Memo Khas Buat Para Pendosa

Saturday, July 31, 2010

Koreksi Diri dan Muhasabah Kendiri

Memo Khas Buat Para Pendosa

Bagikan tersentak dan terkedu.

Memo ini adalah untukmu wahai pendosa, agar merenungi diri dan mendalami diri yang dikotori dengan kejelekan dan kebusukan dosa yang menjijikan.

Wahai pendosa, hancurnya sesuatu bangsa, rosaknya jiwa, berpecahnya hubungan kekeluargaan, retaknya sebuah perhubungan dan bersimpang siurnya pemikiran, hanyalah akibat dari dosa-dosa dan kemaksiatan.

Wahai pendosa, terhalangnya rezeki, kerasnya hati, dan mengeringnya air mata, hanyalah akibat dosa-dosa dan kemaksiatan.

Wahai jiwa-jiwa pendosa yang hitam, besarnya kemurkaan Allah, besarnya kekhuatiran dan ketakutan menimpa manusia, hanyalah akibat dari dosa-dosa dan kemaksiatan.

Wahai pendosa, ketahuilah bahawa diciptakannya neraka yang dahsyat serta pemandangan seksa yang pedih, hanyalah akibat dari dosa-dosa dan kemaksiatan.

Wahai pendosa, dosa yang engkau lakukan itu menyebabkan perasaanmu sempit, terhimpit, sedih, resah, cemas dan diselubungi keputus asaan.


Ingatan ini buat sesiapa sahaja termasuk diri ini.

Wahai diri dan semua yang menyulusuri kehidupan ini

Tidak dapat lari dari tercalit dengan calitan dosa dan noda

Koreksilah diri, semoga memo ini menjadi ingatan yang sangat berguna

Read more...

Penantian adalah suatu proses

Thursday, July 29, 2010

Bersabarlah dalam penantian yang panjang ini dengan penuh kesabaran. ~ Picture by Umar Aziz

Penantian adalah satu proses

Oleh : BroHamzah

Semalam, ketika mencatat sesuatu dalam buku sempat saya bersembang-sembang dengan sahabat sebilik.

Ada sesuatu yang akan sembangkan sehingga saya menyebut satu ungkap.

“ Penantian adalah suatu penyiksaan.”

“Bukan.” Jawapan spontan terkeluar dari bibir sahabat saya.

“ Penantian adalah satu proses.”

Saya bagaikan baru terdengar ungkapan ini. Penantian adalah satu proses. Penantian adalah waktu yang kita habiskan untuk menanti sesuatu harapan, impian dan cita-cita. Dan bagi saya ia juga menyamai maksud ungkapan pakar pendidik iaitu “ Masa adalah rawatan.”

Bagi yang tidak sabar menunggu hasil sesuatu yang diusahakan, ia akan terseksa tanpa menyedari hakikat sebuah penantian yang menuntut ia melakukan sesuatu dengan penantian tersebut.

Bagi seorang pelajar, ia pasti akan menanti dengan penuh kesabaran untuk mengenggam sebuah ijazah sebagai tanda dan kayu ukur ia telah berjaya menamatkan di satu tahap proses pendidikan keilmuan. Penantian dengan ketekunan, kesungguhan dan keseriusan adalah proses untuk melihat hasilan yang dicita-citakan itu berhasil dengan kejayaan, kepuasan dan kecemerlangan.

Bagi seorang ibu dan seorang bapa, ia mengimpikan memiliki seorang anak yang soleh, berjaya dan membuatkannya mereka tersenyum. Namun proses menjadikan seorang anak itu sebegitu adalah proses yang memakan masa yang panjang, lama dan sukar. Sebuah penantian untuk melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan Islamiyah adalah proses yang menuntut kesabaran yang bukan sedikit tetapi kesabaran yang luar biasa.

Bagi seorang pemuda dan pemudi, sudah tentu menanti untuk mengalami perubahan yang besar dalam kehidupan mereka daripada fasa hidup bersendirian kepada berteman. Menanti untuk dirisik atau bersedia untuk menimang suri sehinggalah memiliki adalah fasa-fasa penantian yang sangat getir dan memerlukan kekuatan hati dan jiwa yang kental dan penuh kesabaran. Proses penantian demi penantian ini ditunjukan oleh baginda Rasulullah SAW dengan panduan yang tarbawi lagi terdidik. Inilah indahnya Islam, segalanya ada di dalam ajaran yang lurus dan benar ini.

Bagi seorang pendidik, murabbi dan dai pula, proses kesabaran mendidik anak murib atau mad’u adalah proses penantian yang harus dilalui dengan memahami konsep fitrah manusia dalam soal perubahan ke arah lebih baik. Murabbi yang baik, menanti dengan penuh kesabaran, dan juga ketenangannya dalam mendidik anak didik akan menyerlahkan kewibawaan sebagai qudwah dan contoh kepada anak didik. Tanpa sifat terburu-buru dan tergesa-gesa, ia bijak mencari peluang dan masa yang sesuai untuk memberikan didikan kepada sesiapa sahaja, terutamanya anak didiknya agar proses didikan itu selari dengan fitrah pembesaran insan itu sendiri.

Penantian itu suatu proses

Sebuah penantian dalam melihat sebuah kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan perlu dilalui dengan membayar sebuah pengorbanan yang tinggi harganya. Pengorbanan yang luar biasa dan kesabaran yang tinggi adalah kata kuncinya. Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”

( Al-Baqarah 2 : 153)

Bagi muda mudi khususnya, semoga penantian mu dalam memelihara diri dalam soal kasih, cinta dan perasaan ini dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang dipenuhi kemanisan dan kebahagiaan.

Kini sangat sukar, mencari pemuda-pemudi, dan para remaja yang mampu menjaga hatinya daripada disentuhi oleh cinta keremajaan. Fitrah ingin disayangi dan menyayangi membuak-buak dalam diri sehingga hilang kewarasan dan kesabaran. Dan akhirnya, kecundang ditewaskan oleh nafsu sendiri dan terjerumus dalam lembah kehinaan.

Semoga penantian ini, adalah proses membaiki diri dan hati agar benar-benar ready.

Bersabarlah diri

Teguhkan naluri insani

Peliharalah maruah diri

Agar penantian yang panjang ini, membuahkan bibit kebahagiaan yang hakiki

Read more...

Membangkitkan Kelesuan

Wednesday, July 28, 2010

Ayuh! Bangkitkan semangat mu


Membangkitkan Kelesuan

Oleh : BroHamzah

Pernahkah anda dilanda kelesuan, kepenatan dan keletihan yang melemahkan jiwa.

Malah, ia melunturkan semangat yang membara dan berkobar-kobar.

Jika dahulunya, kehidupan ini dilalui dengan keazaman yang tinggi, dihiasi dengan ruh himmah yang bersemangat dan tekad yang tidak kenal penat dan lelah. Namun, kini ia semakin pudar dan luntur dibawa arus masa dan zaman.

Ujian diterima bertimpa-timpa. Mehnah, dugaan dan cabaran mengundang kedukaan dan kelemahan jiwa. Ketika itu, hati diselubungi kelesuan dan keletihan yang tiada kesudahan


“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.


Persoalan yang bermain di minda

Ke mana perginya semangat itu? Kehilangan yang sangat memeritkan dan membuatkan kita tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya telah berlaku kepada diri kita?

Terbayang dibenak fikiran, segala kisah-kisah lalu yang kita laluinya dengan kerja-kerja yang besar yang dilaksanakan dengan tekad kesungguhan yang menyeronokan dan membahagiakan.

Diri ini terus terpinga-pinga dengan keadaan diri. Kenapa ini boleh berlaku?

Semangatku, kenapa engkau lesu tidak bermaya?

Jiwaku, kemanakah dirimu yang sentiasa “besar” dengan cita-cita dan impian yang menggunung?

Kenapa, hal ini berlaku di saat, aku benar-benar memerlukan mu.?

Mencari Jawapan yang nyata

Wahai empunya diri, tahukah engkau bahawa semangat, tekad dan keazaman itu semakin pudar dari dirimu secara beransur-ansur. Ia hilang sedikit demi sedikit. Malah, puncanya bermula dari perkara yang engkau sendiri tidak sedari.

Wahai diri, kecekalan mu akan pudar jika dirimu jauh daripada RabbMu. Ia akan tersinar apabila hatimu tidak bersih sebersih fitrahmu.

Carilah dirimu, di dalam sanubari kecilmu tanpa memandang kepada sesiapa. Dirimu memerlukan kekuatan yang akan menguatkan hati dan tekadmu. Lihatlah hatimu itu sedalam-dalamnya. Ternyata akan ditemui jawapan yang selama ini engkau ternanti-nanti.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” ( Surah As-Saff ayat 12)

Pujilah hati dan hiburkanlah dengan kalam Ilahi.

Bangkitkan semangatmu dengan mengenal diri

Didiklah hati dengan menyakini janji Rabbi

Agar dirimu yang suram itu kembali berseri

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP