Genap Setahun Usianya - Ada Hadiah Istimewa Buatmu, Sayang.

Wednesday, January 16, 2013





Pose yang terbaik yang dapat kami perolehi daripadanya 
setelah berkeping-keping snap diambil.
-----
" Semoga menjadi penyejuk hati buat abi dan ummi."
Anak Solehah

Jumaat, 11 Januari 2012. Kami sekeluarga berjaulah merentas sempadan Kelantan dan Terengganu meredah hujan yang sangat lebat.

“Ta Ti Ta Ti Ta,” Suaranya begitu manja dan ada kuasa yang tersendiri.

Saban waktu yang berlalu pergi, jiwaku kian mekar  dan berbunga-bunga  melihat telatah, karenah dan pembesarannya. Saat aku dan zaujati keletihan, kepenatan dan kelesuan seharian bekerja – senyumannya dan gelak tawanya yang bersiulan merdu mampu menghilangkan semua itu sekelip mata.

Wah, hebatnya penangan seorang anak!

‘Aliyah Muklisah Bt ‘Ali ‘Irfan

Abi dan Ummi sangat-sangat gembira di saat hari pertama menerima kehadiranmu dalam hidup kami. Tidak terkata melalui bait-bait kata atau tutur bicara. Cukuplah ia tergambar pada raut wajah kami yang terukir lukisan jiwa. Abi masih ingat di hari-hari penuh debaran ketika abi kecuakan mengurus ummi yang sarat mengandung.  Abi terlalu excited sehingga wajah abi begitu cool sekali. ( Nada : Nak cover daripada paparan umum)

Pengalaman pertama untuk memegang gelaran sebagai seorang ayah, abah dan abi – adalah pengalaman yang sangat manis buat abi. Tahu kenapa? Biarlah rahsia. ^^

Abi tiada apa-apa harapan buat Putri sulung abi ini. Hanya satu sahaja – agar Mukhlisah membesar sebagai seorang hamba Allah SWT yang menyerahkan seluruh kehidupan hanya sanya kepada-Nya. Abi sangat yakin, jika itulah yang tertanam kukuh di jiwa Mukhlisah – ia sudah cukup membahagiakan jiwa Abi dan Ummi.

Ia sudah cukup. Dan benar-benar cukup.

Abi dan Ummi, berhasrat hendak sampaikan hadiah kepada Mukhlisah yang sangat istimewa. Mukhlisah nak tak?

“ Ta Ti Ta Ti Ta,” Ujar Mukhlisah seolah-olah memahami.

Hahh.. Tunggu ya. InsyaAllah, sama-sama kita berdoa ya. Hadiah yang amat istimewa yang akan memberikan satu title yang sangat unik buat Mukhlisah. Tahukah, apa gelaran itu?
Kakak!

---------
BroHamzah
Terima kasih buat semua yang mendoakan Mukhlisah.
Sedang mencari hadiah buat Mukhlisah sebelum hadiah yang teristimewa.
Ada cadangan?

8 comments:

aku-bukan-robot.,  January 16, 2013 at 8:06 PM  

mabruk mukhlisah. bakal jadi kakak. moga Allah redha.

Amirah Hamani January 16, 2013 at 10:07 PM  

Moga bila Mukhlisah sudah boleh membaca dan membaca penulisan Abinya ini, dia akan merasa bahagia.

“ Ta Ti Ta Ti Ta,” Ujar Mukhlisah seolah-olah memahami.

Moga Allah selalu redha keluarga Ustaz. InsyaAllah. :)

Cik Mawar Bbungo January 17, 2013 at 7:57 AM  

Alhamdulillah..moga Mukhlisah menjadi anak yg solehah :) semoga Bro Hamzah,isteri dan keluarga bahagia hingga ke akhirnya.. :)

Srikandi permata January 17, 2013 at 8:36 AM  

Alhamdulillah..tumpang bahagia.
moga ustaz sekeluarga sentiasa bahagia dgn kasih syg-Nya.

saza s January 18, 2013 at 8:51 AM  

Salam abang Ali, apa khabar ?

Bila dh besar sket, si kecil tuh baru nampak meh-meh ummi abi dia
Jemput dtg kenduri kakak-kakak ana
Btw, betul ke 'aliyah dh nak jadi kakak ?

May Allah bless us

BroHamzah January 18, 2013 at 8:08 PM  

Aku bukan robot, Amirah Hamani, Cik Mawar Bbunga & Srikandi permata

Terima kasih atas ucapan buat Mukhlisah. Pasti dirinya bahagia dengan kakak-kakak & abang-abang yang budiman.

Syukran
Abu Mukhlisah
aka BroHamzah

BroHamzah January 18, 2013 at 8:09 PM  

saza s

Alhamdulillah, sihat sahaja.
Tentang kenduri - afwan, kami kemungkinan besar tidak hadir kerna plan balik ke Utara. Sampaikan salam kepada keluarga.

BroHamzah

Mohamad Mariti January 18, 2013 at 9:28 PM  

Semoga Mukhlisah akan terus-terusan menjadi penyejuk mata abi dan umminya.
Semoga bila besar kelak menjadi serikandi pembela Islam seperti ibu dan ayahnya!
Aamiiinn ...

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP