Zero Dosa

Saturday, August 13, 2011

Transformasi yang sebenar adalah transformasi yang kembali kepada fitrah. Inilah formula kejayaan yang tidak popular dewasa ini.




Memulakan catatan ini dengan kalimah mulia, Bismillah.

Terima kasih kerana sudi berteduh di pondok teduhan ini, mudahan kalian mendapat sesuatu.

1. Sesibuk mana pun kita, sama ada kita ini seorang pimpinan sebuah negara atau organisasi, seorang pelajar yang menuntut pengkhususan dan kepakaran dalam apa jua bidang, atau pun kita ini seorang pekerja kepada seorang majikan, pensyarah kah kita, pengawai bank, pelukis, tukang gunting rambut, tukang sapu sampah atau apa jua kita. – kita harus sedar, suatu hakikat.

“ Kita semua akan pulang bertemu Allah SWT.”

Dan, kepulangan kita ke kampung halaman yang sebenar, harus dengan bekalan yang terbaik. The best ever and ever.- Taqwa.

Dan, kembali kita ke akhirat sana harus dengan suatu keadaan yang sangat bersih, jernih dan mulia. Iaitu dengan :

“ Zero dosa.”

2. Saya mentadabur ayat Al-Quran dalam Surah Taha ayat ke 74-76 yang sangat menyentuh hati. Sama-sama kita semak maknanya yang membawa maksud :

"Sebenarnya sesiapa Yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia berdosa maka Sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam Yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.

Dan sesiapa Yang datang kepadanya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal Yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:

(Iaitu) Syurga-syurga Yang kekal, Yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan Yang demikian itu ialah balasan orang-orang Yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".

Kampung halaman kita yang hakiki nanti ialah akhirat. Ia memberikan kita 2 pilihan tempat kediaman untuk dipilih. Namun, pemilihan bermula sejak di dunia lagi. Untuk memasukinya ada 2 kunci yang perlu kita ambil. Antara dua kediaman ini, mana pilihan kita.

Semulia-mulia atau sebaik-baik kediaman,
seburuk-buruk atau sejelek-jelek kediaman,


“ Syurga atau neraka.”

Untuk syurga kita boleh memilihnya dengan kunci berikut :

1. Pahala
2. Taqwa
3. Beriman
4. Beramal Soleh


Untuk Neraka, kita boleh menjejakinya dengan anak-anak kunci seperti :

1. Dosa-dosa dan maksiat
2. Kafir
3. Derhaka
4. Penuhi kehidupan dengan kemungkaran

3. Kita semua sedar, kita ini adalah pendosa. Suatu perkara yang tiada siapa yang boleh nafikan. Maha Agungnya Allah SWT, mengurniakan kita Ramadhan sebagai pusat rawatan untuk bersihkan segala dosa-dosa kita ini. Peluang keemasan yang disediakan buat para pendosa seperti kita. Sedarkah kita semua akan hakikat ini?

4. Di Bulan Ramadhan ini, Rasulullah SAW menyarankan agar kita menjadi hamba-hamba Allah SWT yang banyak merintih, bermunajat dan memohon keampunan kepada-Nya. Di sinilah, mahalnya keampunan Allah SWT.

Kenapa?

Kerana, ia akan menghapuskan segala dosa-dosa kita.

Suatu, pertanyaan buat diri. Sudahkan kita bertaubat kepada Allah SWT? Adakah taubat itu dilazimi dan diulang-ulang sentiasa?

Jika, ya. Teruskan dan perbanyakan lagi.

Jika, tidak. Mulakan sesegara mungkin. Ambillah peluang ini wahai jiwa-jiwa yang kotor.

Semoga, Ramadhan ini memberikan nafas baru buat kita. Menghirup udara keampunan Allah SWT dan keluar daripada pusat Ramadhan ini sebagai seorang hamba Allah SWT yang “zero dosa.”

5. Kerdilnya kita dan Maha Agungnya Allah SWT. Namun, hamba yang kerdil inilah yang selalu sombong, ego dan bongkak. Antara tanda-tanda kesombongan kita ialah selalu melakukan dosa terhadap Allah SWT berulang-ulang kali. Rasa bersalah, tetapi terus menerus melakukanya.Amat hinanya dan jijiknya kita.

6. Harapan terhadap Ramadhan kali ini, “ Saya inginkan diri ini zero dosa. Keampunan Allah SWT terhadap dosa-dosa saya yang lalu.Ia terlalu banyak dan tidak terhitung.” Kerana itu, doa yang diulang-ulang adalah istighfar atau lafaz pengampunan kepada Allah SWT disepanjang Ramadhan ini.

Zero Dosa, target Ramadhan ini. Ameen

BroHamzah
14 Ramadhan 1432 H
Bandar Baru Bangi

8 comments:

Anonymous,  August 13, 2011 at 5:23 PM  

Saya inginkan diri ini zero dosa..amin..

Anonymous,  August 13, 2011 at 5:52 PM  

Alhamdulillah, semoga kita semua akn zero dgn dosa.. ermm, oo ya mas tajuk "zero dosa" ini menarik toh jd tajuk muka depan majalah kita utk edisi ?. Tajuk begini yg lain dr yg lain gitu..
Ya, "selebriti syurga" jg menarik dan bisa diletakkan sbg tajuk muka dpn majalah. :-)

BroHamzah August 13, 2011 at 6:44 PM  

Pengemis Cinta

Harapan yang besar buat diri.
BroHamzah

BroHamzah August 13, 2011 at 6:45 PM  

Anonymous

InsyaAllah. Kita akan cadangkan.
BroHamzah

Anonymous,  August 14, 2011 at 7:40 PM  

Maaf jika tidak keterlaluan utk sy katakan, ini adlh artikel pertama yg benar2 memahamkn sy knp kita perlu blumba2 utk Ramadhan. Knp perlu all out utk Ramadhan. Hakikat bhw kita ini pendosa dan perlu Ramadhan merupakan platform utk menyucikan diri. Allah. Jazakallah..

BroHamzah August 15, 2011 at 3:55 AM  

Anonymous

Semoga Allah berikan natijah itu kepada kita. Zero dosa. InsyaAllah

BroHamzah

imam muda August 18, 2011 at 8:16 AM  

Allah pagari neraka dgn perkara yang nafsu suka..
Moga saya juga pohon dimatikan dgn zero dosa..

BroHamzah August 18, 2011 at 5:25 PM  

imam muda

Hajat bersama.InsyaAllah

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP