Bajailah Keimanan

Tuesday, July 28, 2009



ASSALAMUALAIKUM WBT SAUDARA & SAHABAT YANG BUDIMAN

Sesungguhnya IMAN mampu melenyapkan kegelisahan dan menghapuskan kesedihan. Ia adalah sahabat bagi orang-orang yang bertauhid, dan penghibur bagi orang-orang yang beribadah.

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih memberi peluang untuk kita mengingatiNya. Apa tah lagi, peluang untuk berada dalam didikan dan naunganNya. Marilah sama-sama kita merasai hakikat Tarbiyah itu sendiri, yang ingin menjadikan kita insan soleh dan beriman kepadaNya.

Tarbiyah adalah kehidupan kita. Ia adalah nadi kehidupan orang-orang beriman. Tarbiyah mempunyai tujuan, matlamat dan targetnya yang tersendiri. Tidak lain tidak bukan ialah ingin mendekati dan mendampingi ALLAH SWT. Tarbiyah bertujuan menjernihkan, membersihkan dan menyucikan hati manusia. Alangkah nikmatnya apabila hati kita bersih. Alangkah bahagianya apabila jiwa kita suci lagi murni.

Barangsiapa yang mebersihkan jiwanya, maka ia akan dibersihkan.
Barangsiapa yang mengotori jiwanya, maka ia akan dicemari
Barangsiapa yang ingin jiwanya bersih maka bersihkanlah amal-
amalnya

Ketahuilah, bahawasanya orang beriman selalu meningkatkan kualiti dirinya . Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali kepada ALLAH SWT dan mengharap hanya kepadaNya. Mereka menanam dalam hati mereka kecintaan, kerinduan dan pengharapan hanya kepada ALLAH SWT.

Dalam masa ini, peringatilah hati saudara. Kembalilah kepada ALLAH SWT. Dekatilah Rabb-Mu!!

BROHAMZAH
www.brohamzah.com
brohamzah.blogspot.com

2 comments:

nasibah m.halim July 31, 2009 at 6:07 AM  

salam wbt
hmm..kekadang terasa jauh drNya..semakin menurun graf iman..ana rindukan saat2 dimana kesedaran tumbuh membunga ketika berada dlm suasana tarbiyah..
bila melalui suasana baru, terasing jauh dari keluarga,dengan suasana kerja yg baru, terasa praktikalnya mmng susah...hatta nak maintainkan diri pun kekadang tersasar..
dgn membaca ctatan halaqat, tazkirah dan pesanan sebegini, insyaAllah, dpt dirasai dekat dgn rakan2 sefikrah yg lain...jazakillah..

BroHamzah August 3, 2009 at 3:45 AM  

Alhamdulillah, sememangnya kita amat berhajat kepada bahan-bahan yang mampu menyegarkan Iman dan memacu kembali gerak kerja kita untuk beraksi dalam medan dakwah.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP