Bersama-sama menjayakan Lifeline For Somalia. Saluran sumbangan anda di bulan Ramadhan yang penuh berkata ini.
BIMB
14-023-01-002571-8 (HALUAN)
Coretan ini saya mulakan dengan bismillah. Semoga ia mendatangkan manfaat buat semua.
Ramadhan ini, marilah sama-sama kita menyelami akan sebuah hakikat kehidupan. Di suatu sudut di dunia ini, ada insan-insan yang memerlukan bantuan, perhatian dan sokongan kita. Mereka itu bukan siapa-siapa, tetapi mereka ada saudara kita. Saudara seIslam.
1. Alhamdulillah, terima kasih atas respon dan usaha sebaran semua berkaitan isu yang sedang berlaku di Somalia saat ini. Hati-hati kalian sangat lembut dan begitu sensitif dengan nasib ummat yang ditimba kesusahan dan musibah. Terima kasih, syukran dan jazakallahu khairan khatira.
Ya Allah, berkatilah dan rahmatilah ummat ini.
Payungilah mereka dengan nur hidayah-Mu
Dan, ampunilah segala kesalahan dan dosa-dosa mereka.
2. Saya terharu dan ingin kongsikan sesuatu. Minggu lepas, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan isteri bersama beberapa orang menteri kabinetnya membuat lawatan rasmi ke Somalia. Tujuannya jelas, melihat sendiri keadaan di sana dan membantu rakyat Somalia dan menarik perhatian dunia berkaitan kemarau yang sedang belaku di sana. Bagi saya, ia adalah suatu sokongan moral yang besar dan meninggalkan kesan yang besar kepada sudut pandangan dunia berkaitan isu ini.
3. Beliau menyeru, agar negara-negara Islam dan negara maju yang lain turut prihatin dalam isu dan permasalahan yang sedang berlaku di sana. Presiden Somalia, Sharif Ahmad sangat-sangat berbesar hati dengan lawatan ini. Gembira, terharu dan sudah tentu jauh di sudut hatinya berbunga-bunga indah bahawa " Masih ada sinar harapan buat Somalia."
4. Kerajaan Turki memecah tradisi "ketidakpedulian" terhadap Somalia. Mereka mulakan langkah dan menjadi qudwah buat negara Islam lain. Menurut maklumat yang diterima, mereka telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan, dan PM Erdogan bercadang untuk membina 12 hospital, membina jalan menuju ke lapangan terbang di Somalia dan pembinaan sumber air yang lebih efisien di sana.
Anda prihatin? Ingin menderma, sedekah dan infaq? Saya cadangkan ini salurannya.
BIMB
14-023-01-002571-8 (HALUAN)
Isteri Presiden Somalia dan Isteri PM Turki : Mesra, Erat dan Rapat!
5. Dalam usaha murni ini, ada juga suara-suara sumbang dari Barat yang berkumandang sengau di media cetak dan barat. Apa kata mereka? Erdogan mencari publisiti murah dan hendak tunjuk hero. Saya kira, kalau pemimpin mereka yang lain seperti Obama, Cameron dan lain-lain sudah tentu liputan indah dan melayang-layang pujian. Pedulikan mereka. Ini masalah ummat Islam. Jawapan balas Erdogan sememang power dan harus dikagumi.
Katanya : "Turki tidak akan mempedulikan apa negara lain katakan. Tunjukan komitmen anda sebagai negara yang bertamadun."
Tersenyum puas saya dengan ucapan ini. Tahniah, pemimpin yang lantang dan pemberani. Ini baru pemimpin sejati.
Turun sendiri, melihat dan menyelami situasi sebenar. Agar lebih dekat, cakna dan menjiwai penderitaan mereka.
Suasana Lawatan Erdogan di Somalia. Untuk paparan, gambar dan maklumat terkini anda boleh layari di FB Erdagon
Mendekati masyarakat Somalia. Lambaian bermakna seorang pemimpin dunia.
" Kami bersama anda semua. Kami akan lakukan yang terbaik."
Fakta : Hampir 30 000 kanak-kanak di Somalia mati kebuluran. Dan, kita harus bertindak melakukan sesuatu. Anda punyai peluang untuk membantu. Salurkan sumbangan anda ke :
BIMB
14-023-01-002571-8 (HALUAN)
6. Sebuah NGO di Malaysia, HALUAN dalam perancangan untuk membantu rakyat Somalia melalui projek Lifeline For Somalia. Pengesahan daripada Ketua Misi, Dr Baharudin Suri - Misi Kemanusiaan Somalia dari Team 1 seramai 3 orang akan bertolak pada hari Khamis 1 September 2011 ini dan tiba di Nairobi pada 3 September dan dijangka pulang semula ke Malaysia pada 14 September 2011 ini. Saya doakan agar misi mereka ini mencapai objektif yang telah ditetapkan. InsyaAllah.
7. Galakan dan dorongan buat semua blogger-blogger, facebooker-facebooker, pemilik apa jua medium alam maya : marilah kita lakukan sesuatu dengan kemampuan kita. Kita war-warkan, hebah-hebahkan dan gembar-gemburkan hal ini. Masih ramai, rakyat Malaysia yang tidak menahu akan situasi yang berlaku di Somalia. Justeru, anda punyai tanggungjawab dalam bab ini. Ayuh, kita gerakan massa alam maya online ini dengan nada yang sama.
Bermimpi, agar khemah sebegini akan bertukar wajah kepada yang lebih baik.InsyaAllah
Harapan : Semoga kepimpinan negara kita bergerak seiringan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Turki. Walaupun, tidak mendatangkan apa-apa keuntungan atau pulangan kekayaan kepada negera dari sudut materialnya. Namun, hakikatnya - itulah titik permulaan kejayaan kepada kemenangan kesatuan ummat Islam.
Itu impian kita semua.
Saya, anda, mereka dan seluruh ummat Islam seluruh dunia!
Dan, impian itu kian bersinaran terang di ufuk sana.
BroHamzah
25 Ramadhan 1432 H
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Assalamu'alaikum,
Turki masih mempunyai aura tinggalan kepimpinan Khilafah Uthmaniyyah. Ketika Acheh bimbang diserang Belanda mereka menghantar delegasi mohon bantuan dari Turki, dan Turki hantar bantuan dengan memberi hadiah meriam dan sebagainya(masih ada di muzium Acheh). Terkenang zaman umat Islam masih ada tempat mengadu. InsyaAllah, zaman itu akan kembali nanti - semua bergantung dan terpikul ke atas bahu kita semua tanpa kecuali. Sedikit pembetulan, Erdogan adalah PM Turki, presidennya adalah Abdullah Gul. Wallahu'alam.
CikguUmm
Walaikumusalam,
Alhamdulillah syukran atas coretan yang bermakna. Sejarah adalah rantaian khazanah yang harus diselongkar untuk kita teladani dan amati. Dengan memahami sejarah ini, kita akan melaksanakan semula gerak kerja era kebangkitan semula.
Syukran atas komentar pembetulan. Saya sudah betulkan. Alhamdulillah
BroHamzah
alhamdulillah... terubat sikit mendengarnya..
skrg menjadi juga peranan kita utk membantu apa yg termampu.. mari menderma..
Somalia Menggamit Rasa
mr IQ
Itu langkah awal, dan harus ada banyak lagi usaha-usaha ke arah itu.Syabas, atas usaha anta juga. InsyaAllah
BroHamzah
yah,,tgh menghebah2 nie...fastabiqul khairat
anta amik maklumat erdorgan tu kat mana? anajumpa sikit-sikit ja
shairazi sharizan
Anta boleh baca dalam berita-berita luar negara. Dalam kurang.Syukran atas usaha anta yang benar-benar gigih.
Teruskan.Teruskan.Teruskan.
Syukran
BroHamzah
subhanallah....in tansurullaha yansurukumm...
Huraiyah
Membantu dan saling bahu-membahu adalah amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam.Ayuh kita gerakan bantuan ini.InsyaAllah
BroHamzah
salam ziarah ke sini
kprihatinan yang patut dicontohi oleh mata2 dunia. mengagungkan keindahan ukhwah Islamiah acuan Islam.suara2 sumbang itu, patut merasa malu.
MyIlham.Com
Syukran atas ziarahnya.
BroHamzah
Post a Comment