Tatkala tsunami nafsu melanda

Friday, August 6, 2010

Tsunami adalah bencana musibah yang mengerunkan manusia

Tatkala tsunami nafsu melanda

Oleh : BroHamzah

Anda tahu tentang tsunami?

Saya terlihat satu video berkaitan tsunami yang pernah melanda beberapa buah Negara beberapa tahun lalu. MasyaAllah kesannya sangat mengerunkan dan menyebabkan musibah yang besar kepada manusia.

Pagi subuh Jumaat yang lepas, Tuan Haji Rosdi memberi takzirah ringkas berkaitan nafsu dan saya tertarik dengan ungkapannya :

“ Satu bencana yang besar menimpan jiwa dan hati manusia ialah bencana tsunami nafsu. Ia merosakan kehidupan jiwa dan kehidupan manusia seluruhnya.”

Tsunami adalah ombak yang besar dan mampu merempuh apa jua halangan yang berada di hadapan laluannya. Inilah hakikat tsunami. Dan Tsunami nafsu adalah sesuatu yang lebih dahsyat melanda setiap manusia. Dan ramai dikalangan mereka tidak menyedarinya.

Tsunami nafsu yang melanda dan merempuh ketahanan tembok kekentalan den keimanan kita setiap masa dan ketika akan terus menganas dan mengilai di saat-saat jiwa lemah dan layu.

Tsunami nafsu yang menyerang jiwa dan hati manusia akan merobohkan ketahanan kekuatan seseorang dan seringkali ia mampu meruntuhkan kekebalan iman seseorang.

Justeru itu, kita perlukan kekuatan dan benteng untuk “tetap” kuat serta teguh menghadapi serangan tsunami nafsu.

Ayuh kita semak, check diri dan menilainya. Hakikatnya penyucian diri (tazkiyah Nafs) adalah kata kunci utama dalam menjayakan benteng ini.

Pertama : Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :

“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”

( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?

Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :

Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Al-Isra 17 : 82)

Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”

Ketiga : Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Solat.

Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.

Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.

Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.

Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :

“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”

( HR Nasai)


Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Rasulullah SAW bersabda :

“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”

( Riwayat Abu Dzar RA)



Kelima: Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.

Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia.

Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.

Allah SWT berfirman :

“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Baqarah 2 : 261)

Keenam: Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”

Saidina Umar Al-Khattab RA :

“ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Apa itu istighfar?

Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”

Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan.

Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :

“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”

( HR Muslim dan Abu Daud)

Kelapan : Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT.

Kesembilan : Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.

Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.

Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :

“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”

( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Saya tertarik dengan pandangan Ibnu Qayyim mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Semoga kita mampu memperbaharui ikhlas ini dan memeliharanya setiap masa dan ketika. Jika terganggu, maka kembali kepada RabbMu dengan jalan kehambaan dengan merasakan kekerdilan diri di hadapanNya.

Read more...

Semangat Juang

Thursday, August 5, 2010

Meninggikan Kalimah Tauhid dalam kehidupan. Picture By MusliMultimedia

Saya sukakan lukisan diatas. Banyak tafsiran dan mesej tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan.

Ilustrasi ini dilukis oleh MusliMultimedia.

Ia mengambarkan satu harapan dan cita-cita menjulang sebuah perjuangan yang tinggi.

Katanya, beliau akan memperbanyakan lagi gambar-gambar sebegini.

Menyebarkan kebenaran dan kebaikan,

Read more...

Saat membumikan cinta dan rindu

Wednesday, August 4, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak - Picture by MusliMultimedia

Saat membumikan cinta dan rindu

Oleh : BroHamzah

Kita sedang menghitung hari, waktu, masa dan detik

Sedang menanti saat-saat yang cukup istimewa dalam hidup kita

Dan ia hanya tiba beberapa hari sahaja lagi

Rabiul Abrar ( Musim bungan yang menyamankan)

Menanti-nanti kehadiran bulan Ramadhan dengan penuh pengharapan, lonjakan perasaan sang perindu dan juga mempersiapkan kelengkapan diri adalah antara perkara yang dilakukan secara praktikal oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan juga para salaf soleh dalam fasa menghadapi Bulan Ramadhan Al- Mubarak.

Ia umpama Rabiul Abrar iaitu musim bunga bagi orang-orang yang beriman.

Musim yang mendamaikan

Penuh ketenangan

Kenyamanan

Dan Keindahan

Bulan Ramadhan juga digambarkan seumpama sekolah, madrasah, kolej, dan university yang akan menghasilkan pelajar, mahasiswa dan graduan yang memiliki sijil atau ijazah “ketakwaan.”

Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Al-Quran

Bulan Dakwah

Bulan Taqwa

Bulan Tarbiyah Ruhiyah

Dan banyak lagi gelaran dan jolokan yang diberikan kepada Bulan Ramadhan dan ia memberi gambaran kesitimewaan dan uniknya bulan yang barakah ini.

Ia juga boleh diumpamakan seperti kilang yang akan memperoses bahan-bahan mentahnya lalu menghasilkan produk-produk yang mencapai criteria-kriteria yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Input,Proses dan Outcome

Saya mendapatkan pandangan daripada Dr Abdullah Sudin berkaitan Proses pentarbiyah Ramadhan dalam diri seorang mukmin muslim dan beliau memberi penjelasan yang mudah difahami melalui 3 kata kunci. Ia iaitu INPUT, PROSES & OUTCOME dalam pentarbiyah (didikan) Ramadhan. Artikel berkaitan perkara ini boleh dibaca di website ini ( http://www.haluan.org.my)

Input – Ialah kita melaksanakan persediaan Iman dan persiapan ilmu sebelum menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bayangkan sekiranya kita ingin menghadapi sebuah peperiksaan yang besar, sudah tentu kita sedang sibuk mempersiapkan diri dengan pelbagai persiapan akademik.

Justeru, hal ini lebih urgent, penting dan sangat-sangat perlu dalam soal persiapan menghadapi Ramadhan. Agar kita well prepared!

Proses – Terdapat beberapa aktiviti dan ibadah-ibadah yang akan kita laksanakan bagi mendidik hati, jiwa, fizikal dan akal bagi mencapai objektif dan tujuan ibadah kepada Allah SWT.

Disenaraikan beberapa amalan soleh yang akan menjadi “pencuci” hati untuk menjernihkan serta membersihkan jiwa kita. Gandakanlah ibadah wajib dan memperbanyakanlah ibadah sunnah seperti solat sunnat Tahajud, Dhuha serta melipat gandakan usaha-usaha sedeqah kepada golongan yang memerlukan. InsyaAllah, proses ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri dalam melaksanakan proses perubahan.

Outcome – Hasilan yang kita perolehi daripada Ibadah Ramadhan ini, ialah ingin meraih Taqwa. Taqwa yang akan memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan perintah kepada Allah SWT dan meninggalkan laranganNya dengan sepenuh hati berteraskan keimanan kepadaNya dan menyakini segala janji-janjiNya.

“ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

( Al- Baqarah (2) : 183)

Apa kayu ukur taqwa?

Siapa kah orang yang bertaqwa. Semestinya ia mempunyai tanda-tanda, sifat-sifat dan ciri-cirinya. Bolehlah kita rujuk, Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.”

(Al-Baqarah (2 ): ayat 2-5)

Jelas kepada kita, antara sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah

Pertamanya , beriman dengan perkara ghaib. Beriman dengan Allah SWT dengan sepenuh keyakinan jiwa dan hati. Begitu juga dengan perkara-perkara yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Keduanya, mendirikan solat. Berusaha menyempurnakan solat dan mempertingkatkan kekhusyukan dalam melaksanakannya.

Ketiganya, mengeluarkan sedeqah, infaq daripada sebahagian rezeki mereka. Ia selesa untuk menderma tanpa paksaan serta lahir daripada keikhlasan hati.

Keempatnya, beriman dengan Al-Quran. Membaca, memahami dan mengamalkan di dalam kehidupan. Berusaha untuk menjadi "the walking al-quran".

Kelimanya, menyakini adanya hari akhirat. Sentiasa mengingati tempat kepulangan iaitu alam akhirat yang kekal selamanya serta bersiap dengan bekalan untuk ke sana.

Nasihat Murabbi

Tuan Haji Rosdi Baharom, dalam pertemuan minggu lepas mengingatkan saya dan sahabat dengan ungkapan yang simple, namun ia harus diusahakan semaksima mungkin :

“Marilah kita pastikan bahawa hati kita bersih dan jernih sebelum menjejaki kaki ke bulan Ramadhan. Kerana inilah kata kunci kejayaan untuk kita meraih ketakwaan kepada Allah.”

Tetamu Agung, ia akan tiba

Ayuh, menyambut dengan sambutan kehangatan yang membara

Meraihkan kehadiran dengan sepenuh jiwa kehambaan

Melaksanakan segalanya dengan keimanan yang utuh dan (sentiasa) ihtisab segalanya amalan di dalamnya agar hasilan adalah yang TERBAIK, BERMUTU dan BERKUALITI.

Inilah saat kita membumikan segala kecintaan dan kerinduan terhadap Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan, kami menantimu

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP