HQ HALUAN Malaysia - "Signal" Untuk Terus Bekerja, Bergerak & Berbakti

Tuesday, September 4, 2012



Ibu Pejabat HALUAN yang baru!


1. Tahniah & Syabas diucapkan kepada kepimpinan,  seluruh ahli dan warga kerja HALUAN Malaysia di atas perasmiaan  Ibu Pejabat HALUAN yang baru ini. Saya berkesempatan menghadiri majlis yang penuh bersejarah ini  – ia tentunya memberikan suatu suntikan perasaan, ruh dan semangat kepada seluruh warga HALUAN walaupun di mana antum berada.




Kamar Presiden HALUAN



Meja Operasi dan Kerja


2. HALUAN  telah melalui fasa demi fasa. Proses demi proses. Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan. Pencapaian demi pencapaian. Bermula tahun 1968 sehingga saat ini. Dan kini sebagai satu langkah untuk lebih serius, tersusun dan sistematik dalam merealisasikan visi dan misi  HALUAN maka tersergamlah HQ HALUAN yang telah dinanti-nantikan buat sekian lama –diharapkan pusat operasi utama yang baru ini akan membawa suatu dimensi yang lebih keterhadapan, gerak kerja yang dinamik dan terlaksananya kerja-kerja perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih “berganda-ganda” daripada sebelumnya.

Berdirinya, HQ HALUAN Malaysia ini adalah signal kepada ahli HALUAN untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti bahkan ianya akan lebih meluas dan melebar.

Dari fasa organik ke organisasi tentunya membawa suatu perubahan yang punyai signifikan yang tersendiri. Gagasan ini akan membawa kepada anjakan yang lebih baik untuk gerak kerja HALUAN di masa hadapan. Gabungan pendekatan organik dan juga organisasi tentunya  mampu menghasilkan suatu natijah yang besar.





Bilik Mesyuarat Utama


3. Difahamkan lebih RM 1.6 juta telah dibelanjakan  untuk menjayakan projek ini, - hasil sumbangan, infaq dan derma  daripada poket-poket warga HALUAN sendiri  dan juga mereka-mereka yang sentiasa prihatin dengan misi-misi HALUAN. Tentunya, modal yang dilaburkan ini tidak berbaloi sekiranya tiada usaha-usaha semaksima mungkin dan gerak kerja yang tinggi untuk menggunakan segala kemudahan yang ada bagi memperkasakan segala perancangan yang telah direncanakan bagi mencapai hasrat dan cita-cita HALUAN. Justeru, fasa ini adalah fasa untuk memastikan gerak kerja lebih efisien, berkesan dan mampu memberikan impak kepada HALUAN dan masyarakat.

Fasa keluar kepada masyarakat!



Bilik Seminar


4. Sekali lagi, saya ucapkan sekalung penghargaan – syabas dan tahniah - buat semua kepimpinan HALUAN terutamannya Tuan Presiden, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman yang gigih, berkerja keras  dan bersungguh-sungguh memimpin dan mengemudi bahtera HALUAN ini menuju kepada suatu puncak pencapaian yang lebih tinggi di masa hadapan. Serta kepada ahli-ahli HALUAN yang terus bersabar, tabah  serta penuh istiqamah dalam jalan ini sehingga ke akhirnya.

Benarlah, syiar kita yang terulung adalah “ Allahu Ghayatuna.” – “Allah adalah Matlamat Kami”.

BroHamzah
5 September 2012 M
18 Syawal 1433 H





HALUAN Malaysia 
"Berakhlak, Mendidik & Berbakti"

Kenali HALUAN di sini

2 comments:

Anonymous,  September 17, 2012 at 6:34 AM  

ASSALAMUALAIKUM,
Semuga kita dilindungi dr fitnah dan gangguan sesama Insan..Selamat BerAMAL. bERKHIDMAT DAN bERBAKTI.

BroHamzah October 2, 2012 at 7:37 AM  

Anonoymous

Amal kerana Allah SWT menembusi tujuh petala langit. Ia sangat-sangat sukar tetapi itulah yang sewajibnya.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP