Memahami Jiwa Remaja
Tuesday, July 28, 2009
Oleh : BroHamzah
www.brohamzah.com
http://brohamzah.blogspot.com
“ Assalamualaikum, Abang. Saya harap abang dapat membantu saya. Saya takut tengok perangai kawan-kawan satu batch dengan saya. Mereka dah pandai bercouple dan berjumpa di pekan. Dan macam-macam mereka buat. Saya harap abang boleh membantu.” Satu mesej masuk dalam inbox saya.
“ Kepada abang yang dihormati, Di sini saya ada satu masalah untuk dikongsikan dengan abang. Saya harap abg sudi membantu saya. Saya ingin berubah tetapi kawan-kawan selalu ejek saya. Mereka selalu kata ; “ Ko ini skema la!.” Harap abang boleh bantu saya.” Satu pucuk surat saya terima baru-baru ini dari seorang adik yang pernah hadir kem yang saya anjuri.
“ Assalamualaikum Abg. Apa khabar? Harap sihat.Saya ingin berkongsi sedikit masalah dengan abang. Harap abang sudi meluahkan masa dengan saya.” Yahoo Messeger saya disapa oleh seorang adik yang saya kenali.
Ketika cuti sekolah, selalunya adik-adik dan para peserta program yang selalu saya anjurkan bersama sahabat-sahabat saya akan menghubungi saya. Selalunya melalui SMS, emel ataupun YM.Saya sentiasa ingin akrab dengan mereka. Hubungan ini terbina kerana satu matlamat yang satu. Kerana Allah SWT dan kerana ingin bantu-membantu.
Namun sejak akhir-akhir ini, terdapat satu trend yang membimbangkan. Adik-adik banyak meluahkan permasalahan mereka dan rakan-rakan mereka. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan sifat peka dan prihatin dalam diri mereka. Mereka bimbang dengan segala salah laku dan akhlak yang tidak baik yang menular di sekeliling mereka. Itu tanda iman yang subur dan sensitivity, bukannya iman yang mandul. Namun, apa yang boleh mereka lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?
Bimbangnya saya, kerana banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh generasi adik-adik yang masih merangkak untuk mengenal dunia telah berlaku. Saya tidak berhajat untuk menyatakannya di sini. Cukuplah ia tersimpan dihati dan Kabul ini.
“ Zaman sekarang, budak-budak dah lain dah. Sekarang ini nakal mereka tak sama dengan nakal kita dulu-dulu. Nakal Moden.” Seorang sahabat saya memberi pandangan. Sesi kami berbincang berkisar permasalahan para pelajar di sekolahnya.
Saya termenung jauh. Merenung masa depan yang belum pasti. Apa peranan saya untuk membantu mereka?Jika anda, apa yang akan anda lakukan?
Ada suatu artikel yang menarik yang membincangkan tentang perkara ini. Anatomi Remaja.
0 comments:
Post a Comment