Hijrah Ke Bagan Datoh Perak

Sunday, February 24, 2013



Jeti Bagan Datoh Yang Mendamaikan.


Hidup Baru Di Bagan Datoh

Begitu pantas masa berlalu, bagaikan “tanpa” sedar sudah 3 minggu kami sekeluarga di tempat baru yang menjadi tapak baru kehidupan kami sekeluarga.

Bagan Datoh.

Bumi ini sebenarnya, amat asing bagi saya dan zaujati. Ya. Seumur hidup belum pernah menjejaki ke sini, dan saya – inilah kali pertama “mendengar” nama tempat ini dan inilah kurniaan Allah SWT kepada kami untuk menghirup udara segar Bagan Datoh!

Kami berhijrah dengan semangat, perasaan dan impian yang baru. Sejujurnya, jiwa dan hati saya sudah lama “merasai” saat untuk berhijrah tetapi tidak tahu ke mana sehingga pada tanggal 4 Februari 2013. Panggilan telefon yang mengesahkan penempatan zaujati di Perak dan Maha Suci Allah SWT yang memilih kami sekeluarga untuk “berkampung” di Bagan Datoh.

Bagan Datoh.

Kawasannya yang menghijau, dipenuhi pokok kelapa sawit, dan untuk sampai ke sini – perlu melalui Bidor, Setiawan dan Teluk Intan. Perjalanan yang ditempuhi hampir 10 jam dari Kota Bharu, benar-benar menggamit perasaan kecil saya.

Fuh! Jauh juga.

Alhamdulillah. Mindsetting awal saya kepada zaujati, agar sama-sama jadikan hijrah ini sebagai satu langkah untuk maju kehadapan dan meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Kualiti yang bagaimana?
Kehidupan yang lebih dekat, akrab dan hampir dengan Allah SWT. Ya. Keberadaan kami di bumi yang asing - tiada sesiapa yang kami kenal,perlu banyak belajar, lebih berdikari dan berdepan dengan manusia-manusia yang baru – membuatkan kami perlu perbanyakan persandaran dan pergantungan hanyasanya kepada Allah SWT.

Itulah yang saya rasai saat ini. Tempoh penyesuaian dan settledown semua perkara serentak amat-amat menghimpit dan memberikan cabaran serta dugaan kepada saya dan zaujati. Tetapi, Maha Baiknya Allah SWT yang mempermudahkan segala kesukaran yang kami lalui. Kepayahan disusuli dengan kemudahan demi kemudahan.

Ya Allah, kepada-Mu lah kami berserah.
Ya Ilahi, kepada-Mu lah kami sentiasa bersangka baik.
Ya Rabbi, kepada-Mu lah kami sandarkan segala-galanya.

Banyak perkara, perasaan, pengalaman dan perkongsian yang ingin dicoretkan. Namun, saya biarkan ia berlalu tanpa rakaman. InsyaAllah, saya hajatkan sedikit sahaja kekuatan, kesempatan dan peluang untuk menukilkan semua itu dalam kotak minda dan relung jiwa – sebelum ianya mampu diukirkan dengan mata pena maya di pondok teduhan saya ini.
Harapan saya.
------------
BroHamzah
Selepas ini, bagaimana? Apa cerita Yob?
Apa perancangannya?

3 comments:

Novelgurl February 25, 2013 at 6:22 AM  

Semoga bro sekeluarga bertambah damai di tempat baru.Allahumma ameen.

nur naa'irah March 4, 2013 at 1:22 AM  

salam..ustaz n keluarga da berhijrah ke perak..dr Kelantan..smg semua berjalan lancar..walau kat mana berada..kita masih hamba ALLAH yang sama..:-)..smg ustaz sekeluarga di permudahkan di ngri org..:-)..in shaa ALLAH..amin

Anonymous,  June 29, 2013 at 2:18 AM  

assalamualaikum. saya x biasa dgn bagan datoh. pernah dengar kg sungai pergam? berapa jauh dari bandar bagan datoh?

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP