Ia mulai bertunas, akan berbunga, terus mekar dan berkembang subur.
Itulah harapan!
Saya tarik nafas agak panjang hari ini.
Minda juga “sibuk” menyelak-yelak semula lembaran kehidupan
saya sendiri. Sambil-sambil memetakan perjalanan yang telah dilalui dan sedang
dirasai. Terbayang juga angan-angan yang ingin dikecapi dan digenggami. Fuh!
Berpeluh juga saya memikirkannya. Fasa-fasa yang telah dilepasi banyak
meninggalkan pengaruh, bekas dan kesan kepada hayat saat ini. Yang pasti,
pilihan yang telah saya buat ini – amat-amat menepati citarasa kehendak jauh nun
di sudut sanubari.
Baik!
Fasa-fasa ini telah saya lalui :
Pertama,
Alam bayi,
alam kanak-kanak, alam remaja – kini cuba menjadi “sedikit” dewasa.
Kedua,
Alam sekolah
rendah, menengah dan kampus – kini berusaha keras di alam kerjaya.
Ketiga,
Alam
sendiri, bujang dan single – kini menikmati
hidup berkeluarga.
Keempat,
Alam
berdua suami isteri – kini mengorak langkah hidup bersama seorang cahaya mata.
Kelima,
Alam
berprestasi biasa-biasa – kini harus lebih luar biasa dan hebat!
Fasa-fasa ini adalah titik-titik termahal dan berharga buat
saya. Ia punyai signifikan tersendiri buat saya di saat melaluinya. Bila
diimbas, kekadang terasa banyak perkara yang telah saya abaikan dan tidak
manfaatkan ia sepenuhnya.
Zaujati, sememangnya special – terus menerus membakar
semangat saya untuk terus melangkah dan menapak jejak-jejak yang lebih tinggi
dan terus menjulang “sesuatu” yang bermakna buat diri ini, keluarga dan ummah.
Syukran ya habibati solehah – zaujati!
Apakah yang akan dipetakan untuk pelan mendatang?
(1) - Saya bakal menjadi mahasiswa semula – puncak tertinggi
harus diselesaikan sebelum tempoh yang ditetapkan. Terus semangat!
(2) - Projek penulisan akan diteruskan. Tahun 2012 sebagai
titik mula. InsyaAllah – nantikan buku sulung saya & beberapa rakan
LangitIlahi.Com. (Zaujati juga sedang menanti buku sulungnya berkisar pendidikan kanak-kanak. Kolabirasi dengan gurunya. InsyaAllah, jangka terbit hujung tahun ini ).
(3) - Beberapa rombakan laluan kehidupan akan berlaku pada
hujung tahun ini. Berdebarnya hati ini.
(4) - Pelan 2012 direview semula – banyak yang perlu
dimuhasabahkan, dan tahun 2013 telah dirangka. Pelan Jangka Panjang turut
diharmonikan agar hidup ini bebenar penuh erti!
(5) - Jom, terus semangat untuk berubah & merobah!
Kata-kata Tarbawi ini terus menyuntik himmah dan iradah saya
:
“ Biasakanlah dirimu melakukan hal-hal yang termulia dan yang terbaik.
Kirimkanlah dulu ke liang kuburmu hal-hal yang akan menyenangkanmu di sana
sebelum kamu mendatanginya.”
(Ibnu Jauzi)
BroHamzah
Usaha
Merobah Diri
Seronokah Miliki Adik Beradik Yang Ramai ?
Wednesday, September 19, 2012
Keluarga saya semasa Majlis bersejarah buat saya.
--------
Abah, Mak, Mak Cik & Mak Su ( Mak Saudara Kembar)
Saya & Zaujah
5 Adik Lelaki & 4 Adik Perempuan
Dahulu jika
orang tanya berapa bilangan adik-beradik, saya segan dan malu hendak
menyatakannya. Entah – tidak tahu mengapa. Pelik juga saya dibuatnya.
10
Adik-beradik. 6 lelaki dan 4 perempuan. Itulah ahli “team” saya. Angka 10 telah
memberikan suatu signifikan tersendiri buat saya.
Dulu, jika
abah bawa kami sekeluarga keluar makan di gerai atau restoran saya terasa
sangat malu. Orang akan pandang-pandang kami semua. Tercetus dalam benak saya,
apalah yang mereka katakan.
“ Banyaknya
adik-adik dia.”
“ Macam
team bola sepak.”
Macam-macam
andaian yang saya buat. Kelakar pula apabila difikirkan. Namun, kisah itu telah
berlalu. Kini, saya benar-benar berbangga memiliki 10 adik-beradik. 10 inilah
yang akan saya ulang-ulang bila orang tanya berapa ahli keluarga saya.
Saya akan
jawab dengan penuh yakin dan teruja.
“ Tidak
ramai pun.”
“ 10
adik-beradik!.”
“ 10
sahaja!.”
Mereka
adalah insan yang dekat dengan hati saya. Saya seronok mempunyai adik-beradik
seperti mereka. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai abang sulung amat berat,
besar dan luas jangkauannya. Namun, saya senang hati melalui setiap fasa-fasa
kehidupan sebagai seorang abang.
Ramai orang
mampu mengajak, memperbaiki dan menyeru orang lain untuk menjadi lebih baik.
Tetapi gagal untuk melaksanakannya terhadap insan yang hampir dengan dirinya
terutama adik-beradik sendiri.
Saya pernah
alami suatu situasi yang menyentap jiwa saya apabila saya begitu sibuk tentang
orang lain tetapi tidak hiraukan adik-beradik saya. Ya Allah, bantulah aku Ya
Ilahi.
Saya
bahagia melihat satu per satu adik beradik saya berjaya dalam bidang mereka.
Cemerlang lebih daripada saya. Cemerlang, berjaya dan gemilang dalam lapangan
akademik, sahsiah serta kehidupan dunia akhirat mereka. Semoga kehidupan mereka
diberkati dan diberkahi oleh Allah SWT sentiasa.
Mereka akan
terus-menerus menjadi darah daging saya dan lebih penting, saya hajatkan kami
semua dapat merealisasikan cita-cita emak saya.
Apakah
cita-cita dan impian itu?
Hajat emak saya - " Kami semua
masuk ke Syurga bersama dan bahagia menikmat kehidupan di alam sana dengan
anugerah kurniaan daripada Allah SWT."
Doakan
kami!
BroHamzah
19 September 2012
Terkenangkan semua adik-adikku.
Semoga
semuanya dalam lindungan dan inayah Allah SWT.
Read more...
Labels:
Catatan Perjalanan,
Santai
HQ HALUAN Malaysia - "Signal" Untuk Terus Bekerja, Bergerak & Berbakti
Tuesday, September 4, 2012
Ibu Pejabat HALUAN yang baru!
1. Tahniah & Syabas diucapkan
kepada kepimpinan, seluruh ahli dan
warga kerja HALUAN Malaysia di atas perasmiaan
Ibu Pejabat HALUAN yang baru ini. Saya berkesempatan menghadiri majlis
yang penuh bersejarah ini – ia tentunya
memberikan suatu suntikan perasaan, ruh dan semangat kepada seluruh warga
HALUAN walaupun di mana antum berada.
Kamar Presiden HALUAN
Meja Operasi dan Kerja
2. HALUAN telah melalui fasa demi fasa. Proses demi
proses. Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan. Pencapaian demi pencapaian. Bermula
tahun 1968 sehingga saat ini. Dan kini sebagai satu langkah untuk lebih serius,
tersusun dan sistematik dalam merealisasikan visi dan misi HALUAN maka tersergamlah HQ HALUAN yang telah
dinanti-nantikan buat sekian lama –diharapkan pusat operasi utama yang baru ini
akan membawa suatu dimensi yang lebih keterhadapan, gerak kerja yang dinamik
dan terlaksananya kerja-kerja perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih “berganda-ganda”
daripada sebelumnya.
Berdirinya, HQ HALUAN Malaysia
ini adalah signal kepada ahli HALUAN untuk terus berakhlak, mendidik dan
berbakti bahkan ianya akan lebih meluas dan melebar.
Dari fasa organik ke organisasi
tentunya membawa suatu perubahan yang punyai signifikan yang tersendiri. Gagasan
ini akan membawa kepada anjakan yang lebih baik untuk gerak kerja HALUAN di masa
hadapan. Gabungan pendekatan organik dan juga organisasi tentunya mampu
menghasilkan suatu natijah yang besar.
Bilik Mesyuarat Utama
3. Difahamkan lebih RM 1.6 juta
telah dibelanjakan untuk menjayakan
projek ini, - hasil sumbangan, infaq dan derma
daripada poket-poket warga HALUAN sendiri dan juga mereka-mereka yang sentiasa prihatin
dengan misi-misi HALUAN. Tentunya, modal yang dilaburkan ini tidak berbaloi sekiranya
tiada usaha-usaha semaksima mungkin dan gerak kerja yang tinggi untuk
menggunakan segala kemudahan yang ada bagi memperkasakan segala perancangan
yang telah direncanakan bagi mencapai hasrat dan cita-cita HALUAN. Justeru,
fasa ini adalah fasa untuk memastikan gerak kerja lebih efisien, berkesan dan
mampu memberikan impak kepada HALUAN dan masyarakat.
Fasa keluar kepada masyarakat!
Bilik Seminar
4. Sekali lagi, saya ucapkan sekalung
penghargaan – syabas dan tahniah - buat semua kepimpinan HALUAN terutamannya
Tuan Presiden, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman yang gigih, berkerja keras dan bersungguh-sungguh
memimpin dan mengemudi bahtera HALUAN ini menuju kepada suatu puncak pencapaian
yang lebih tinggi di masa hadapan. Serta kepada ahli-ahli HALUAN yang terus
bersabar, tabah serta penuh istiqamah dalam
jalan ini sehingga ke akhirnya.
Benarlah, syiar kita yang
terulung adalah “ Allahu Ghayatuna.” – “Allah adalah Matlamat Kami”.
BroHamzah
5 September 2012 M
18 Syawal 1433 H
HALUAN Malaysia
"Berakhlak, Mendidik & Berbakti"
Kenali HALUAN di sini
Read more...
Labels:
Haluan
Subscribe to:
Posts (Atom)