8 Mei 2010 l Himpunan Ummah

Monday, May 3, 2010

Lifeline4Gaza l Break the siege l 15 May 2010

8 Mei 2010 l Himpunan Ummah
Oleh : BroHamzah

Harapan Saudara kita

Saya masih teringat detik-detik ketika bersama Abu Mukmin. Beliau pernah berkata kepada saya dan sahabat saya :


“ Mungkin ramai penduduk dunia melihat kami rakyat Palestin menderita dan susah dalam menghadapi kehidupan kami di tanah air sendiri, tetapi pada hakikatnya kami bahagia dengan perjuangan ini. Perjuangan menegakkan deen Islam dan membebaskan Al-Quds.” Katanya dengan tenang.


“ Harapan saya, agar kalian teguhkan iman serta bantulah kami dengan bantuan DOA, dan Sumbangan kewangan bagi membolehkan saudara-saudara kami meneruskan kehidupan.” Riak wajahnya mempamerkan harapan yang mengunung.

Situasi Genting di Palestin

Pergolakan, keganasan dan penindasan yang berlaku di tanah bumi Palestin merupakan satu jenayah yang sangat dahsyat dalam sejarah peradaban manusia moden, malah penyembelihan dan pembunuhan yang dilakukan dengan penuh kekejaman terus menjadi-jadi seolah-olah dunia merestui peristiwa ini berlaku di bumi Palestin.


Dalam soal ini, kita seharusnya berpendirian tegas dan jelas bahawa Isu Palestin ini perlu dilihat secara serius dan segala usaha ke arah pembebasan Bumi Palestin perlu disokong dan diperjuangkan oleh semua pihak.

Kepekaan dan kesensitiviti ummat islam terhadap isu palestin merupakan sesuatu yang sangat penting dan ia perlu diselesaikan secara kerjasama semua pihak. Permasalahan Palestin adalah isu bersama ummat Islam dan ia bukanlah isu rakyat Palestin sahaja. Permasalahan yang kini melanda rakyat Palestin adalah permasalah Aqidah dan ia menjadi isu ummat Islam seluruh dunia.

Perhimpunan Perdana Palestin

8 Mei 2010 , adalah tarikh yang dinanti-nantikan. Satu perhimpunan ummah yang akan mengambarkan ketegasan rakyat Malaysia tentang isu ini. Gagasan ummah yang bersatu untuk menyuarakan bahawa rakyat Palestin harus dibela sehinggalah ke akhirnya. Perhimpunan yang wajar disokong dan dihadiri oleh semua rakyat Malaysia bagi menunjukan sokongan padu dan bantuan moral untuk rakyat Palestin. Ayuh kita hebahkan, kepada sanak saudara kita, rakan taulan, jiran tetangga dan sesiapa sahaja agar menyertai perhimpunan aman ini yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.



Hebahkan kepada sesiapa sahaja untuk manfaat bersama






“ Marilah bergading bahu untuk membebaskan bumi Palestin. HALUAN Malaysia berpandangan bahawa seluruh umat Islam sama ada individu mahupun kumpulan-kumpulan, persatuan-persatuan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersatu padu, bekerjasama dan bantu membantu dalam menggembleng tenaga untuk menyelesaikan isu ini.”

Dr Abdullah Sudin Abd Rahman
Presiden HALUAN Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP