Mereka "menyuluhkan" kita cahaya.
Mendidik kita untuk menjadi insan berjaya.
Semenjak kecil, saya sentiasa bahkan selalu
menjadi “pendengar” setia bagi setiap
perkongsian, luahan dan rasa hati emak tentang segala cerita dan karenah anak
pelajarnya.
Pelbagai ragam, kisah dan sudut-sudut yang
tidak termampu dikatakan. Tetapi, emak akan menyatakan walaupun kami tidak
meminta. Kata abah :
“ Ali dengar sahaja, apa yang mak nak
kongsikan. Sekurangnya, itu dapat buat emak gembira dan lega.”
Saya
angguk. Terus-menerus setia mendengar sehinggalah hari ini. Kata abah,
meluahkan itu ubat dan penawar buat emak.
Ya. Saya mengakui akan kebenaran itu.
Dunia
Pendidikan
Menjadi pendidik, guru, cikgu dan ustaz pada
hari ini amat mencabar. Mungkin sahaja, gaji dan elaunnya tinggi tetapi
bebanan, amanah dan tanggungjawabnya kian luar biasa hebat. Tanpa niat, misi
dan matlamat yang jelas – pasti sahaja siapa yang menceburi dunia pendidikan
ini akan stress, tertekan dan boleh menjadi hilang daya untuk terus
bertahan.
Apa pun, buat guru-guru kalian sebenarnya
adalah insan mulia. Syabas kerana memilih dunia pendidikan ini dan berdedikasi
untuk bergelumang dengan dunia ini sehingga ke penghujung usia. Saya pernah
jumpa, ramai guru-guru yang sangat passion, bahagia dan teruja dengan dunia pendidikan sehingga akhir hayat.
Dan, saya juga pernah jumpa – guru yang begitu tension
dengan pekerjaan sehariannya itu dan amat-amat terasa hidupnya sangat
malang, kelam dan merugi. Kesian melihatnya, kerana tidak menjiwa profesion
yang digelutinya saban hari.
Zaujati –
Insan berjiwa pendidik
Semakin hari mengenali insan ini, saya semakin
kagum kepadanya. Kesungguhan, kesabaran, kecekalan dan ketabahannya untuk
memberikan yang terbaik membuat hati ini sentiasa ingin bersama dengannya walau
apa jua badai cabaran yang melanda.
Dunia pendidikan hari ini tidak pernah sunyi
dari pelbagai mehnah, ujian dan tribulasi yang beraneka ragam. Dari aspek
pengajaran, pembelajaran, pengurusan sehingga pergaduhan pelajar yang
remeh-temeh juga perlu dipedulikan oleh seorang guru. Tidak cukup dengan itu, -
kisah-kisah, masalah-masalah dan ragam-ragam di luar sekolah turut tertempias ke
bahu mereka.
Air mata, esakan, tangisan dan luahan hati
seorang guru harus dipandang dengan mata hati. Jika tidak, mereka terpendam
dengan bebanan yang tiada kesudahan.
Guru-guru, mereka punyai cita-cita yang tinggi
untuk anak bangsa, negara dan agama.
Guru-guru, mereka juga insan biasa yang miliki
hasrat hati dan jiwa.
Guru-guru, mereka juga ingin bahagia dengan
melihat kejayaan anak pelajar yang dahulunya hanya biasa-biasa.
Guru-guru, walau apa jua keadaan, kesusahan dan
keperitan kalian melalui semua amanah ini – ketahuilah kalian tetap dihati
kami. Ya, kami yang dahulunya adalah insan yang mengagumi kalian daripada jauh.
Dalam di sudut hati, kami ingin menjadi seperti kalian.
Kalian tenang dalam bersabar.
Kalian yang benar-benar bersungguh menerangkan.
Kalian yang jujur dan ikhlas dalam mendidik.
Kalian yang cekal untuk berbakti.
Kalian yang tetap teguh untuk memberi.
Kalian yang sentiasa tersenyum dalam mengasihi.
Teruslah berbakti, mendidik dan
memberi.
Kerana kami insan yang belum
mengerti,
Akan hakikat hidup ini.
# Dedikasi khas buat zaujati.
Guru Bahasa Inggeris Tahun 1,2 dan
3.
Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh,
Perak.
Siri Buku Penanaman Tauhid - Usaha Pertama Zaujati
Wednesday, April 3, 2013
Buku Pertama Zaujati yang ditulis bersama
Murabbiyah Tarbiyatul Aulad - Puan Maimunah Bt Hashim.
Tentunya, sebagai ibu bapa – kita akan tersentuh dan
terkesan dan terusik perasaan apabila diperkatakan tentang pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Itu suatu kepastian!
Lantaran itu, hari ini kebanyakan ibu bapa mempunyai kesedaran yang tinggi
untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.
Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka. Buku menjadi wadah yang baik untuk penerapan asas ini bagi memperkenalkan mereka siapakah Allah SWT.
Buku juga sebagai permulaan di usia muda menyedarkan mereka
bahawa Allah SWT adalah pencipta, Rabb mereka – hanya Allah dan memiliki segala-galanya
di muka bumi ini.
Justeru itu, atas kesedaran inilah – zaujati berimpian untuk
sama-sama berkongsi apa yang beliau lalui sejak kecil dalam proses tarbiyatul
awlad. Dan, akhirnya lahirlah buku siri pembacaan Inggeris ini untuk
merealisasikan hasrat murni ini.
Kelebihan buku ini?
Buku ini ialah siri membaca Bahasa Inggeris @ English Reading Series yang dikarang bertujuan membina kemahiran membaca Bahasa Inggeris anak-anak pra-sekolah, sejajar dengan usaha menanamkan tauhid kepada mereka.
[1] Perkataan-perkataan di dalam buku ini diulang-ulangkan untuk tujuan membantu anak-anak menangkap perkataan Bahasa Inggeris tersebut, dan seterusnya boleh membacanya.
[2] Gambar-gambar yang menghiasi dalam dan luar buku-buku ini juga amat menarik minat kanak-kanak.
[3] Pendekatan penerapan Tauhid yang diambil oleh penulis-penulis buku ini ialah, menanamkan Allah itu satu-satunya Rabb, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Maha Penyayang.
[4] Hubugan antara Rabb dan Hamba-Nya ialah hubungan kasih sayang, oleh kerana itulah Allah SWT mengurniakan kita segala nikmat. Atas kerana hubungan istimewa ini jugalah, kita sebagai 'Abd (hamba) terikat untuk membalas cinta Allah SWT itu dengan ketaatan total kepada-Nya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi, seperti dalam surah Al-Fatihah.
Sasaran buku ini ?
[1] Ibu bapa – sebagai pendidik kepada anak-anak
[2] Anak-anak berumur tiga sehingga enam tahun. [
Namun, tiada had umur kerana yang masih kecil sudah boleh didedahkan secara
berperingkat]
Kenali Buku
Buku ini merupakan buku-buku yang
diterbitkan untuk memenuhi satu program pembacaan bersiri yang dinamakan Little
‘Abd Programme. Satu set buku ini terdiri dari lima buah buku yang mempunyai
tahapan yang berperingkat. Siri-sirinya bertajuk :
[1] Allah Is My Rabb
[2] Allah Loves Us
[3] Thank You Allah!
[4] It’s Fun At The Zoo
[5] Only Allah Can Give Us Fruits
Bagaimana hendak memiliki buku ini?
Tuan-tuan dan puan-puan budiman,
Ibu bapa yang sekalian,
Jika berminat untuk memiliki buku ini – bolehlah berurusan
dengan saya melalui emel saya : brohamzah85@gmail.com dan bagi yang mempunyai
facebook boleh PM saya di sini. Saya akan nyatakan harganya, perincian urusan
pembayaran dan penghantaran kepada tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.
Harapan Kami
Besar harapan kami agar “perkongsian” ini dapat dimanfaatkan
oleh ibu bapa dalam usaha bersama mendidik anak-anak mengenali Allah SWT,
mentaati Allah SWT dan seterusnya mencintai Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita
berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan
ini.
Labels:
Dunia Buku
Tahun Ke Dua - Melayari Bahtera Menuju Syurga
Tuesday, March 12, 2013
BroHamzah & Zaujah.
Ada persamaan kah?^^
Maha Suci
Allah SWT.
13 Mac 2013
– Genap dua tahun pernikahan kami berdua. Masya-Allah, terlalu banyak yang
dilalui, dirasai dan dihadapi bersama-sama dan pastinya – di masa akan datang ,
kami perlu bersiap siaga untuk hadapi pelbagai warna warni kehidupan.
Saya
memandang wajah zaujati dengan redupan kasih sayang yang meneduhkan. Tiada
lafaz yang mampu diungkapkan kecuali kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Allah SWT kerana mengurniakan saya seorang isteri yang baik hati, penyayang,
solehah dan pintar.
Zaujati –
berjiiwa seorang pendidik
Dua tahun
bersamanya, saya mengakui bahawa jiwanya adalah jiwa pendidik yang luhur.
Teringat masa muda-muda dahulu apabila emak saya bertanya apakah ciri wanita
pilihan hati saya, selalunya saya akan jawab :
“ Wanita
pilihan Ali adalah wanita pilihan Allah SWT,”
“ Ya la.
Itu semestinya jika diizinkan Allah SWT,” Ujar mak saya. Ketawa kecil saya.
“ Hasrat
dihati jika boleh - 3 perkara sahaja.
Pertama, lebih muda daripada Ali. Kedua, seorang pendidik (guru), ketiga, yang
berketerampilan (tegas).” Kata saya.
Alhamdulillah,
3 ciri ini Allah SWT berikan. Melihat ketekunannya, kesungguhannya,
ketabahannya dan kesabarannya menyiapkan bahan pengajaran, pembelajaran dan
sebagainya – saya dapat satu gambaran yang jelas bahawa beliau sangat meminati
dunia pendidikan.
Sangat
passion!
Jiwanya
gembira, bahagia dan puas dapat mencurahkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman
kepada anak didik. Bagi saya itu sudah mencukupi. Melihatnya zaujati seronok
dan gembira – hati saya suka dan bahagia. Lega rasanya.
Kurniaan,
Anugerah dan Hadiah Daripada Allah SWT
Alhamdulillah.
Allah SWT –
Yang Maha Baik – mengurniakan kami cahaya mata yang membahagiakan hati. Saya dan
zaujati sangat-sangat bersyukur. Dan, di tahun kedua ini – insyaAllah – akan bertambah
seorang lagi pada bulan Ramadhan ini.
Tiada kata
yang boleh diungkapkan. Kecuali –
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Membina
Kebersamaan Menuju Syurga
Perjalanan
kehidupan kami akan diteruskan kerana destinasinya masih jauh. 2 tahun adalah
titik permulaan mencari keserasian, penyesuaian dan kesefahaman.
Titik
persamaan semakin jelas antara kami. Visi, misi dan halatuju bahtera itu
diselaraskan sebaiknya agar “rentak” dan derapan langkahan kaki kami sentiasa
bersama dan beriringan tanpa berpisah.
Berbunga
hati saya apabila sampai di tempat baru atau ke mana-mana, respon orang kepada
kami berdua :
“ Muka
kamu berdua ini sama. Elok bebenor,” Katanya.
“ Kamu
ini adik beradik ka?”
Tersenyum
dibuatnya. Dalam hati hanya mampu tergelak kecil. Besar harapan agar persamaan
ini bukan hanya di sudut luaran tetapi tumbuh mekar pada hati kami yang jauh di
sudut dalaman diri masing-masing.
Itu
sebenarnya yang lebih penting!
Teringat
satu buku khas yang saya hadiah kepada bekas tunang saya (zaujati) yang saya
tulis sendiri dengan pen selama beberapa bulan – muqadimmah awalnya :
“
Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama.”
Perkongsian
itu akan kami sama-sama hidupkan dalam
rumahtangga ini. InsyaAllah.
Akhirnya,
khusus buat zaujati – terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadaannya,
menerima dengan lapang dada serta sentiasa berbaik sangka dengan segala
kelemahan, kekurangan, keaiban dan bermacam lagi kesalahan yang ada pada diri
abang.
Abang bahagia,
tenang dan tenteram bersamamu melayari kehidupan ini. Marilah sama-sama kita
teruskan perjalanan ini dengan genggaman keazaman dan harapan untuk
merealisasikan segala cita-cita serta impian yang kita gariskan bersama.
“ Barakah Itu Indah, Dengannya –
kita terasa tabah!”
BroHamzah
13 Mac 2013
Ulangtahun Pernikahan Ke Dua
Bagan Datoh, Perak
Read more...
Labels:
Baitul Muslim,
Catatan Perjalanan
Subscribe to:
Posts (Atom)