Andainya Ini Ramadhan Terakhir Buatku

Friday, July 20, 2012



Terakhirkah Ia?



Andainya Ini Ramadhan Terakhir Buatku,
Kupohon kepada Ilahi agar segala kemanisan, kelazatan dan keindahannya dapat ku kecapi dengan wajah yang berseri-seri lagi penuh erti.

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir,
Inginku penuhi siangnya dengan amalan yang membersih hati
Inginku hiasi malamnya  dengan amalan yang menjernihkan sanubari

Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Hajatku, air mata ini benar-benar mengalir dengan penuh kehangatan lantaran keinsafan atas segala dosa-dosa, kekhilafan dan kesilapan yang lalu.

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan, rahmat, inayah dan taufiq daripada Allah SWT agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.

Para ulama mengambarkan Ramadhan umpama titisan air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Iannya bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan. Sahabat pembaca sekalian, marilah sama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan.

Hanya hati yang bersih,jernih dan putih sahaja mampu menerima jumlah air rahmat yang banyak daripada Ramadhan. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang melangkah kaki ke bulan Ramadhan dengan jiwa dan hati yang bersih.

Mudahan kita semua tergolongan dalam golongan manusia yang benar-benar beruntung.

Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku, ingin aku menadah sebanyak mungkin rahmat dan keberkatannya dengan hati penuh pengharapan, keimanan dan penghambaan.

Seorang Hamba :

BroHamzah
Ramadhan Bulan Tarbiyah.
Fokus. Fokus. Fokus.
1 Ramadhan 1433 H

2 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ July 20, 2012 at 8:10 AM  

andai ini ramadhan terakhir buatku pasti akan buat amal dgn sebaik-baiknye :)

~Setanggi Syurga~ July 21, 2012 at 3:47 AM  

Salam Alaik ustaz Ali..

Salam Ramadhan Kareem... Tetiba sebak baca entri ni, terfikir kembali Ramadhan tahun2 yang lalu.. Kalau lah masa boleh diputarkan kembali..mahu saja diri ni mengutip pahala yang bertebaran disetiap langkah :(

moga Ustaz & family dilindungi Allah swt..

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP