Result Merudum, Stress Bertimpa-timpa

Monday, December 10, 2012


New Semester
New Spirit
1 Hope


------

Semester baru menjelma lagi di kolejku ini. Rata-rata pelajar semuanya sudah memunculkan wajah masing-masing dengan pelbagai mode yang beraneka ragam.

Tentunya – antara soalan favourite saat ini ialah :

“ Hah, result kamu macamana?,”

Ada muka cuak. Ada mengelak. Ada yang rilek. Ada gembira dan tersenyum. Ada bermuka semangat. Dan, ada juga berwajah masam.

Semester ini, result merudum agak teruk secara keseluruhan. Semua pihak mulai mencari puncanya. Bukan menunding jari kepada sesiapa tentunya tetapi, bertujuan memperbaikinya jika ada kelemahan dan kekurangan. Sudah tentu ada kekurangannya dan kelemahannya bukan?. Justeru, semuanya harus berlapang dada, tenang dan menerimanya dengan jiwa yang terbuka.


Mengali Hikmah

Ada pelajar yang resultnya sangat-sangat teruk. Tidak tahu punca katanya. Dah habis study bagaikan nak rak! Dah buat macam-macam untuk score tetapi keputusan hampeh rungutnya!

Ada pelajar cukup-cukup makan. Studi pun lepas-lepas batok di tangga. Buku jarang-jarang disentuh dan minat belajar dah lama mati.

Ada pelajar yang awalnya semangat, pertengahan kian kendur dan akhirnya terus malap. Banyak paper dan subjek fail. Nak sedih, tidak berguna – salah aku.

Ada pelajar hilang fokus dalam studi. Akibatnya, banyak assignment tunggang langgang. Kuiz, test dan sebagainya hampir hancur. MKK usah disebut. Pensyarah hendak bagi markah kesian pun tidak tergamak.

Ada yang putus cinta. Frust, tension dan tertekan tahap gaban. Sedih, kecewa dan patah hati. Studi entah ke mana. Hidup makin derita. Semangat terus hilang dalam jiwa. Lalu, akademik menjadi mangsa.

Ada yang bersungguh, tekun dan penuh usaha. Result meningkat dan wajahnya semakin ceria. Semester mendatang memberikan harapan, bahawa kejayaan pasti ada.

Ada yang terus-menerus maintain dengan kejayaan dan kecemerlangan. Bertekad untuk kekalkan apa yang ada dan berusaha untuk lebih baik. Dan yang lebih mulia, akan gigih untuk kecemerlangan di masa hadapan.

Saya sedih jika mendengar cerita – jika gagal atau fail kerana faktor-faktor yang “lekeh” :- putus cinta, couple tidak studi sekali, ditolak cinta oleh si dia, dan sewaktu dengannya.

Untuk para pelajar, jika gagal, dapat result rendah dan sebagainya – berikanlah jawapan yang kukuh, alasan yang logik dan sebab musabab yang munasabah. Barulah “harga” diri kita tidak tercalar.

Jika sudah usaha sungguh-sungguh, studi 24 jam dan semua asbab musabab untuk berjaya telah dilaksanakan semuanya – maka, ketahuilah Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Jika result tidak menepati seperti yang dihajati maka semak, muhasabah dan review perkara-perkara lain :

1. Hubungan kita dengan Ibu Bapa bagaimana? Pernahkah minta ampun?
2. Solat kita bagaimana? Berjemaah, mutu khusyuknya dan solat sunat sebelum dan selepasnya?
3. Dosa dan maksiat kita sudah terkikis atau belum? Taubat kita?
4. Bagaimana perasaan pensyarah kita sebagai tenaga pengajar? Redhakah mereka?
5. Dan, teruskan senaraikan lagi perkara-perkara lain.

Janganlah, usahlah dan tolongnya – hanya mencari kesalahan, kesilapan dan keburukan orang lain jika kita gagal atau tidak berjaya. Sikap berlepas tangan tanpa tanggungjawab ini – banyak sekali terlekat pada para pelajar dan mahasiswa dewasa ini.

Eh, betulkah? Jangan tulis tanpa fakta dan bukti yang kukuh!

-------
BroHamzah
What Ever!

2 comments:

Travelog Nur December 11, 2012 at 3:39 AM  

Terkejut juga dapat tau berita ni semasa sembang dengan lecturer selepas kuliah tadi.

Buat student2, yang lepas biar berlalu..akan tetapi perbaiki kelemahan yang lepas agar pisang tidak berbuah dua kali. Perkongsian Kajian Tarbawi bersama Sir Irwan kelmarin sangat2 sesuai utk direspon degan tajuk ni. "Posisikan diri". Kisah Abdullah Bin Ummi Maktum dibawa dalam KT. Sangat2 terasa dengan pengisian yg ringkas tapi padat. Kata Sir Irwan:
"Di mana posisi diri kita dalam kumpulan penuntut ilmu? Di mana posisi kita dalam semester baru ni? Di mana posisi diri kita dalam usaha Da'wah dan Tarbiyah? Sejauh mana kita mengenal diri kita sehingga kita mampu meletakkan diri kita pada posisi yang benar-benar LAYAK buat kita?? Walau apa pun keuzuran dan kelamahan yang ada pada diri kita, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Jika tidak, akhirnya akan sukar bagi kita dalam mengenal potensi diri seterusnya memposisikan diri pada posisi yang benar-benar Layak buat kita dalam usaha menggerakkan Da'wah dan Tarbiyyah. Once Kita letakkan diri kita pada posisi yang sepatutnya, teruskan perjuangan. Sama juga yang telah dilakukan oleh Ibnu Makhtum."
#penyampaian Sir Irwan yang ringkas tetapi padat dan menusuk isinya. Terasa muka ditampar sebentar,mengejutkan diri dari 'tidur'.*hampir menyerah*#

..Gali Kekuatan-->Luruskan Niat --> Betulkan kelemahan yang ada --> Buka Hati --> Posisikan Diri pada tempat yang Selayakanya bagi Kita..

#bekalan buat student2 dalam menempuh permulaan semester baru ni. Bukan sahaja pihak institut mencari asbab, tetapi kita juga turut sama mencari puncanya. Wallahua'alam

ateyyyy December 12, 2012 at 2:47 AM  

Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Betul.
Bila kata sudah berusaha,
sepatutnya bukan hanya dari segi akademik,
tetapi juga rohani.
Hubungan dengan Allah, ibu bapa.
Baru betul dikira berusaha.

Jazakallahukhair for this reminder brother.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP