Menulis

Thursday, January 10, 2013



........................

Titik Mula Aku Menulis

Aku mula cenderung dengan dunia penulisan sekitar tahun 2000. Ketika itu, aku berada di tingkatan tiga. Masih segar dalam ingatanku pada masa itu, sebuah kelab kewartawanan dan penulisan akan ditubuhkan di sekolahku. Aku adalah antara yang paling awal mendaftar menjadi ahli kelab itu. Tapi, alangkah sedihnya apabila kelab itu terkubur selepas kali pertama perjumpaan awal diadakan. Sehingga kini, aku sendiri tidak tahu kenapa hal itu berlaku.

Aku suka menulis, berkarya, mencoret dan bertinta. Dahulunya, aku mempunyai sebuah diari – tempat cetusan hati yang menjadi wadah untuk aku meluahkan segala isi hati dan lintasan fikiran yang hadir dalam diriku. Saat aku tertekan, sedih, ditimpa kekusutan dan dicengkam pelbagai perasaan – pastinya buku itu yang menemaniku. Segala tulisan itu aku simpan rapi dengan jagaan yang sebaiknya. Namun, buku itu hilang dalam simpananku setelah banjir besar melanda rumahku pada tahun 2005. Segala khazanah dan coretanku luput daripada diriku begitu sahaja. 

Saat kesedihan, jiwaku menjadi tenteram dan damai – apabila luahan jiwa dilakarkan melalui pena. Begitu juga apabila diberikan perasaan gembira, ceria dan suka – medium penulisan ini jualah menjadi teman pertama menemaniku. Semakin hari semakin akrab aku dengan alatan penulisan ini. Susunan bahasa, lingkaran kata dan huruf-huruf menjadi teman sepermainanku. Bagiku, merekalah teman yang jujur lagi luhur. Bersama-sama saat sedih dan suka.

Dari situ, minatku kepada penulisan mulai mekar dan kian subur. Aku mula menerbitkan beberapa makalah yang mengumpulkan artikel-artikel nasihat, tulisan ulama muktabar dan kartun-kartun islamik untuk diedarkan kepada adik-adik junior di sekolahku. Ianya hanya bermula dengan tujuan untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran. Singkat kata : Dakwah!.

Inisiatifku itu mendapat sambutan yang baik daripada rakan-rakan, sahabat-sahabat dan adik-adik di sekolah. Aku sedikit teruja. Semangat mudaku naik dan aku rasa begitu tenang melihat perkembangan ini.

Dunia Blog – Dimensi Baru Penulisan

Sekitar 2003, aku mulai berjinak-jinak dengan alam maya – dan platform yang begitu memikat hatiku saat itu ialah dunia blog. Melaluinya, aku boleh menaip dan menulis sesuatu secara dunia online dan dipaparkan untuk perkongsian umum. Aku terjun ke dunia maya tanpa sempadan dengan suatu dimensi yang baru. Akhirnya, lahirlah satu hasrat dalam diriku untuk memulakan perkongsian, coretan dan penulisan melalui blog. Maka lahirlah, blog BroHamzah Versi Pertama.

Asalnya, blog BroHamzah adalah himpunan kata-kata hikmah, nasihat dan peringatan yang pernah aku kumpul semenjak sekolah menengah lagi. Itu juga adalah salah satu hobiku. Tujuan aku ketika itu, setiap hari sebelum melangkah kaki ke kuliah akan aku kemas kinikan satu kata-kata inspirasi atau motivasi yang akan membakar semangatku untuk belajar dan menuju ke puncak kejayaan. Dan, ternyata setiap hari tulisan-tulisan itu mampu menginspirasikan diriku.

Aku gembira.
Aku suka
Aku Ceria.

Anda pula bagaimana? Minatkah kalian dengan dunia penulisan?
Apa persepsi anda tentang dunia penulisan?
Dan, mampukah anda dan kita semua menjadi penulis?

----------------
BroHamzah
Pra-Mindsetting
# Bengkel Kemahiran Penerbitan UniSZA
Slot 1 : Minda Seorang Penulis
Slot 2 : Seni Melakar Tinta 
Anjuran Persatuan Penerbitan Kreatif UniSZA
11, 12 Januari 2013

7 comments:

fauzi yahya January 11, 2013 at 10:10 AM  

assalamualaikum ustaz.....

saya muhammad fauzi bin yahya...siswa unisza yang ikut bengkel ustaz...

Sejujurnya saya tidak brapa minat baca novel/majalah tapi saya suka dengar sahaja dari ustaz/penceramah2 dalam pgajian/kelas/video.....

Alhamdulillah, saya bertambah semangat untuk mendalami ilmu penulisan ini.....

saya yakin sangat penulisan ini penting dalam diri seorang muslim untuk membantu menyebarkan Islam dan membimbing diri dan masyarakat menjadi masyarakan yang diredhai Allah...

Mulai detik ini, saya perlu banyakkan Ilmu dalam diri saya dengan selalu pergi menuntut Ilmu supaya saya dapat bersedia dalam alam penulisan.....

Mohon Ustaz doakan saya...

Syukran jiddan...
Asif ala kulli hal...
Assalamualaikum

Anonymous,  January 11, 2013 at 10:52 AM  

salam ustaz, saya salah seorang siswa Unisza yg mengikuti bengkel tersebut. sy sebenarnya lebih berminat kpd penulisan blog dan boleh dikatakan saya tidak kenal lgsung penulis2 buku kerana hanya obses dgn penulis2 blog. Memandangkan saya sudah tahu yg ustaz juga adalah penulis blog, jd tak mustahil saya akan jd pengikut setia blog ustaz :)Maklumat yg ustaz berikan kpd kami semasa Slot pertama sahaja pon sudah byk mmbantu. terima kasih .

Anonymous,  January 11, 2013 at 3:32 PM  

Assalamualaikum.

Bagi ana, ada ketika, penulisan bukan sesuatu yang mudah, mungkin kerana kurang skill, lemah iman dan sebagainya. Namun, apabila ana sedar bahwa anugerah idea sebenarnya datang dari Allah, di sebalik itu wujud kekuatan dalam menulis.
Anugerah yang ada digunakan untuk disampaikan, dikongsikan bersama, Bukankah itu sweet :)

*Semoga ana dapat disiplinkan diri dalam management masa untuk menulis setiap hari seperti brohamzah. Allahu Yajzik. Wallahualam.

Siswi UniSZA, Haura Hurriyyah

Sundus Al-Jauhari January 11, 2013 at 4:39 PM  

Assalamualaikum....

Medan penulisan merupakan metod dakwah yang paling berkesan untuk menyebarkan risalah2 Allah di muka bumi... Melalui penulisan, hegemoni terhadap minda ummat dapat dilaksanakan secara holistik dan berkesan dengan izin-Nya. Medan penulisan merupakan satu ruang yang memberi peluang kepada para da'ie untuk memastikan Islam bertebaran di seantero dunia.

-Peserta Bengkel Penulisan UniSZA-

qayyum sham January 11, 2013 at 5:15 PM  

assalamualaikum ustaz
saya Qayyum Shamsudin peserta bengkel penulisan UniSZA

Pada pandangan saya hari ini ramai yang masih terlena dan kurang mengetahui penulisan antara salah satu medium dakwah yang sebenarnya lebih berkesan kerana tulisan adalah peluru yang tepat. ramai menyangka berdakwah perlu nyata atau "face to face" tetapi pada saya tulisan lebih efektif. salah satu sebabnya tulisan boleh baca berulang kali dan mudah dijadikan rujukan walaupun bahasanya tinggi.

saya suka menganalogikan penulisan seperti peluru kerana tulisan mampu mencairkan malah membunuh orang lain. penulisan juga melambangkan bagaimana personaliti seorang penulis melalui bait-bait tulisannya.

hari ini pelbagai cara penulisan yang saya lihat. ada yang mengajak, ada juga yang hanya mengkritik tanpa memberi solusi malah ada juga yang hanya menulis kosong.

sekian dari saya

nur naa'irah January 12, 2013 at 3:17 AM  

salam..bestnye dpt p bengkel tapi jauh dengn saya..xberkesempatan tuk hadir..kdg kala dengan menulis kita dptluah masalah kita wlaupom penulisan tdk dpt memberi respond pd kita..tp kdg2 kita rasa puas dpt share ilmu..kdg2 penulisan gak lah yg sentiasa memberi kita peringatan agar trus ingt selain ALLAh..

Anonymous,  January 20, 2013 at 8:12 PM  

minat memang minat utk menulis... tpi susah nk konsisten:)

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP