Dakwah Era Baru - Kesenian Grafik & Kartun Islamik

Tuesday, August 3, 2010

Gambar ini pernah cuba dibeli oleh seseorang dari US dengan tawaran harga 200 dolar. Picture by MusliMultimedia

Dakwah Era Baru – Kesenian Grafik dan Kartun Islamik

Oleh : BroHamzah

Apa pandangan anda tentang lukisan diatas?

Bagi saya, seni lukisan sangat tinggi dan bermutu.

Kesenian merupakan salah satu perkara yang sangat terpenting dalam sebaran dakwah. Malah Rasulullah SAW merupakan seorang individu yang sangat berseni

Apakah seni? Saya pernah bersembang dengan sahabat saya, Hilal Asyraf berkaitan kesenian. Menurut beliau, antara definisi seni adalah: Kesanggupan akal manusia menciptakan satu karya yang bermutu lagi bernilai tinggi.





MusliMultimedia - Seni Lukisan Era Baru


Ya. Hasilan daripada suatu usaha manusia dari pelbagai bentuk hasil kesenian. Mungkin ia berbentuk seni suara, seni lukisan, seni hubungan kemanusiaan, seni karya penulisan dan sebagainya. Dan bagi saya, , kesenian amat penting untuk dijadikan salah satu aspek yang penting untuk penyebaran dakwah.

Kita lihat berdakwah melalui seni suara nasyid dan hiburan terdidik

Berdakwah melalui perkataan, kesukanan , permainan dan sebagainya.

Ia mengambarkan kesyumulan dan keindahan Islam itu sendiri sebenarnya.

Antara lukisan MusliMultimedia

Dakwah Dimensi Baru

Lukisan serta karya-karya kartun yang saya sertakan ini merupakan karya seni seorang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD). Banyak karyanya dimuat naikan di dalam sebuah laman web.

Perkongsian hasil lukisan beliau anda boleh lah layari di website ini (http://muslimultimedia.deviantart.com) . Beliau menggunakan nama karya sebagai MusliMultimedia.

Bagi saya, karya keseniannya sangat bermutu dan profesional. Keseniaan lukisan yang halus, hidup dan mengujakan!

“ Anta, sangat berbakat. Gunakan potensi anta untuk lakukan sesuatu untuk penyebaran dakwah!,” getus saya.

“ InsyaAllah, itu salah satu cita-cita ana,” Katanya kepada saya sambil tersenyum.

Bakat-bakat terpendam sebeginilah yang harus dicungkil dan diketengahkan untuk kerja-kerja yang bermanfaat dan berfaedah. Bagi saya, ia adalah peluang dan kesempatan untuk meraih pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.



Lukisan ini dilukis semasa Kem JATIDIRI 2010

Kesenian yang tinggi

Saya berbincang dengannya untuk melaksanakan beberapa projek yang boleh menyebarkan Islam dalam bentuk lukisan, kartun dan komik Islamik. Dan , beliau sendiri ada projek-projek yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Apa dia? Rahsia katanya. Yang pasti, ia akan membuka salah satu dimensi baru dalam medium dakwah seni lukisan dan karya grafik kartunis.

Alhamdulillah. Ini merupakan salah satu petanda yang baik untuk dunia seni grafik Islamik. Para remaja sangat sukakan bentuk-bentuk komik dan kartun makan, kami akan jadikan projek ini sebagai salah satu projek dakwah untuk para remaja. Ia adalah lambang kekreativiti dan inisiatif dalam memperbanyakan bahan bacaan Islamik untuk semua golongan masyarakat terutamanya golongan remaja.

Saya yakin, beliau dan beberapa orang rakannya yang kini berada di Kolej Teknologi Darul Naim bakal mewarnai dunia seni grafik dan kartun Islamik 5 tahun lagi secara serius. Kita doakan!

Lukisan ini mempunyai mesej yang tersirat. Tajuknya ialah KTD Student

Projek Hilal Asyraf

Salah satu cita-cita sahabat saya, Hilal Asyraf ( Penulis Muda) ialah mewujudkan kartun bagi novel beliau iaitu novel VT. Dan beliau sangat-sangat berhajat untuk mencari pelukis untuk komik VT beliau. Katanya, kepelbagaian bentuk penyampaian akan menyemarakan lagi medium dakwah ini. Harapan beliau, Komik kartun VT akan benar-benar terealisasikan. Bila? Yang ini kena Tanya Hilal sendiri.

Dan, saya ingin mencadangkan MusliMultimedia ini sebagai salah seorang team untuk menggerakkan menghasilkan komik sebegini. Mudahan adalah jalan untuk melaksanakan impian dan cita-cita ini.

InsyaAllah, perkongsian hasil seninya akan saya kongsikan di sini secara berkala.

Usaha tangga kejayaan. Doakan semoga projek ini menjadi realiti

Read more...

Rahsia Imam Muda Terbongkar

Monday, August 2, 2010

Ia adalah rahsia kekuatan ummah Muhammad zaman berzaman

Rahsia Imam Muda Terbongkar

Oleh : BroHamzah

“ Program Imam Muda itu apa?” Ada seorang pelajar tanya saya satu soalan.

Saya tersenyum sahaja.

Sehingga kini, walaupun sudah berhari-hari program Kemuncak Imam Muda berlalu masih ramai orang memperkatakannya sama ada diblog, face book atau menjadi intipati perbualan harian. Tentunya, bagi yang belum mengetahui tentang program ini tertanya-tanya apa kah sebenar program realiti Imam Muda ini. Saya sendiri tidak mengikutinya secara berkala secara mingguan. Hanya membaca perkembangan secara tidak langsuang melalui laman-laman internet yang pelbagai.

Secara peribadi, ingin saya mengajak kita melihat apakah mesej dan tujuan utama program ini dilaksanakan. Secara dasarnya ialah merupakan salah satu program alternatif yang baik bagi memberi ruang kepada golongan-golongan agamawan untuk menyebarkan iklim islamik di dalam media penyiaran. Alhamdulillah, usaha itu adalah harus disokong. Semoga Allah SWT membantu dan memudahkan apa jua mesej kebaikan melalui medium sebegini.

Finalis Imam Muda

Saat ini,program Imam Muda menjadi satu fenomena yang baru kepada para remaja di Malaysia. Secara umumnya, ia dilihat sebagai satu perkembangan yang sihat. Ya satu suasana yang baik. Meletakkan individu-individu yang baik, berakhlak dan bersahsiah sebagai ikon kepada remaja di Malaysia. Sekurang-kurangnya menjadi salah satu alternatif kepada remaja untuk mencari siapakah tokoh, ikon dan individu yang boleh mereka contoh dan teladani.

Jika dilihat secara keseluruhannya, kesemua finalis Imam Muda adalah mereka-mereka yang mempunyai moral yang baik dan akhlak yang sangat terpuji. Ini menyenangkan hati semua pihak. Sekurang-kurangnya, anak-anak mereka ada contoh. Dan bagi saya, di sinilah kekuatan mereka.Dan yang menariknya hampir kesemua daripada mereka adalah penghafal Al-Quran. (Huffaz). Dan ini juga adalah syarat utama untuk para imam-imam muda untuk menyertai program ini.

Al-Quran memberi suatu kekuatan yang luar biasa kepada sesiapa yang di dalam dirinya hidupnya Al-Quran secara nyata dan diamalkan. Malah rahmat Allah SWT sentiasa memayungi mereka.

Firman Allah SWT :

“ Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

( Al-Isra (17) : 82)

Rahsia kekuatan terbongkar

Rahsia utama kepada Imam-imam muda dalam rancang ini ialah kekuatan ruh Al-Quran. Kekuatan yang tertonjol dari dalaman mereka ialah ruh Al-Quran yang mewarnai dan menghiasi perjalanan hidup mereka dan kita dapat merasai kesan Al-Quran pada mereka. Lihatlah wajah dan penampilan mereka. Akhlak, tutur bicara dan sebagainya.Tampak tenang, sejuk dipandang dan kita merasa begitu senang.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan.”

( Al-Isra’ (17) : 9)

Rahsia kejayaan mereka kini terbongkar , dan bagi saya inilah rahsia yang seharusnya kita jadikan panduan dalam melakukan sesuatu terhadap diri kita, keluarga dan masyarakat. Proses pendidikan modal insan harus bermula dengan program pendidikan Al-Quran.

Bukan sekadar berbentuk hafalan, tetapi ia berbentuk penghayatan yang dibumikan di dalam kehidupan. Dan yang lebih menarik, proses pendidikan Al-Quran ini telah bermula semenjak mereka kecil lagi, bukannya 2 atau 3 bulan sebelum menyertai program Imam Muda ini.

Maknanya apa?

Proses ini sangat lama dan sukar. Ia adalah proses jangka masa panjang.

Memasyarakatkan Al-Quran

Saya pernah bersembang dengan Tuan Haji Noorazman Shamsudin, salah seorang aktivitis kemanusiaan yang menyertai misi Lifeline 4 Gaza yang menaiki kapal Mavi Marmara pada bulan Mei yang lepas. Katanya, kekuatan penduduk Gaza, Palestin dalam menghadapi kemelut dan cabaran penindasan terhadap mereka ialah Al-Quran.

Kita dapat lihat kekuatan kesatuan, penyatuan dan kerjasama yang berlaku sesama mereka dalam bertahan serta berperang dengan pihak Zionis Israel ialah jiwa mereka hidup bersama Al-Quran.

“ Di Gaza, adalah satu perkara yang mengaibkan sekiranya dalam sebuah keluarga itu tidak ada yang menjadi Huffaz Al-Quran ( Hafal 30 Juzuk). Dan Al-Quran inilah yang bersama-sama mereka ketika berkerja, bertindak dan bergerak,” Kata Tuan Haji Noorazman.

Proses tarbiyah quraniyah berjalan dan dihidupkan secara nyata di Palestin. Dan seharusnya kita melihat ia dengan nada dan panduan yang positif. Malah, perkara pernah berlaku dan terbukti pada zaman Rasulullah SAW.

Ya.

Para sahabat terdidik dan didik oleh tangan Baginda Rasulullah SAW dengan didikan Al-Quran.

Jiwa mereka dipenuhi dengan ayat-ayat kebenaran daripada Al-Quran yang membersihkan hari mereka daripada kecintaan kepada dunia.

Hati mereka terpaut kepada keindahan ayat-ayat yang merupakan kalamullah sehingga mereka jatuh cinta kepada Allah SWT, Rasulullah dan Islam dengan sepenuh jiwa mereka.

Firman Allah SWT :

“ Inilah adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) yang penuh dengan barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya..”

( Shad (38) : 29)

Malah, tarbiyah Al-Quran ini telah melahirkan mereka sebagai sebuah generasi yang terbaik dalam sejarah peradaban dunia. Sehingga ada ulamak mengelarkan mereka sebagai – Jinul Qurani Farid- Generasi Al-Quran yang unik.

Seorang tokoh pembaharuan Islam, di dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan telah memberikan komentar berkaitan kejayaan Rasulullah SAW dalam mendidik para sahabat RA, katanya Para sahabat telah didik dengan 3 faktor ini :

Pertama, mereka menjadikan Al-Quran itu satu-satunya SUMBER Rujukan & Hanya Al-Quran

Kedua, mereka menghadapi Al-Quran untuk melaksanakan serta merta dalam KEHIDUPAN

Ketiga, mereka memeluk Islam secara menyeluruh dengan meninggalkan zaman kegelapan mereka secara menyeluruh.

Nah! Inilah punca, dan rahsianya. Kekuatan generasi awal dan ia akan terus menjadi kekuatan utama ummah Muhammad sehingga ke akhir zaman.

Individu hebat

Sepanjang pengalaman saya, saya dapati kebanyakan rakan-rakan saya yang cemerlang dalam akademik, sahsiah, kerjaya mahupun segala bentuk pencapaian mereka kebanyakannya adalah mereka yang beramal dengan Al-Quran. Sama ada membaca, menghafal secara konsisten dan benar-benar mengamalkan segala intipati Al-Quran dalam kehidupan mereka.

Malah jika diteliti dalam sejarah perabadan Islam, kebanyakan para cerdik pandai, para ulamak dan pemimpin Islam yang hebat-hebat semuanya bermula dengan didikan Al-Quran. Dan inilah rahsia dan formula zaman berzaman yang kian dilupakan.

Saya insaf dengan kenyataan ini. Benarlah Al-Quran adalah kekuatan utama dalam proses pendidikan membentuk insana yang rabbani. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Semoga kita mampu menjadi ahli Al-Quran dan menghidupkan ruh Al-Quran dalam setiap gerak geri kehidupan kita dengan hakikat yang sebenarnya.

Read more...

Kerdilnya Diri dan Saya tidak tahu

Sunday, August 1, 2010

Dalami ilmu sehingga menguasainya sebaik-baiknya . Picture by Muttaqe Misran


Kerdilnya Diri & Saya tidak tahu

Oleh : BroHamzah

Satu pengalaman yang Allah SWT berikan kepada saya pada tahun lepas ialah berkongsi ilmu dan mengajar beberapa subjek kepada para pelajar saya di UiTM. Sebagai seorang baru bertatih dalam bidang pengajaran, saya mencuba untuk mengajar dan memberi sedikit ilmu yang ada apa saya untuk dikongsikan, dimanfaatkan dan diamalkan bersama-sama.

Setelah satu tahun mengajar, antara perkara yang saya dapat ialah saya ini adalah orang yang tidak berilmu. Banyak kelemahan dan banyak kekerdilan diri saya. MasyaAllah. Semakin saya dalami ilmu, melakukan persediaan untuk megajar, semakin banyak perkara yang saya tidak tahu.

Setiap kali habis kelas syarahan, pasti ada pelajar akan bertanyakan soalan.

“ Ustaz, saya ada satu soalan,” Seorang pelajar mengangkat tangannya.

Kemudian, ada lagi soalan yang diajukan. Dan pernah dalam suatu sesi kelas perbincangan, hampir 13 soalan diajukan kepada saya untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan. Dan, satu hakikat yang ingin saya nyatakan ialah daripada 13 soalan itu hanya 5 soalan sahaja yang saya dapat jelaskan dan selebihnya saya tidak tahu secara terperinci.

“ Maaf para pelajar, saya tidak dapat menjawab soalan ini buat masa sekarang. Nanti akan saya balik dan melakukan rujukan daripada buku-buku dan kitab-kitab apa ulamak yang muktabar.” Jelas saya kepada para pelajar.

Saya tidak tahu!

Inilah hakikatnya, sebenarnya diri kita sangat-sangat kerdil. Tujuan saya berkongsi bukanlah untuk menyatakan bahawa saya ingin merendah-rendahkan diri saya atau apa jua bentuk penjelasan atas kekurangan saya.

Cumanya, ingin saya kongsikan bahawa inilah hakikat keterbatasan penguasaan ilmu dan seharusnya satu tindakan kerja keras yang harus kita lakukan untuk saling bantu-membantu dalam penguasaan sesuatu perkara.

Dan paling utama ialah sikap amanah kita dengan ilmu. Sekiranya kita tidak tahu maka, nyatalah dengan keterbukaan bahawa kita tidak arif dalam perkara tersebut.

Bukan mudah untuk menyatakan perkara ini, jika kita masih berselindung untuk menjaga air muka, maruah keilmuan dan aspek-aspek berkaitan dengannya. Malu untuk mengaku bahawa kita tidak tahu dan arif berkaitan sesuatu hal akan membawa bencana yang besar kepada diri kita sendiri.

Kisah pedoman buat diri

Satu kisah yang pernah saya baca berkaitan Imam Malik yang sangat relevan dengan perkongsian pada kali ini.

Kisahnya begini, pada suatu hari ada seseorang lelaki yang datang dari jauh (Maghrib) ingin bertemu dengan Imam Malik untuk bertanyakan beberapa soalan. Soalan ini merupakan soalan yang dikumpulkan daripada penduduk kampungnya untuk mendapat jawapan langsung daripada Imam Malik.

Perjalanannya bukan semudah kita pada hari ini. Tiada kenderaan pacuan empat roda ataupun kapal terbang yang pantas melintasi langit membiru. Bahkan, perjalanan yang sederhana itu memakan masa berminggu-minggu malah berbulan-bulan lamanya.

Setibanya di Madinah, ia segera bertemu dengan Imam Malik dalam satu majlis Ilmu. Dan mengajukan soalannya itu kepada Imam Malik. Namun jawapan Imam Malik , “ Saya tidak tahu. Permasalahan ini belum pernah berlaku di negeri kami. Guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini. Kembalilah esok hari.”

Pada keesokannya, lelaki itu kembali lagi bertemu Imam Malik. Diaju soalan yang sama, dan Imam Malik menjawab : “ Aku masih belum tahu jawapannya.”

Lelaki itu berkata : “ Wahai Abu Abdillah, soalan ini adalah soalan daripada penduduk kotaku di Maghrib. Mereka berkata bahawa tidak ada orang yang lebih alim daripada tuan di muka bumi ini. Apa yang harus aku katakana kepada mereka nanti?.”

Sekali lagi Imam Malik menjawab dengan ringannya : “ Apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu mereka bahawa Malik tidak tahu.”

Pengajaran Ini sangat mengesani saya

Apa ibrah kisah ini? Kita dapat lihat seorang Imam Malik bin Anas yang sangat alim, warak, soleh dan mempunyai keluasan ilmu yang benar sangat berhati-hati dalam menjawab persoalan agama kepadanya.

Jika tidak tahu sesuatu soalan, beliau tidak memaksa diri untuk menjawabnya. Sebaliknya, tanpa malu-malu ia mengucapkan kalimat , “ Saya tidak tahu,”

Imam Malik pernah berkata, “ Jika seseorang mengabaikan (kalimat) saya tidak tahu, maka ia telah jatuh ke dalam kebinasaan.”

Inilah satu sahsiah dan keperibadian sederhana dan warak dalam soal keilmuan. Bukan Imam Malik sengaja tidak mahu menjawab, atau tidak berusaha untuk menyelesaikan permasalahan tersebut tetapi ia melambangkan sifat berhati-hati dalam membicarakan soal keilmuan terutama apabila melibatkan soal atas nama agama.

Langkahan kita

Bukan bermakna apabila kita tidak tahu maka terus kita berada dalam keadaan “tidak tahu itu”. Tetapi berusahalah untuk mencari, menuntut dan belajar akan sesuatu perkara itu dapat kita ketahui dengan jelas dan nyata bedasarkan sumber yang benar. InsyAllah.

Sifat berhati-hati inilah yang wajar dicontohi, dan dilaksanakan di dalam diri kita. Sekiranya kita ada sedikit ilmu, tetapi cepat menghukum juga tidak wajar berada dalam diri seorang muslim. Usah malu menyatakan “ saya tidak tahu” dan berusaha lah menambah ilmu di mana sahaja kita berada.

Al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada Sufyan Bin ‘Uyainah, “ Orang yang paling memahami fatwa ialah orang yang paling enggan menjawabnya. Dan orang yang paling jahil mengenai fatwa ialah orang yang paling sering menjawabnya.”

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP