Soalan maut : Berapa kerapkah anda menulis blog?

Wednesday, July 6, 2011



Berapa kerapkah anda menulis blog?

Ia bukan soal “rajin”nya anda mengupdate blog anda saban hari.

Ia bukan soal anda ini sangat-sangat berdisiplin, bersistematik, kreatif, dinamik dan proaktif dalam mengendali blog sendiri.

Ia juga bukan berkaitan kebijakan dan kepintaran anda menarik berapa ramai readers untuk membaca tulisan di blog.

Malah, ia juga bukan soal pujian dan penghargaan "perkongsian" yang anda postkan di blog-blog anda.

Dan - Ia tidak kisah berapa ramai pengunjung yang menyesakkan trafik di laluan maya anda.

Ia bukannya mempertikaikan kedalaman dan ketinggian ilmu serta pengetahuan yang anda miliki.

Ia bukannya menidakan kehebatan hujjah anda dalam menyampaikan ilmu atau apa sahaja yang dinukilkan di blog peribadi.

Bahkan, ia bukanlah perkara yang penting untuk mengembar-gemburkan jumlah follower yang “setia” dengan blog anda.

Tetapi

Ia adalah soal kewibawaan anda mengamalkan apa yang ditulis, membumikan apa yang dicoretkan dan jujur dengan apa yang dikongsikan.

Ia adalah soal keikhlasan dan ketulusan dalam berkongsi apa yang dirasai dan dialami.

Ia berkait rapat dengan soal akhirat anda. Ketahuilah apa yang ditulis, dicatatkan, diluahkan, diletakan sama ada gambar, bingkisan dan sebagainya – akan dipersoalkan perbuatannya di mahkamah akhirat.

“ Sahabat, usah jadi individu yang tidak berpijak di alam nyata. Dunia online masa kini telah menyibukan kita daripada hakikat dunia offline yang lebih really, benar dan nyata.”

“ Ramai orang begitu gah di alam online, tetapi tiada apa-apa amal di alam offline.”

“ Kita beramal di alam nyata, alam yang dipertimbangkan setiap perbuatan dan amalan seharian kita. Jadilah insan yang seimbang dalam beramal.”

Nasihat,ungkapan dan titipan itu menyerap sedalam-dalamnya ke jantung jiwa. Terasa akan “pukulan” yang memecahkan kebekuan hati sendiri.

Semuanya tertunduk menginsafi.

35 comments:

.::: mr IQ :::. July 6, 2011 at 3:37 AM  

serious, ana mmg seperti yg enta tulis..
betul2 kena tepat ke batang hidung ana..
tidak berpijak di bumi nyata.. sembang kemas..
tp bila waktu praktikal, hancus seperti biasa...

Izzati Hashim July 6, 2011 at 4:34 AM  

dan kadang2, yang tertulis itulah yang teruji selepas itu.

sering ingatkan diri,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
(As-Saff :2)

terima kasih utk perkongsian ini.

Ariffah9 July 6, 2011 at 4:56 AM  

ya.

sering tersedar saat alpa.

'Allah akan uji apa yang ana cakap'

Azam Husni July 6, 2011 at 5:11 AM  

Tersentap.. T_T Syukran, post ini telah membangunkan jiwa saya yg telah 'pengsan' beberapa hari.. ;D

Susahnya nak amalkan apa yang kita ajak, bantulah kami Ya Robb..

~Setanggi Syurga~ July 6, 2011 at 5:41 AM  

Allah...sungguh...entri ni menyedarkan diri ana sendiri..T__T..

bertinta senang..nak beramal liat..
Allah..bantu lah kami....bantulah hamba2 Mu ini ya Robb..T__T

Anonymous,  July 6, 2011 at 5:46 AM  

Ya Allah, kuatkan iman kami untuk terus istiqamah hingga ke saat kematian kami. :(

Anonymous,  July 6, 2011 at 5:58 AM  

Assalamualaikum..syukran atas peringatan, ana terkesan.muhasabah diri dengan setiap penulisan sendiri.insyaAllah..semoga terus istiqamah dlm penulisan berkesan~semoga Allah redha.amin..

Nazihah@Jiha July 6, 2011 at 7:01 AM  

sering mengingatkan diri sebelum berkongsi,niat itu biarlah kerana Allah,apa yg disampaikan moga diri juga mampu melakukan.tp,kekadang tewas...

muhasabah diri.

terima kasih atas perkongsian ini.

cik kompas July 6, 2011 at 7:19 AM  

subhanallah....terima kasih atas perkongsiaan ini...mohon di copy...sebagai peringatan diri ini...terima kasih.

uskutsilence July 6, 2011 at 7:34 AM  

erk..makan dalam..ayat sgt sentap!!
btw, syukran bro for this nice sharing..
inshaAllah,'pukulan' itu akan membekas dan menjadi 'catalyst' utk berusaha menjadi lebih baik..

Anonymous,  July 6, 2011 at 8:01 AM  

ana mohon copy utk peringatan diri jua :)

Yildirim Fateh July 6, 2011 at 9:58 AM  

ada satu buku ana baca,,tajukny "update blog update iman",,terdiam ketika itu,,

Cik Mawar Bbungo July 6, 2011 at 10:27 AM  

alhamdulillah..tq brohamzah..entry ini mmbuka mata saya..

-izzati-

BroHamzah July 6, 2011 at 5:55 PM  

mr IQ

Afwan, sheikh. Tulisan di atas bukan untuk menuding atau tuju kepada siapa-siapa. Ia adalah "peringatan" buat semua. Analah orang pertama yang dinasihati akan hakikat ini.

BroHamzah

BroHamzah July 6, 2011 at 5:57 PM  

Izzati Hashim,

Betul. Kita akan diuji dan teruji dengan apa yang kita tulis, kata dan lontarkan. Ayat Allah SWT adalah ayat amaran penuh murka kepada orang-orang yang hanya pandai berkata-kata sahaja.

Ya Allah!
BroHamzah

BroHamzah July 6, 2011 at 5:58 PM  

Arifah, Azam, Setanggi Syurga

Peringatan bersama. Gementar sebenarnya menulis dan menaip hal ini.

Ya Rabbi!
BroHamzah

BroHamzah July 6, 2011 at 5:59 PM  

Anonymous, pengemis cinta & Nazihah

Semoga itulah yang akan menjadi reminder yang berguna buat kita semua. Sebelum kita ini hanya sibuk dengan dunia online tanpa amal yang nyata.

Ya Ilahi!
BroHamzah

BroHamzah July 6, 2011 at 6:01 PM  

cik kompas, bintu kamal, anonymous

Dipersilakan. Mudahan itulah yang akan kita review, lihat dan muhasabahkan.

InsyaALlah!
BroHamzah

BroHamzah July 6, 2011 at 6:02 PM  

shairazi sharizan

Salam, terbitan siapa buku tu? Siapa yang tulis. Mohon bagi maklumatnya. Mungkin boleh dikongsikan nanti.

BroHamzah

BroHamzah July 6, 2011 at 6:02 PM  

cik mawar bbungo

Celik mata hati, untuk sama-sama kita lalui.
BroHamzah

Hamba Tuhan July 6, 2011 at 7:32 PM  

Terkesan.....
ikhlaskan niat kita..
semuanya utk mendapat keredhaan Allah.....
semoga tulisan kita menjadi saham yang tinggi diakhirat kelak.

BroHamzah July 6, 2011 at 9:12 PM  

Hamba Tuhan

Tulisan menjadi saham.
Ya, itulah yang sedang digerakan dan dibumikan.

BroHamzah

Anonymous,  July 6, 2011 at 10:15 PM  

Assalaamu'alaikum wr.wb, Brohamzah....

Alhamdulillah, senang dapat menoreh ilmu berkaitan soalan maut dari saudara di atas. Persoalan-persoalan tersebut begitu menggugah hati untuk selalu muhasabah diri dalam menulis dan berkongsi ilmu agar apa yang kita lalui dalam hidup kita dapat memberi semangat dan teladan bersama.

Mudahan dijauhkan dari unsur-unsur yang membawa kepada hal yang memudharatkan dunia dan akhirat kita. Terima kasih atas kongsiannya.

Hadir ke blog ini melalui blog Lautan Rabbani yang meminta luncur kemari semasa menunggu you tube di sana dapat dikoneksi dengan jayanya. malangnya tidak dapat. Hanging.

Salam kenal dari saya di Sarikei, Sarawak.

SITI FATIMAH AHMAD

BroHamzah July 6, 2011 at 10:21 PM  

Anonymous aka Siti Fatimah Ahmad

Walaikumusalam, semoga ia bermanfaat untuk diri kita semua. Ia untuk saya sebagai MUHASABAH dan untuk anda dan kalian juga. Check & Balance.

BroHamzah

_virus s0pan_ July 6, 2011 at 10:38 PM  

Salam bahagia..

sungguh terkedu!
apa2pun,perkongsian yg bermanfaat.Rfresh kembali untk charging iman.Moga segala perbuatan yang menuju keredhaanNya ini tidak menjadi seperti debu-debu yg berterbangan..
sia-sia dan penat saja~..

Moga Allah kasih~

BroHamzah July 6, 2011 at 11:26 PM  

virus sopan

Semoga bar yang dicharger meningkat. InsyaAllah
Semoga Allah redha, syukran atas perkongsian.

BroHamzah

Anonymous,  July 7, 2011 at 10:31 PM  

alhamdulillah...agak menarik..smoga smua mndapat manfaat dr artikel ni..syukran akhi:)

BroHamzah July 7, 2011 at 11:52 PM  

izzysabki

Muhasabah itu perlu dan perlu.
BroHamzah

Khaulah~ July 9, 2011 at 4:09 AM  

ana pum macam tu jugak..:-( cakap mantop, tapi time nak praktis terkontang kanting..menredah je..
Allah,kuatkan aku....

BroHamzah July 9, 2011 at 6:14 AM  

Kaulah

Kita manusia biasa, namun sinar harapan tetap ada dihujungnya.

Semoga ia bersinar bercahaya sentiasa
BroHamzah

Khaulah~ July 10, 2011 at 3:34 AM  

insya Allah, mudah-mudahan cahaya itu sentiasa hadir..
berfikir sejenak, sejauh manakah amalan kita..
apa ada jawapan yang akan dibentangkan dihadapan Dia..?

NooR AzLen BinTi HaRoN July 17, 2011 at 7:55 PM  

assalamualaikum

syukran ya akhi..

sungguh entry ini menyedarkan diri ana sendiri..

ALLAHU AKBAR

BroHamzah July 17, 2011 at 10:09 PM  

Khaulah & Noor Azlen Bt Haron

Cahaya yang perlu sentiasa menyinari jiwa dan hati kita adalah cahaya Ilahi. Nur hidayah-Nya. Mudahan kita semua dalam lingkungan cahaya ini.

BroHamzah

Anonymous,  July 19, 2011 at 7:55 PM  

hai bro,
kalo memang yg x bercahaya mcm aku ni, mcm mn nak cahayakan?

BroHamzah July 19, 2011 at 9:53 PM  

Anonymous,

Cahayakan diri dengan cahaya Allah.
Cahaya Allah itu ialah nur keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah.

Untuk memperolehinya, simbahi hati dengan nur Al-Quran, nur amalan soleh dan jauhi makisat dan dosa yang menggelapkan.

Wallahualam
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP