Lembah yang meneduhkan jiwa

Wednesday, August 3, 2011

Lembah yang meneduhkan jiwa yang lelah

Ramadhan ia sangat-sangat dinantikan kerana keistimewaannya yang luar biasa. Luar biasa bagi jiwa-jiwa yang diketuk dengan ketukan keimanan.

Ramadhan umpama oasis. Tempat seorang mukmin muslim mendapatkan seteguk air minuman yang nyaman, sejuk dan dingin serta penghilang dahaga selepas lama mengembara di gurun kehidupan yang gersang.

Dan, semua ini berlaku kerana di dalam bulan Ramadhan ayat-ayat suci Al-Quran dilantunkan sepanjang masa. Ummat Islam seluruh dunia memperbanyakan bacaan Al-Quran dengan penuh khusyuk, tawaduk dan penuh keinsafan.

Syiar cintakan Al-Quran harus diperhebatkan. Biar ia bergema di sepanjang Bulan Ramadhan ini. Ajaklah adik-beradik, kaum kerabat, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat untuk bertadarus Al-Quran beramai-ramai.

Masa lapang yang terluang, capailah Al-Quran dan terus menatap serta membacanya. Kuatkanlah lantunan bacaan Al-Quran agar ia mengesani jiwa-jiwa kita dan memberikan keinsafan apabila mentadabburnya. Al-Quran ia adalah rahmat dan penawar buat hati kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

( Al-Isra : 82)

Semoga ruh Al-Quran benar-benar meneduhkan perasaan nurani dan jiwa kita di sepanjang musim “kerehatan” jiwa di bulan Ramadhan ini.


Catatan Seorang Hamba

(1) Jemput membaca perkongsian saya di Langit Ilahi dalam mode " Semarakan Ramadhan di Langit Ilahi" dengan artikel Himmah yang terkini bertajuk : Mencari Teduhan Jiwa di Oasis Ramadhan. Semoga ia bermanfaat.

(2) Antara pengisian utama yang diamalkan serta dilazimi oleh Rasulullah SAW, para sahabat, salafusoleh serta para ulama silam di dalam Bulan Ramadhan ialah memperbanyakan membaca Al-Quran. Apabila membaca sirah para ulama terdahulu, amalan soleh mereka berkait membaca Al-Quran ini sungguh luar biasa. Imam Syafie' khatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan sehingga 60 kali. Imam Abu Bakar Ibn al-Haddad, seorang ulama mahzab Syafii berasal dari Mesir khatam 59 kali. Tergerakah hati kita untuk mencontohi mereka?

(3) Ada ulama seperti Sufyan al-Thawri yang memfokuskan ibadahnya di bulan Ramadhan dengan memperbanyakan bacaan Al-Quran. Begitu juga Imam Malik bin Anas yang warak, ilmuan yang soleh lagi zuhud. Dikisahkan oleh Imam al-Baihaqi bahawa Saidina Uthman adalah seorang sahabat yang banyak membaca Al-Quran. Sehingga ketika beliau wafat, mashaf Al-Qurannya telah rosak kerana terlalu kerap membacanya.

(4) Saya ingin benar meneduhkan jiwa dengan membaca dan mendengar bacaan-bacaan Al-Quran daripada Qari-qari yang lunak suaranya. Setiap malam, saya bertarawih di masjid-masjid dan surau-surau yang berbeza di sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa. Bagi sesiapa yang ingin berkongsi maklumat berkaitan Qari, Huffaz atau Imam di tempatnya disekitar Kelantan - mohon kongsikan. Mudahan saya dapat bertandang ke sana.

(5) Target Ramadhan kali ini ialah Ramadhan yang terbaik dalam sejarah hidup. Semoga Allah berikan kekuatan. InsyaAllah.

6 comments:

BroHamzah August 3, 2011 at 11:26 PM  

Nur Syafiqah

Semoga bermanfaat.

BroHamzah

Senyumlah Selapangnya August 4, 2011 at 12:17 AM  

Salam 'alaik


Jika benar-benar semua nmapak barakahnya bulan ini, maka pasti semua ber"fastabiqulkhairat". Kerana ramadhan adalah bulan yang luar biasa bukan biasa-biasa.

Ramadhan Kareem.Syukran ats sharingnya

BroHamzah August 4, 2011 at 1:09 AM  

Senyumlah Selapangnya

Walaikumusalam

Tersenyum saya.
Alhamdulillah. Moga kita pandangan ia secara luar biasa juga.InsyaAllah.

BroHamzah

~Setanggi Syurga~ August 4, 2011 at 3:48 AM  

assalamualaikum..

insyaAllah...smga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik & lebih baik dari yang sebelom2 ini...

Ustaz ali..ana nk tanya soalan...
kalo perempuan yang tengah ABC...boleh ka baca Quran?? ana byk tanya ustaz2 & ustazah...ada yg kata boleh tapi kena niat zikir..ada yg kata xboleh tp dibolehkan kpd ayat2 yg pendek shja..matsurat pon katanya xdisyorkan baca time ABC...bila tiba Ramadhan rasa sgt2 rugi laaa...T__T...tapi cmna pula kalo seorang hafizah...??
ana konfius sal ni...maaf terpaksa tanya kat sini...harap ustaz ali dpt terangkan...insyaAllah...

BroHamzah August 22, 2011 at 12:18 AM  

Setanggi Surga

Berkaitan solat ini, jika seorang wanita itu "bercuti" atau ABC.(Sebenarnya ABC itu apa?)Saya agak ia adalah bercuti. Para ulama memberikan pelbagai pandangan. Antaranya

Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Sedikit saya petikan daripada Ustaz Zaharudin.InsyaAllah.

Wallahu'alam.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP