Putri Kami - Setahun Sudah.
Kota Serambi Makkah kini benar-benar basah dengan limpahan
rahmat daripada Allah SWT. Sejuk sehingga menggigit tulang belulangku.
Tadahan air yang mencurah-curah menggamit setiap jiwa yang
memandang ke langit yang mendung dan gelap saban hari. Masya-Allah.
Kurniaan, anugerah dan nikmat daripada Sang Pecipta yang tidak pernah putus
buat sekalian makhluk.
Aku, Zaujah dan Puteriku seakan-akan menghirup udara baru
saat ini. Fasa-fasa kami bersama telah mengharumkan kehidupan kami dengan
pelbagai warna, cerita dan gaya. Aku
duduk bertafakur dan mengimbas segala laluan di sepanjang tahun 2012 ini. Lalu
aku simpulkan :
“ Maha Suci Allah SWT Yang Memberikan Semua ini!,”
---
Januari – Post : 5
Anugerah permata hati kurniaan Allah SWT yang amat menyenangkan
hati. Aku bersyukur Ya Allah! Gembiranya hati, hanya Dialah yang Maha Tahu!
Februari – Post : 7
Ujian Allah SWT bermula. Aku gagahkan setiap hari dengan
munajat, zikir dan doa. Aku laluinya tanpa berkongsi dengan sesiapa. Hanya
kepada Allah SWT aku adukan segala sakit perit ini.
Mac – Post : 11
Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan kepadaku dalam setiap
langkahan. Aku teruskan kehidupan dengan senyuman tanpa paksa.
April – Post : 9
Tiada kuasa yang agung dan hebat melainkan Engkau Ya Rabb!
Rawatan demi rawatan aku cuba, ternyata Allah SWT itulah sumber kekuatan yang
ampuh!
Mei – Post : 12
Setiap hari adalah peluang-peluang untuk memohon
keampunan-Mu Ya Ilahi. Zaujah dan putriku adalah penyeri hidupku ini. Begitu
juga keluarga besarku! Terima kasih abah, kedua-dua emak dan adik-beradik yang
lain termasuk abang dan adik-adik iparku.
Jun – Post : 10
Aku terus gagahkan diri mengumpul segala kekuatan dengan
kurniaan Sang Pemberi Kekuatan. Sahabat-sahabat sekeliling terus menemaniku
dalam perjuangan ini.
Julai – Post : 4
Ramadhan – intensif memulihkan roh dan jiwa yang lara.
Ramadhan ini berbeza dengan Ramadhan yang sebelum-belumnya.
Ogos – Post : 4
Sinar itu kembali bercahaya.
September – Post : 3
Menyusun dan membangunkan kembali kehidupan yang lalu. Kepada-Mu
Ya Rabb kami serahkan seluruh kehidupan ini. Kami tiada upaya dan daya. Kami
hanya hamba-Mu yang kerdil, kecil dan hina.
Oktober – Post : 6
Setiap kesempatan adalah ruang untuk penambahbaikan,
peningkatan dan daya tolak untuk terus maju ke hadapan.
November – Post : 8
Menerima
berita gembira yang kedua.
Alhamdulilah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Disember – Post : 5
Susunan Allah SWT, kami memilih untuk berubah dan meningkat!
Maha
Baik-nya Allah SWT.
Maha
Pemurah Lagi Pengasih-nya Allah SWT
Maha
Sempurna Dan Agung-nya Alah SWT
Dialah
yang memberikan kami naungan, lindungan dan rahmat-Nya tidak putus-putus
sehingga kini.
Dengan
izin-Nya kami dapat bernafaskan udara kasih sayang-Nya dengan penuh kekuatan,
ketenangan, kebahagiaan dan ketenteraman.
Kepada-Nya
lah kami berserah!
----
BroHamzah
Jumlah Post 2012 : 84. Berkurang daripada tahun-tahun
sebelumnya. Semakin hari, semakin sukar untuk menjadi medium blog sebagai tapak
perkongsian, cetusan dan sebaran. Namun, Alhamdulillah – seminggu sekali, saya
akan cuba untuk meninggalkan jejak di pondok teduhan ini.
Moga tahun 2013, saya mampu meningkatkan sesuatu lebih
daripada menulis tetapi menjelmakan ia dalam bentuk penghayatan amalan! Itu
lebih utama dan penting.
Pastinya, tahun 2013 : Akan merubah perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Justeru, kepada Allah SWT jualah kami serahkan ketentuan, keizinan dan ketetapan-Nya.
0 comments:
Post a Comment