Manis Tawar Ta'aruf Suami Isteri

Thursday, November 1, 2012


" Masa - detik kehidupan - adalah 
titik-titik berharga untuk disantuni."



Petang itu seperti biasa kehidupan harian kami, makan malam sebelum maghrib seusai pulang dari kerja. Agak penat, lelah dan letih itu sudah menjadi ramuan harian kami menempuh kerja-kerja yang ada. 

Sembang-sembang santai antara suami isteri adalah saat-saat yang berharga. Senyum, ceria, heart to heart dan ada "feeling-feeling" sikit.

Di situ, terbinanya rasa, cinta dan sentuhan jiwa yang kadang-kadang diterabaikan kerana kesibukan yang terus-menerus “menghimpit” masa, ruang dan perhubungan yang ada.

Apabila berpeluang maka, itulah ketika yang harus dimanfaatkan. Tiba-tiba wujudnya satu rasa ingin “menguji” isteri yang tercinta.

“ Sudah setahun lebih kita hidup bersama kan? Tentunya banyak perkara yang kita belajar antara satu sama lain. Mungkin, sayang lebih kenal abang berbanding dahulu?Betul tak?,” Aku mulakan bicara.

“ Agak-agaklah - apakah perkara yang paling abang suka?,” Aku memasang peluru.

Zaujati tersenyum sahaja. Memandang juadah nasi kegemaran kami berdua. Dalam hatiku, ini mesti terdiam mencari-cari jawapan. Hah! Peluru hampir menepati sasaran.

“ Sepanjang hidup dengan abang, sayang perasaan ada dua perkara yang sangat-sangat dekat dan abang suka buat,” Ujarnya dengan penuh keyakinan. Tiada ragu-ragu.

“Apa dia?,” Teruja aku dibuatnya. Nak tau juga, betul ke salah.

“ Pertama, setiap bulan mesti ada duit yang abang peruntukan untuk beli buku atau bahan-bahan ilmiah. Walaupun, bajet kita ini ceput sahaja,” Kata zaujati dengan tenang tapi yakin.

“Betul tak bang?,” Soalnya.

Saya diam tak terkata.

“ Keduanya, abang ini jenis kalau nak dapatkan sesuatu atau beli sesuatu – abang akan pastikan harga atau kualiti barang selepasnya lebih baik dan bermutu walaupun mahal. Biarpun terpaksa menabung dan simpan duit untuk tempoh yang lama. Betul kan?,” Ujar zaujati lagi.

Tiba-tiba rasa sebak, terharu dan jiwa terusik.
Entah mengapa, rasa jawapan itu dekat dengan diriku.

“ Betul tak, abang?,” Soalnya lagi.

Aku sengih sahaja. Dalam hati, zaujati adalah seorang pemerhati dan observer yang sangat peka, sensitif dan menjiwai insan-insan di sekelilingnya. Kerana itulah ramai kenalan, sahabat-sahabat dan adik-adiknya begitu menyayanginya. Ada “sesuatu” yang istimewa padanya.

Sebelum ini, belum ada yang mampu memberikan jawapan sebegitu padaku. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu.

“ Ok abang, kalau sayang pula macamana? Apakah perkara yang paling sayang suka dan gemar buat?,” Pertanyaan spontan daripada zaujati.

Alamak, peluru dialihkan kepada aku.


“ Kalau abang ini peka, ada satu perkara yang  sayang akan buat. Hampir sebulan ada.?,” Tanyanya dengan wajah kejujuran.

Peluru berdas-das datang!

Gulp! Berpeluh. Hampir tersedak aku dibuatnya. Fikiran melayang-layang mencari jawapan. Mulut terkunci. Tak pernah terfikir aku tentang perkara ini!

-------

Murabbi ada berkata : “ Biasanya sepasang suami isteri mengambil masa sehingga 10 tahun untuk mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam. Bahkan, ada yang lebih daripada itu.”

Bahkan, ta’aruf itu juga berlaku sepanjang hayat sehingga bertemu Ilahi.

5 comments:

shafriza November 1, 2012 at 5:29 PM  

Sangat setuju. Taaruf suami isteri tidak akan terhenti malah sehingga salah seorang tiada lagi di dunia ini juga, taaruf itu akan masih berterusan.

BroHamzah November 2, 2012 at 2:22 AM  

shafriza

Ya. Benar. Itulah hakikatnya. Walaupun, manis atau pahit - ia harus ditelan dengan air. Baru mudah!

BroHamzah

srikandi November 4, 2012 at 11:56 PM  

Slm alayk..dlm 2 mggu yg lalu ana ade dgr pengisian ttg baitul muslim.. sblm ni bila dgr BAITUL MUSLIM, gmbrn yg terbayan d fikiran adlh ia stu perkara yg mmbahagiakn..indah..segalanya manis blaka tapi...utk membentuk kluarga yg sakinah mawaddah wa rahmah dn melahirkan generasi pewaris sbnarnya sgt sukar..tidak semudah yg kita inginkan dn mencapainya..

benar2 memelukan pengorbanan antr ke22 belah pihak dn taaruf yg pnjang antr zauj dn zaujah

BroHamzah November 5, 2012 at 3:53 AM  

Srikandi

Walaikumusalam, syukran atas coretan.

Ya. Bahtera rumahtangga sememanngnya begitu. Ada manis ada tawarnya. Perlu kuat untuk melaluinya.

BroHamzah

dorathecoffeegirl January 12, 2013 at 1:04 AM  

masyaAllah, manis berkenalan selepas kahwin.. semoga menjadi kekuatan buat diri untuk terus menjaga hati :)

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP