Sumber tenaga yang mencetuskan kekuatan. Recharge iman di sepanjang Ramadhan, bekalan untuk 11 bulan mendatang.
0. Saya mulakan titipan ringkas ini dengan bismillah.
1. Selalunya, ada catatan Ramadhan secara berkala yang akan menghiasi paparan muka blog teduhan ini. Namun, Ramadhan kali ini agak berbeza. Semoga kelainannya adalah yang terbaik buat diri saya.
2. Ramadhan kali ini, ia benar-benar menguji. Allah SWT berikan ujian kesihatan yang memudarkan perasaan yang ada. Lemah seluruh badan. Semangat yang berkobar-kobar serta terang benderang nyalaannya seolah-olah kian malap. Ujian itu tarbiyah. Kini, dalam fasa penyembuhan.
3. Pelbagai ragam, karenah dan sikap manusia disekeliling kita. Ada yang bersungguh-sungguh dengan kehadiran Ramadhan. Ada yang bersikap biasa-biasa. Ada yang tidak ambil endah tak endah dengan keberkatan dan keistimewaan Ramadhan. Bagaikan tiada perasaan langsung untuk menghidupkan Ramadhan.
4. Saya cemburu melihat insan-insan yang rapi dan tekun dalam perlaksanaan ibadah dalam bulan Ramadhan. Mereka bergerak dengan strategi yang tersusun kemas. Persiapan yang dibuat awal-awal. Dan, ketamakan terhadap pahala di bulan Ramadhan semakin menjadi-jadi apabila tiba di penghujung Ramadhan. Saya pernah ketemui insan sebegini. Anda pernah?
5. Dunia Online dan Offline ini banyak memberikan kesan kepada saya. Paling berbekas ialah, pandangan sisi terhadap seseorang. Watak manusia sangat berbeza di alam online dan offline. Justeru itu, seorang murabbi sentiasa berpesan agar sentiasa berpijak di alan realiti. Di situ, dunia kita yang sebenar.
6. InsyaAllah, saya cuba sedaya upaya untuk konsisten dalam perkongsian melalui penulisan di website LangitIlahi.Com. Sudi-sudilah mengunjunginya dan mengambil manfaat apa yang dikongsikan. Mudahan segala yang tercatat adalah bekalan buat saya jua. Sayalah individu pertama yang akan mengamalkannya, sayalah yang akan mula-mula respon segala yang disarankan dan sayalah akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT dengan apa yang saya tulis.
7. Sidang pembaca, saya hajatkan 1 bantuan. Satu sahaja, mohon nasihatkan dan tegurlah saya jika ada apa-apa kesilapan, kesalahan dan kelalaian yang saya lakukan. Saya amat senang hati jika ada yang sudi berbuat demikian. Semoga Allah SWT merahmati insan-insan yang sebegini.
8. Akhir kalam, Ramadhan Kareem. Marilah kita benar-benar serius dengan kehadiran bulan barakah ini. Waktu berbaki ini, kita hitungnya dengan melipat gandakan amalan soleh. Mencari bekalan buat perjalanan yang panjang ini.
InsyaAllah, energi buat diri adalah outcome Ramadhan ini.
BroHamzah
Khamis I 5.05 Petang
11 Ogos 2011
11 Ramadhan 1432 H
Pengkalan Chepa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam, briefly speaking...semangat ramadhan sy semakin luntur, quran makin kurg jemaah makin rongak solat makin lewat dan banyak2 lagi
sy harap artikel kali nie mungkin dpt bantu naikkan balik semangat ramadhan saya...but its far from it
tolong bantu sy
Anonymax
Boleh semarakan semangat saudara dengan tulisan-tulisan yang ditulis oleh sahabat-sahabat saya di Langit Ilahi.Com. Semoga ianya membantu.
BroHamzah
Post ini memperingati diri. Terima kasih.
Teruskan berbakti. Semoga Allah redha.
insyaAllah. terima kasih. selalu masuk langit ilahi.
anyway, boleh tak buat entri dan beri pandangan mengenai menutup aurat? banyak yang saya jumpa memberi persepsi menutup aurat sebagai memakai tudung, sedangkan menutup aurat itu tidak terhad kepada memakai tudung semata. juga mengenai aurat lelaki (yang ni paling tak reti nak ulas balik bila orang pertikai).
tq. salam ramadhan
Nur
Alhamdulillah. Sama-sama ingat memperingati.
InsyaAllah
BroHamzah
Piah Becok
Terima kasih atas cadangan.Akan diusahakan.
BroHamzah
Post a Comment