu, tabiat dan sifatnya :


صَعْبٌ ثَابِتٌ
Sulit tapi Kukuh


طَوِيْلٌ أَصِيْلٌ
Panjang tapi Terjaga Keasliannya


بَطِيْءٌ مَأْمُوْنٌ
Lambat tapi Hasilnya Terjamin


Mungkin, kita baru sahaja disentuh dengan tarbiyah ini. Ataupun sudah bertahun-tahun berada di dalamnya. Proses inilah yang menjadikan kita ini hamba. Hamba Allah SWT yang sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, kepada muslim di sekelilingnya, kepada komuniti masyarakat yang ada dan seluruh ummah yang bersama-samanya.

Pemilihan Allah SWT ini, harus dihargai, disyukuri, dinikmati dan di"izzahi." Namun ia tidak cukup sekadar itu sahaja, jika tidak dikongsikan kepada insan-insan yang lain. Justeru, mindsetting kita jalan tarbiyah ini adalah jalan yang punyai sifatnya yang tersendiri.

(1) Jika antum merasai kesukaran, kesusahan, kejemuan, kelelahan, keletihan dan bermacam-macam perasaan yang mengetirkan sepanjang melalui proses tarbiyah ini – YAKINLAH – antum telah berada di landasan yang benar.

(2) Benar! Jalan ini bukan jalan magis, jalan yang “popular” dan glomour tetapi ia adalah jalan yang ditaburi duri-duri tajam lagi halus yang menusuk diri.

(3) Wahai, sahabat! – BERSABARLAH, TEGUHKANLAH KAKI-KAKI kalian kerana jalan ini melorongkan kita ke kampung halaman kita yang sebenar. Itulah “Jannah”!

Nota Kaki :

Ia adalah bahan mindsetting serta heart setting taklimat program Kem PIMPIN yang lalu. Menyedari akan suatu hakikat, :- proses pembentukan dan pembinaan manusia harus melalui jalan-jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Memelihara dan menjaga keberadaan dalam jalan ini, memberikan suatu signal dan cahaya bahawa kita wajar dan harus memilih jalan yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Jalan ini bukan rekaan siapa-siapa, ia punyai kaedah, methode dan cara yang diambil daripada fiqh Sirah dan fiqh Dakwah Rasulullah SAW. Memperhalusi, mendalami dan mencermati setiap kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh baginda Rasulullah SAW dalam "mendidik", "membina" dan "membentuk" para sahabat RA adalah jalan yang terbaik untuk kita membina semula kegemilangan Islam. InsyaAllah.

4 comments:

syeraho September 28, 2011 at 10:11 PM  

alhamdulillah dpt memahami hakikat tarbiyah dgn lebih dalam. mudah-mudahan dpt sntiasa kuat n istiqamah dlm jalan ini

brohamzh September 28, 2011 at 11:39 PM  

syeraho

Untuk perincian, seharusnya kita perlu mempertingkatkan bacaan buku-buku fikrah karangan ulamak muktabar.

InsyaAllah
BroHamzah

Rabitah,  September 29, 2011 at 1:37 AM  

Assalamualaikum wbt..

bagaimana pula tarbiyah,dakwah dan siasah.
adakah ketiga-ketiga element ini saling berkait atau saling lengkap-melengkapi?

mohon pandangan.

brohamzh September 29, 2011 at 3:06 AM  

Walaikumusalam, Rabitah.

Islam adalah agama yang syumul, kamil dan menyeluruh. Ia mencangkumi semua perkara.

Wallahu'alam
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP