Hati menangis siapa yang tahu

Wednesday, July 28, 2010

Ia bukan sekadar sebuah tangisan air mata

Hati menangis siapa yang tahu

Nukilan puitis bermakna dari seorang sahabat. Mata pena jua mampu memberikan cetusan rasa dan perkongsian perasaan menusuk kalbu.

Ia merupakan sajak yang mendalam, bererti dan bermakna. Hanya mereka-mereka yang benar-benar memahami intinya akan menghayati sebuah kenikmatan dan kepuasan berada dalam sebuah ribath yang penuh dengan ruh perjuangan dan pengorbanan.

Sajak untuk Ibu

Ibu,
izinkanku terus di sini
kerana belum cukup berkongsi dan memberi

Ibu,
izinkanku terus beroda dua
kerana tubuh ini belum puas
belum puas, berhujan berpanas

Ibu,
izinkanku lewat meminang suri
kerana belum siap membina diri
belum elok akhlak pekerti
belum cukup duit wal money

Ibu,
izinkanku berpoket nipis
asalku tahu khidmatku laris

Ibu,
fitrahmu mahu yang terbaik untukku
yang sempurna dan selesa

ketahuilah ibu,
fahamilah ibu,
derita ini tiada apa-apa
sunyi ini tiada apa-apa
tiada lagi hai ibu,
yang sebaik ini untukku

Ibu,
jangan panggil aku pulang lagi
kerana medan ini,
RIBATH ini,
memerlukan aku
dan aku perlukannya!!!

Read more...

MATRI Di Masa Hadapan

Monday, July 26, 2010


Cita-cita mewujudkan sekolah atau madrasah seperti MATRI ini bukanlah cita-cita biasa, ia mempunyai impian, matlamat dan wawasan yang jauh. Bukan sekadar melahirkan pelajar yang akan memenuhi peluang pekerjaan di pasar, bukan hanya melahirkan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di dalam Institusi Pengajian yang ada, malah cita-citanya melebihi dan menjangkau lebih daripada itu.

Kata Mudir, UDMZ. MATRI diwujudkan untuk menghasilkan para pelajar yang memahami tuntutan Allah SWT dan deen terhadap dirinya. Dan ia keluar sebagai pekerja, dan pendokong Islam.
MATRI, di masa hadapan? Apakah harapan dan impian yang kita letakkan terhadap MATRI dalam melahirkan para pemimpin masa hadapan yang baik dan menepati ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Read more...

Jutawan Harta, Jutawan Pahala

Sunday, July 25, 2010

Jutawan Harta, Jutawan Pahala

Oleh : BroHamzah

Salah satu kegemaran saya dimasa yang terluang ialah membaca kisah atau sirah para sahabat Rasulullah SAW. Menyelusuri kisah-kisah kehidupan dan keperibadian mereka membuatkan saya terpegun dan kagum. Kehidupan mereka sangat luar biasa dan sentiasa dihiasi dengan amalan kebaikan dan kesolehan.

Perjalanan kehidupan mereka adalah perjalanan hidup yang diwarnai dengan keimanan, kebenaran, keteguhan dan keyakinan kepada Allah SWT. Malah, jika kita membaca setiap kisah para sahabat Rasulullah SAW dengan penuh penghayatan dan mengharapkan cahaya hidayah daripadaNya nescaya membuatkan kita sebak dan menitiskan air mata. Kisah para sahabat penuh dengan ruh keimanan dan semangat melaksanakan setiap tuntutan tanpa beralasan.

Sirah para sahabat juga dibasahi dengan air mata pengorbanan, dicelahi dengan titisan darah kepedihan serta kesusahan memperjuangkan Islam. Mereka memilih Islam sebagai deen dan cara hidup setelah disinari jiwa dan hati mereka dengan cahaya keimanan dan mereka bangkit secara nyata dan terang menyatakan bahawa mereka merasa Izzah ( bangga) dengan keislaman mereka.

Satu ciri sahabat yang sangat menonjol

Di dalam sirah para sahabat, kita akan dapat banyak sifat-sifat mahmudah dan amalan kebanyakan yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh, penuh keseriusan dan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah SWT. Dan salah satunya ialah para sahabat Rasulullah SAW ini terkenal dengan sifat dermawan, pemurah dan suka menginfaqkan harta mereka di jalan Allah SWT.

Para sahabat seperti Abu Bakr As Siddiq, Abur Rahman Auf, Saidina Umar al-Khattab dan ramai lagi para sahabat sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan suka melaksanakan amalan sedeqah ini sebagai amalan kehidupan harian mereka. Kebanyakan para sahabat adalah adalah terdiri golongan yang berharta namun, banyak kekayaan dan kesenangan harta di salurkan kepada perjuangan menegakan deen Allah SWT.


Jutawan Harta, Jutawan Pahala

Mereka ini – para sahabat – adalah jutawan harta dan mereka juga mampu menjadikan diri mereka sebagai jutawan pahala dengan “menukarkan” harta mereka menjadi pahala. Bagaimana? Mereka membelanjakan harta di jalan Allah SWT, memberikan wang kepada golongan-golongan miskin, fakir dan susah dan sangat ringan tulang mereka membantu anak-anak yatim dengan memberi perlindungan dan kasih sayang.

Abu Bakar adalah seorang sahabat yang menginfaqkan seluruh hartanya di jalan Allah SWT dan memberikan seluruh umurnya demi mendapat keredhaan Allah SWT.

Uthman ib Affan, Zu An- Nuraini seorang sahabat yang selalu bersegera memenuhi seruan Allah SWT dan Rasulnya. Dia berinfaq demi Allah SWT. Dialah yang menyiapkan dan membekalkan tentera Jaisy al- Usrah. Dia juga membeli perigi dan kemudian mewakafkannya untuk kaum muslim.

Abdul Rahman Bin Auf antara salah seorang daripada 10 orang yang dijamin masuk ke dalam syurga. orang yang pernah menyedekahkan satu kalifah dagangnya untuk membiayai perjuangan di jalan Allah SWT. Dia menyumbangkan seluruh unta dan muatannya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Malah, selalu menginfaq tanpa jemu dan bosan sebahagiaan keuntungan dan keberhasilan perniagaan untuk deen Allah SWT.

Begitulah sebahagian kisah para sahabat, dan ramai lagi kisah-kisah yang mengagumkan kita. Inilah kisah, bingkisan tauladan dan pedoman buat jiwa-jiwa yang beriman.

Motivasi Menjadi Jutawan Pahala

Saranan dan motivasi mereka untuk berlumba-lumba menjadi jutawan pahala ialah Al-Quran. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menganjurkan amalan berinfaq dan bersedeqah. Kita hayati firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah pada ayat 265 :

“ Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan?.”

( Al-Baqarah 2 : 265 )

Salah satu matlamat hidup mukmin ialah meraih taqwa di sisi Allah SWT. Dan antara sifat orang-orang yang bertaqwa ialah membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT dan jalan yang benar.

“ Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-peminta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan salat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang bersabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”

( Al- Baqarah 2 : 177)


Visual 3 Dimensi Surau Baru KTD

Seruan berinfaq dan membelanjakan harta

Bertepatan dengan kehadiran Ramadhan Al – Mubarak, marilah sama-sama kita memulakan langkah proaktif untuk menjadi JUTAWAN PAHALA. Lihat peluang-peluang dan kesempatan yang ada disekeliling anda untuk meraih gelaran jutawan pahala.

Dr Abdullah Sudin selalu berpesan kepada saya dan staff KTD, :

“ Kita harus berusaha untuk “transfer”kan duit dan harta kita menjadi pahala yang akan menjadi bekalan pulang kita bertemu Allah SWT .”

Firman Allah SWT :

“ Dan belanjakanlah ( dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampa ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suautu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh?.”

( Al- Munafiqun : 10)

Cadangan Rekabentuk dan Pelan Surau baru KTD


Peluang untuk menjadi Jutawan Pahala

Saya ingin war-warkan satu peluang untuk anda menjadi jutawan pahala. InsyaAllah. Kolej Teknologi Darul Naim, kini sedang dalam usaha membina suraunya yang baru untuk kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada para penghuninya. Justeru, KTD membuka ruang kepada saudara-saudari untuk menyumbang dana bagi Tabung Pembinaan Surau KTD dan kemudahan berkaitan. KTD menyakini bahawa pelaburan ini akan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada penyumbang-penyumbang budiman. Sumbangan saudara – saudari boleh lah disalurkan melalui akaun

MAY BANK : EQ RESOURCES SDN BHD

5530 1010 1580

Sekiranya sumbangan menggunakan cek atas nama KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM ( dibelakang cek tulis sumbangan pembinaan surau KTD)

Penutup

InsyaAllah, semoga kita semua diberi peluang dan kesempatan untuk beramal dalam apa jua bentuk. Dan ayuh kita berusaha menjadi jutawan pahala yang dermawan dan budiman.

Semoga menjadi realiti. InsyaAllah

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP