PRU 13
Harapan Baru Buat Malaysia
Ia bermula dengan kita semua.
Jadilah Pengundi Yang Berwibawa!
[1] Jadilah pengundi yang berilmu, berinformasi dan sentiasa up to date.
[2] Perlu ada homework atau assignment PRU 13
[3] Penelitian terhadap calon bertanding dengan usaha, doa dan tawakkal!
[4] Wujudkan meja bulat, perbincangan dan branstorming sesama ahli keluarga dan komuniti terdekat.
[5] Elak provokasi, fitnah dan politik sempit
Tulisan penuh bolehlah layari :
Ilustrasi, gambar dan idea adalah hasil sentuhan kreatif - Ibnu Fuad Of LangitIlahi.
Ini Banya Bengkok Maa
Wednesday, April 10, 2013
Malaysiaku.
Negara yang aku cintai.
----
Harapanku Hanya Satu
Agar Munculnya Malaysia Yang Baru
“ Ini
banya bengkok maa..”
Itu ayat
biasa yang akan saya dengari apabila ke kedai membeli surat khabar. Tokeinya seorang uncle berbangsa Cina yang
amat peramah, suka menyapa dan penuh dengan idea.
“Ini
paper banyak bengkok. Talak betul. Banya tipu ooo,”
Sambil
tangannya menunjuk ke beberapa akhbar melayu tempatan. UM, KOS dan BH.
“ Ini
bagus. Talak bengkok. Berita berpatutan,”
Katanya
sambil menunjuk tanda bagus pada surat khabar SH.
“Hali
ini, orang tak suka tipu-tipu. Lu tengok, kalau belita bengkok – mana ada laku.”
Rakyat,
masyarakat dan komuniti semakin terbuka, nampak dan mampu menilai. Kebenaran,
keburukan, kebaikan dan kejahatan terpapar di depan mata. Sesiapa pun dia,
bangsa apa pun dia, lelaki perempuan, kaya miskin dan pelajaran tinggin rendah –
semuanya mahukan kebenaran!
“ Tokei,
bagi saya SH satu,”
“
Bagus-bagus!,”
Nota :
Cerita ini penghias blog semata-mata. Ia bukan rekaan tetapi kisah benar di
sebuah bandar kecil di kawasan pendalaman Perak.
-----
UM – Utusan
Meloya
KOS –
Kosmetik
BH – Berita
Hairan
SH – Sinar Harapan
Labels:
Catatan Perjalanan
Gambar Intipati Kandungan - Buku Penanaman Tauhid
Monday, April 8, 2013
Aliyah Mukhlisah baru pegang-pegang.
Cuba biasakan dahulu.
Pertamanya,
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada respon, pertanyaan, persoalan dan
minat sahabat-sahabat pembaca terhadap buku penanaman tauhid tulisan zaujati
dan gurunya, Puan Maimunah Hashim.
Ramainya yang menunjukan minat, kecenderungan
dan keazaman untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Saya gembira melihat perkembangan sebegini.
Rata-rata sahabat-sahabat, kenalan dan
rakan-rakan yang baru berkahwin, bakal menimbang cahaya mata dan sudah memiliki
anak yang masih kecil– menunjukan minat untuk proses penanaman tauhid ini.
Tahniah, saya ucapkan kepada semua. Usaha kita
ini adalah sebagai bukti komitmen kita bersama dalam mewarnai kehidupan anak-anak
kita dengan proses pendidikan yang akan mencorak keperibadian, cara berfikir
dan gaya hidup mereka nanti. Ya, ini usaha kita semua. Dan, ini juga sedikit
usaha kami dalam menengahkan buku sebegini untuk bermanfaat bersama.
Kenapa
Tauhid Itu Penting?
Inilah tunjang kepada keimanan dan ketaqwaan
manusia dalam meyakini Allah SWT. Kalimah tauhid adalah sebaik-baik kalimah,
ingin sekali kita ingin menghayatinya sehingga lahir dalam bentuk tindakan,
penghayatan dan amalan yang sebenarnya.
Kalimah La ilaha illallah harus
disemai, dibajai dan dipelihara dalam jiwa anak-anak semenjak mereka kecil
lagi. Bahkan memperkenalkan, membiasakan dan menerangkan kepada anak-anak
tentang siapakah Rabb, Ilah dan Allah harus berlaku secara serius dan
bersungguh.
Mungkin sahaja, pendekatan itu secara pelbagai
dan kreatif sejajar dengan usia dan tahap pemikiran, pemahaman dan penerimaan mereka.
Lantaran itu, cara melalui pembacaan dan penceritaan menjadi salah satu kaedah
yang biasa digunakan dalam pendidikan dewasa ini.
Siri Pembacaan
Little ‘Abd
Buku ini merupakan salah satu siri buku untuk
program Little ‘Abd iaitu salah satu program khusus untuk anak-anak yang sedang
membesar dalam mengenali Allah SWT sebagai Rabb dan satu-satu Rabb yang
mencipta, memiliki dan berkuasa. Di samping, mempertingkatkan proses untuk
mengasahkan kemahiran membaca – ia juga akan menyuntik “kesedaran” kepada
anak-anak bahawa mereka adalah ‘abd (hamba) dan perlu berusaha untuk menjadi
hamba yang diredhai oleh Allah SWT bagi meraih Syurga Allah SWT.
Usaha murni ini adalah sebahagian usaha untuk
memperbanyakan lagi bahan-bahan pembacaan untuk anak-anak bagi mengisi
kelopongan dan kekurangan tools pendidikan terutamanya yang berteraskan tauhid dan menepati syariat khusus untuk mereka.
Intipati
Kandungan Buku
Ramai yang bertanya dan meminta agar kami
kongsikan intipati gambar buku ini. Justeru, kami kongsikan ia untuk tatapan
tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bagi mengetahui kelebihan buku ini boleh membacanya di sini. Ini antara sebahagian gambar dalam siri buku ini :
[1] Allah Is My Rabb
Perkataan yang mudah diingati dan ianya diulang-ulang
[2] Allah Loves Us
Kisah yang dekat dengan kanak-kanak
[3] Thank You Allah!
Gambar ilustrasi yang cantik, pelbagai dan menarik
[4] It’s Fun At The Zoo
Penekanan Allah SWT sebagai Rabb diulang-ulang dalam setiap siri.
[5] Only Allah Can Give Us Fruits
Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Kuasa -
agar ia dihayati dengan jiwa dan perasaan.
Berminat Untuk Memiliki Buku Ini?
Tuan-tuan dan puan-puan budiman,
Ibu bapa yang sekalian,
Jika berminat untuk memiliki buku ini – bolehlah berurusan
dengan saya melalui emel saya : brohamzah85@gmail.com dan bagi yang mempunyai
facebook boleh PM saya di sini. Saya akan nyatakan harganya, perincian urusan
pembayaran dan penghantaran kepada tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.
Hasrat Hati Kami
Besar harapan kami agar “perkongsian” ini dapat dimanfaatkan
oleh ibu bapa dalam usaha bersama mendidik anak-anak mengenali Allah SWT,
mentaati Allah SWT dan seterusnya mencintai Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita
berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan
ini.
Labels:
Dunia Buku
Guru - Kalian Sungguh Mulia
Thursday, April 4, 2013
Mereka "menyuluhkan" kita cahaya.
Mendidik kita untuk menjadi insan berjaya.
Semenjak kecil, saya sentiasa bahkan selalu
menjadi “pendengar” setia bagi setiap
perkongsian, luahan dan rasa hati emak tentang segala cerita dan karenah anak
pelajarnya.
Pelbagai ragam, kisah dan sudut-sudut yang
tidak termampu dikatakan. Tetapi, emak akan menyatakan walaupun kami tidak
meminta. Kata abah :
“ Ali dengar sahaja, apa yang mak nak
kongsikan. Sekurangnya, itu dapat buat emak gembira dan lega.”
Saya
angguk. Terus-menerus setia mendengar sehinggalah hari ini. Kata abah,
meluahkan itu ubat dan penawar buat emak.
Ya. Saya mengakui akan kebenaran itu.
Dunia
Pendidikan
Menjadi pendidik, guru, cikgu dan ustaz pada
hari ini amat mencabar. Mungkin sahaja, gaji dan elaunnya tinggi tetapi
bebanan, amanah dan tanggungjawabnya kian luar biasa hebat. Tanpa niat, misi
dan matlamat yang jelas – pasti sahaja siapa yang menceburi dunia pendidikan
ini akan stress, tertekan dan boleh menjadi hilang daya untuk terus
bertahan.
Apa pun, buat guru-guru kalian sebenarnya
adalah insan mulia. Syabas kerana memilih dunia pendidikan ini dan berdedikasi
untuk bergelumang dengan dunia ini sehingga ke penghujung usia. Saya pernah
jumpa, ramai guru-guru yang sangat passion, bahagia dan teruja dengan dunia pendidikan sehingga akhir hayat.
Dan, saya juga pernah jumpa – guru yang begitu tension
dengan pekerjaan sehariannya itu dan amat-amat terasa hidupnya sangat
malang, kelam dan merugi. Kesian melihatnya, kerana tidak menjiwa profesion
yang digelutinya saban hari.
Zaujati –
Insan berjiwa pendidik
Semakin hari mengenali insan ini, saya semakin
kagum kepadanya. Kesungguhan, kesabaran, kecekalan dan ketabahannya untuk
memberikan yang terbaik membuat hati ini sentiasa ingin bersama dengannya walau
apa jua badai cabaran yang melanda.
Dunia pendidikan hari ini tidak pernah sunyi
dari pelbagai mehnah, ujian dan tribulasi yang beraneka ragam. Dari aspek
pengajaran, pembelajaran, pengurusan sehingga pergaduhan pelajar yang
remeh-temeh juga perlu dipedulikan oleh seorang guru. Tidak cukup dengan itu, -
kisah-kisah, masalah-masalah dan ragam-ragam di luar sekolah turut tertempias ke
bahu mereka.
Air mata, esakan, tangisan dan luahan hati
seorang guru harus dipandang dengan mata hati. Jika tidak, mereka terpendam
dengan bebanan yang tiada kesudahan.
Guru-guru, mereka punyai cita-cita yang tinggi
untuk anak bangsa, negara dan agama.
Guru-guru, mereka juga insan biasa yang miliki
hasrat hati dan jiwa.
Guru-guru, mereka juga ingin bahagia dengan
melihat kejayaan anak pelajar yang dahulunya hanya biasa-biasa.
Guru-guru, walau apa jua keadaan, kesusahan dan
keperitan kalian melalui semua amanah ini – ketahuilah kalian tetap dihati
kami. Ya, kami yang dahulunya adalah insan yang mengagumi kalian daripada jauh.
Dalam di sudut hati, kami ingin menjadi seperti kalian.
Kalian tenang dalam bersabar.
Kalian yang benar-benar bersungguh menerangkan.
Kalian yang jujur dan ikhlas dalam mendidik.
Kalian yang cekal untuk berbakti.
Kalian yang tetap teguh untuk memberi.
Kalian yang sentiasa tersenyum dalam mengasihi.
Teruslah berbakti, mendidik dan
memberi.
Kerana kami insan yang belum
mengerti,
Akan hakikat hidup ini.
# Dedikasi khas buat zaujati.
Guru Bahasa Inggeris Tahun 1,2 dan
3.
Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh,
Perak.
Labels:
Catatan Perjalanan
Siri Buku Penanaman Tauhid - Usaha Pertama Zaujati
Wednesday, April 3, 2013
Buku Pertama Zaujati yang ditulis bersama
Murabbiyah Tarbiyatul Aulad - Puan Maimunah Bt Hashim.
Tentunya, sebagai ibu bapa – kita akan tersentuh dan
terkesan dan terusik perasaan apabila diperkatakan tentang pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Itu suatu kepastian!
Lantaran itu, hari ini kebanyakan ibu bapa mempunyai kesedaran yang tinggi
untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.
Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka. Buku menjadi wadah yang baik untuk penerapan asas ini bagi memperkenalkan mereka siapakah Allah SWT.
Buku juga sebagai permulaan di usia muda menyedarkan mereka
bahawa Allah SWT adalah pencipta, Rabb mereka – hanya Allah dan memiliki segala-galanya
di muka bumi ini.
Justeru itu, atas kesedaran inilah – zaujati berimpian untuk
sama-sama berkongsi apa yang beliau lalui sejak kecil dalam proses tarbiyatul
awlad. Dan, akhirnya lahirlah buku siri pembacaan Inggeris ini untuk
merealisasikan hasrat murni ini.
Kelebihan buku ini?
Buku ini ialah siri membaca Bahasa Inggeris @ English Reading Series yang dikarang bertujuan membina kemahiran membaca Bahasa Inggeris anak-anak pra-sekolah, sejajar dengan usaha menanamkan tauhid kepada mereka.
[1] Perkataan-perkataan di dalam buku ini diulang-ulangkan untuk tujuan membantu anak-anak menangkap perkataan Bahasa Inggeris tersebut, dan seterusnya boleh membacanya.
[2] Gambar-gambar yang menghiasi dalam dan luar buku-buku ini juga amat menarik minat kanak-kanak.
[3] Pendekatan penerapan Tauhid yang diambil oleh penulis-penulis buku ini ialah, menanamkan Allah itu satu-satunya Rabb, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Maha Penyayang.
[4] Hubugan antara Rabb dan Hamba-Nya ialah hubungan kasih sayang, oleh kerana itulah Allah SWT mengurniakan kita segala nikmat. Atas kerana hubungan istimewa ini jugalah, kita sebagai 'Abd (hamba) terikat untuk membalas cinta Allah SWT itu dengan ketaatan total kepada-Nya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi, seperti dalam surah Al-Fatihah.
Sasaran buku ini ?
[1] Ibu bapa – sebagai pendidik kepada anak-anak
[2] Anak-anak berumur tiga sehingga enam tahun. [
Namun, tiada had umur kerana yang masih kecil sudah boleh didedahkan secara
berperingkat]
Kenali Buku
Buku ini merupakan buku-buku yang
diterbitkan untuk memenuhi satu program pembacaan bersiri yang dinamakan Little
‘Abd Programme. Satu set buku ini terdiri dari lima buah buku yang mempunyai
tahapan yang berperingkat. Siri-sirinya bertajuk :
[1] Allah Is My Rabb
[2] Allah Loves Us
[3] Thank You Allah!
[4] It’s Fun At The Zoo
[5] Only Allah Can Give Us Fruits
Bagaimana hendak memiliki buku ini?
Tuan-tuan dan puan-puan budiman,
Ibu bapa yang sekalian,
Jika berminat untuk memiliki buku ini – bolehlah berurusan
dengan saya melalui emel saya : brohamzah85@gmail.com dan bagi yang mempunyai
facebook boleh PM saya di sini. Saya akan nyatakan harganya, perincian urusan
pembayaran dan penghantaran kepada tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.
Harapan Kami
Besar harapan kami agar “perkongsian” ini dapat dimanfaatkan
oleh ibu bapa dalam usaha bersama mendidik anak-anak mengenali Allah SWT,
mentaati Allah SWT dan seterusnya mencintai Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita
berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan
ini.
Labels:
Dunia Buku
Subscribe to:
Posts (Atom)