Diari Hamil Terbitan Telaga Biru
Sungguh bermanfaat dan bermakna untuk bakal ibu dan bapa!
-----
12 Jun 2011
– Selepas 3 bulan perkahwinan kami, saya menghadiahkan sebuah buku istimewa
buat zaujati selepas kami mendapat berita gembira lagi membahagiakan.
“Anugerah
permata hati daripada Ilahi.”
Berita ini
kami raikan dengan kesyukuran, kegembiraan dan sujud syukur kepada Ilahi. Buku
yang saya hadiahkan ialah Diari Hamil, terbitan Telaga Biru. Sebuah buku
ala-ala diari yang dilengkapi dengan panduan kehamilan yang menyeluruh, padat
dengan info perkembangan bayi dan yang terpenting sarat dengan tips berguna
kepada kami berdua.
Ini gambar scan bayi kami yang pertama.
Disimpan bersama Diari Hamil kepunyaan zaujati.
Nampak tak?
Saya
hadiahkan ia khusus buat zaujati dan ternyata zaujati sangat gembira. Seronok
melihat zaujati tekun mencatat sesuatu di dalamnya. Masa-masa yang terluang dicatat rasa hati dengan penuh keterujaan.
Tanda nama sewaktu diwad juga disimpan dalam buku ini.
Tanda Ibu dan tanda anak.
Sungguh
buku yang comel, cantik dan penuh dengan grafik yang menarik ini
sangat-sangat-sangat berguna dan bermanfaat buat kami. Tahniah kepada
penulis-penulis dan mereka yang menghasilkan buku ini.
Yang best
lagi, buku ini ada checklist, catatan ibu, memo ibu dan ada ruang untuk
meletakan gambar ultrasound bayi. Ia menjadi buku kenangan yang paling berharga
buat kami sekeluarga!
Alhamdulillah, semakin besar pun si Putri yang comel ini.
Semakin ligat dan aktif.
-----
30 Nov 2012
– Saya ke kedai buku Muda Osman mencari sesuatu. Hampa. Puas saya keliling satu
kedai bahagian atas tetapi apa yang dicari tidak dijumpai. Lalu saya tanya
kepada abang si penjaga buku.
“ Ada,”
Ujarnya. Sambil tangan menunjuk ke satu sudut bahagian depan buku rak paling
bawah.
“ Ya! Betul.
Inilah bukunya, saya tidak perasan. Terima kasih abang!” Kata saya sambil
tersenyum kepadanya.
Buku itu
saya capai dengan jiwa yang lapang. Gembira.
Turun
tangga kedai dengan senyuman penuh kepuasan. Tidak sia-sia ke kedai walaupun
badan kurang sihat dan masih lagi panas. Baru nak kebah demam.
“ Diari
Hamil Versi 2,” Getus hati saya.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
------
BroHamzah
Maha Suci Allah SWT Atas Kurniaan
dan Anugerah Ini
Together We Maka A Change
Tuesday, November 20, 2012
Bantuan Kita
Sumbangan Kita
Jasa Kita
Pengorbanan Kita
Wang Ringgit Kita
Tenaga Kita
Buah Fikiran Kita
Masa Kita
Peluh Keringat Kita
--
Luka Mereka
Derita Mereka
Darah Mereka
Tangisan Mereka
Ai Mata Mereka
Jeritan Mereka
Perjuangan Mereka
Maruah Mereka
--
Masihkah Ada Harapan?
Semuanya Tidak Mustahil Buat Mereka.
Bukankah, Kita dan Mereka Itu Saudara?
Ingin menyumbang dalam bentuk kewangan ?
Salurankan kepada Tabung Palestin HALUAN
BIMB 14-023-01-003429-2
Maybank 5644 9020 8528
--------
BroHamzah
Read more...
Labels:
Palestin
Bahagia Di Pentas Cinta
Sunday, November 18, 2012
Impian, Hasrat, Hajat & Cita-citaku : Agar Kami Dapat Sentiasa Bersama Di Pentas Dakwah Dalam Menyebarkan Cinta.
Bagaikan tidak percaya. Namun, itulah yang terjadi di pentas
cinta.
Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu – saya dan zaujati
digandingkan dalam suatu program bersama remaja Terengganu dalam slot yang
cukup istimewa. Mana tidaknya, ialah kali pertama saya dan zaujati “berjaya”
dipertemukan untuk bersama-sama berkongsi hati dalam satu pentas yang sederhana
tapi penuh makna.
Tajuknya : “ Cinta”
Ha’ah! Tentunya bergetar jiwa-jiwa yang membacanya. Saya dan
zaujati bertungkus lumus mencipta keserasian, keseragaman dan juga kata sepakat
untuk menjayakan slot cinta ini. Berbincang, berdiskusi, bercambah minda dan
bersembang-sembang penuh minat untuk memastikan sesuatu yang bererti untuk
dicurahkan kepada para peserta.
Sejujurnya, ianya bukan semudah yang disangka.
Berminggu-minggu saya mencari titik mula untuk duduk bersama. Namun, ia
tertangguh sehingga ke saat-saat akhir. Berpeluh saya. Migrain hadir
menambahkan ragam penuh cuka – segala persediaan dan persiapan kami. Sehingga, pada hari tersebut
barulah kami dapat duduk bersama secara serius, tenang dan penuh tenaga.
Akhirnya, itulah yang kami mampu berikan seadanya.
Satu perkara yang benar-benar saya rasai ialah bahagia.
Bahagia bersama si dia di pentas cinta. Hajat benar agar suatu masa saya dan
zaujati dapat bergandingan bersama-sama dalam memberi apa sahaja yang mampu
disebarkan kepada ummat ini. Susunan, tetapan dan aturan Allah SWT Maha Kuasa –
di pentas cinta jua kami akhirnya digandingkan.
“Apa perasaan?,” Tanya hati kecil saya.
“ Bahagia,” Jawab monolog sendirian.
“ Bahagia bersama di pentas cinta,” Ujar saya kepada zaujati
sambil tersenyum.
------
BroHamzah
Sayang,
abang bahagia bergandingan denganmu!
Read more...
Labels:
Baitul Muslim,
Cinta,
Usrah Cinta
Cinta Buat Gaza
Saturday, November 17, 2012
Jujurlah wahai hati, adakah jauh di sudut nurani ini kita benar-benar berduka atas musibah yang menimpa mereka? Jika tiada, benarkah itu cinta saudara seaqidah?
Atau ia hanya dusta dihujung kata?
Gaza.
Tangisan berdarah lagi.
Ketika Gaza mulai diserang hebat
oleh Zionis Israel, aku dan keluarga sedang bersiap-siap untuk bermusafir ke
Terengganu. Tujuan dan misi yang perlu diselesaikan dalam rangka mengeratkan
silaturahim, mengharumkan hubungan kekeluargaan dan disamping melunaskan
kebahagiaan bersama di pentas cinta bersama zaujati.
Teriakan, jeritan dan mogokan
seantero dunia – adalah salah satu luahan jiwa ummat untuk menzahirkan kepada
ummat manusia bahawa, secara fitrahnya kita bencikan peperangan, kezaliman dan
penindasan.
Namun, dicelah-celah itu adalah
kuasa dan kekuatan yang tidak boleh dipandang enteng oleh kebanyakan kita. Ia menjadi
senjata yang tidak dapat ditandangi oleh mana-mana kecanggihan, kekebalan dan
sedahsyatan senjata yang hebat yang pernah direka cipta sepanjang perabadan
dunia.
Senjata tadahan doa, munajat,
rintihan dan luahan jiwa-jiwa yang bersih, jernih lagi tulus mengharapkan
keampunan, keredhaan dan pertolongan daripada Allah SWT.
“ Ah, kita ini boleh doa sahaja. Lepas itu, tutup mata. Tidur!.”
“ Kesian. Tapi tak boleh buat apa-apa. Yang boleh, doa sahaja.”
Aku membesar dengan doa. Hidup dengan doa. Dan memulakan hariku dengan
doa. Ia adalah dialogku dengan Rabbku. Komunikasi terus antara aku dan Dia.
Saudara, usahlah begitu. Doa itu sangat-sangat besar maknanya buat
mereka.
Saudari, marilah kita gerakan jiwa untuk mereka.
Walaupun sekadar, tembakan doa buat mereka.
Saudari, marilah kita gerakan jiwa untuk mereka.
Walaupun sekadar, tembakan doa buat mereka.
Justeru, tanggungjawab kita adalah memastikan doa kita itu termakbul.
Bagaimana?
Itulah peranan kita.
Kelihatan kecil-kecil, biasa-biasa dan kerdil-kerdil sahaja.
Tetapi, agar doa itu biasa termustajab – pastinya bukan calang-calang
manusia sebenarnya kecuali kita adalah insan yang terpilih.
Menjadi insan terpilih yang setiap hasrat, doa, permintaan dan tadahan
doanya benar-benar menjadi “senjata”. Bukan sekadar ritual, rutin kebiasaan,
adab dan budaya semata-mata.
Nah! Kita punyai tugas, amanah dan kerja yang berat!
-------
BroHamzah
Aku berdoa namun, tanpa air mata bersulam cinta.
Berdustakah aku?
Read more...
Labels:
Palestin
Gagal = Fail, Bukanlah Penghujung Kehidupan
Tuesday, November 13, 2012
Anda pernah rasai keperitan sebuah kegagalan, kejatuhan dan kekalahan?
Jika pernah, anda adalah insan yang hebat!
Jam sekitar 3.30 pagi.
Peti mesej handsetku berbunyi. Aku begitu sensitif
sebenarnya dengan “gangguan” luar yang menjengah di ufuk lenaku yang
menyenangkan. Lalu, dengan mata yang kabur ku capainya dalam kegelapan yang
ada.
1 Mesej.
“ Salam abang Ali. Saya F bekas student SMK XX.
Sekarang tengah belajar sambung diploma di UYY. Dah nak masuk semester last.
Saya baru dapat result semester 5, result saya fail 2. Rasa sangat kecewa, saya
dah buat habis baik, sedangkan kawan yang saya tolong ajar diaorang lulus. Saya
dah macam hilang semangat. Saya perlu nasihat abang Ali. Tolong saya.. Maaf
ganggu.”
Aku termenung lama jua. Mengingati siapa pelajar lelaki ini.
Samar-samar ia hadir dalam minda dan memoriku. Salah seorang adik yang pernah
aku santuni dalam beberapa siri program motivasi kesedaran di Perlis beberapa
tahun yang lalu. Bagus orangnya. Ada kesedaran yang tinggi dan punyai semangat
untuk berubah.
Pagi itu seusai subuh aku membalas mesejnya untuk membangkitkan
semangatnya yang kian hilang dan pudar. Pahit rasanya melalui kegagalan,
kekalahan dan kejatuhan. Tetapi, itulah juga perkara yang pernah aku lalui sebelum
ini. Sebelah malamnya - aku titipkan sedikit bingkasan buatnya melalui emel.
----------
Assalamualaikum, F.
Terima kasih atas perkongsian perasaan. Semoga berada
dalam kekuatan jiwa dan perasaan.
Semoga Allah SWT iringi kehidupan F dengan kasih sayang
dan cinta-Nya. Insan beriman amat yakin bahawa setiap ujian,musibah dan dugaan
adalah penghapus dosa dan juga tanda kasih Allah SWT terhadap kita.
Saat inilah doa, munajat dan tangisan kita amat berharga.
Kerana apa?
Kerna kita amat-amat perlukan Allah SWT, Dialah Rabb
tempat meluah dan mengadu. Jadikan ia sebagai titik untuk F kembali muhasabah
masa yang lalu.Jika benar ini adalah satu teguran daripada Allah SWT. Terimalah
ia dengan redha, pasrah dan tenang.
F yang budiman,
Gagal, bukanlah penghujung kehidupan tetapi ia adalah
langkah untuk semak, baiki dan bangun semula untuk jadi lebih baik. Justeru,
susun semula kehidupan dan laluinya dengan keimanan, keyakinan, kepasrahan
kepada Allah SWT.
Jika ada masa terluang jemputan singgahan satu laman web
yang punyai motivasi untuk bangkit dan membina jiwa.
Lihatlah dan ambilah manfaat daripadanya.
Sekian.
//aali
-----------------------------
Aku temui ramai insan-insan yang melalui pelbagai
detik-detik kegagalan, kejatuhan dan kekalahan yang memeritkan. Mereka terpaksa
menempuh pengalaman yang mencengkam perasaan sehingga kekecewaan, kesedihan dan
kepiluan itu terpaksa ditelan dengan kepasrahan tanpa rela.
Namun, mereka bangkit semula. Bangun dengan sebuah harapan
dan asa. Digenggam dengan penuh hasrat, cita dan kuasa. Mereka bangkit untuk
terus berjuang hingga ke akhir usia!
Warna Warni Kehidupan
Inilah kehidupan. Perjalanannya sungguh memenatkan. Apa
tidaknya, semakin ke hujung semakin banyak pula ujian-ujian, cabaran-cabaran
dan dugaan demi dugaan. Justeru, biarpun begini - kehidupan ini tidak boleh
dibelenggu jemu dan lesu.
Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu diukir dengan
keindahan, keceriaan dan kegembiraan. Hari-hari yang baru adalah saat yang
terbaik untuk mencipta sesuatu yang lebih baik. Hari untuk menukilkan karya
baru yang lebih unggul, terbaik dan memberikan kepuasan kepada hati dan nurani.
Tiada istilah kalah, gagal atau fail – tetapi kejayaan dan
kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah
segala pengajaran, ibrah dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan
masa kini.
Justeru, laluilah ia dengan ketabahan, kecekalan dan
kesungguhan. InsyaAllah – inilah modal yang perlu dilaburkan untuk melihat
senyuman penuh kepuasan di masa hadapan.
Berjuang
Untuk Berubah!
BroHamzah
Read more...
Labels:
Inspirasi Ke Puncak,
Motivasi Diri
Bingkisan Evergreen Buatku - Titisan Air Mata
Monday, November 12, 2012
Air Mata
Semalaman aku duduk terpaku
memikirkan tentang diri sendiri. Ada kalanya hati rasa begitu sayu.Ada saatnya
terasa begitu hiba. Tidak semena, air mata mengalir. Manik-manik jernih
mengalir laju membasahi pipku.
Aku sebenarnya baru sahaja membaca
satu artikel yang ditulis oleh Murabbi yang sangat hormati, al-marhum Ustaz
Dahlan Mohd Zain (UDMZ). Kupasannya sangat menyentuh. Dan paling aku
tersentuh adalah pada tajuknya." Titisan Air Mata Lantaran Dakwah
Kehilangan Dai',".
Dunia Dakwah pada hari ini
kehilangan dai yang berjiwa kental, berkemahuan tinggi dan berhati sufi. Medan
ini benar-benar menguji sehingga ramai yang pernah menapak dalam semaian
tarbiyah, hanyut dibawa oleh arus dunia yang ganas, deras dan dahsyat.
" Jahiliyah mencengkam
jiwa-jiwa putera-puteri yang pernah kita didik sehingga mereka tewas," Masih
terngiang-ngiang kata-kata seorang Ustaz.
" Jalan ini, jalan yang
panjang. Tidak semua mampu bertahan dengan jalan ini." Kata
seorang sahabatku. Aku mulai melihat diriku sendiri. Semakin hari semakin
banyak ujian, cabaran dan mehnah yang hadir dalam kehidupan ini. Aku sedar dan
tahu inilah sunnah kehidupan. Inilah warna-warni kehidupan yang perlu aku
tempuhi.
" Anta perlu pelbagaikan
warna dalam hidup enta. Kehidupan yang hanya dengan satu warna adalah kehidupan
yang kosong dan hambar. Warna-warni kehidupan akan mengajar kita untuk lebih
matang dan dewasa. Jangan takut untuk menghadapi kesusahan dan kepayahan.Ada
masanya anta perlu susah dan merasai kegetiran. Dengan kesusahan inilah, jiwa
anta akan lebih peka, halus dan sensitif."
Inilah nasihat daripada seorang murabbiku
- Abu Umar. Kata-katanya sentiasa bermain-main difikiranku. Kata-kata jiwa
untuk meningkatkan lagi syuur untuk terus bertapak pada jalan dakwah dan
tarbiyah ini.
Istiqamah – Ia sukar?
Wahai sahabat ikhwah sekalian, ayuh
kita bangkitkan syuur kita untuk mempersiapkan diri untuk sentiasa istiqamah
pada jalan dakwah dan tarbiyah. Jalan yang akan membersihkan diri kita dan
memelihara kesolehan hati serta kejernihan niat kita kepada Allah SWT. Jadikan
kehidupan ini sebagai kehidupan untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang
sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari
keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala
keputusan, ketentuan dan ketetapan Allah SWT disamping meyakini hikmah yang
tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan,
keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.
Marilah sahabat-sahabat yang budiman, kita bina
keimanan yang benar kepada Allah SWT. Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT.Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan
seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit
menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung
menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika
perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap
kali berdepan dengan kegagalan.
Ayuh Pemuda, kita bangkitkan Ruh kita! Ruh untuk mendidik dan berbakti kepada Manusia. Usah kecewa dan kesal dengan karenah manusia. Bersabarlah.Kerana Buah kesabaranmu itu adalah kejayaan yang sebenarnya disisi Allah SWT.
Nasihat Terakhir
Aku masih ingat pada 15 Februari 2010, ketika
aku bersama Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dengan beberapa orang sahabat diberi
kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarahi UDMZ sebelum beliau kembali ke
rahmatullah, alhamdulillah ketika itu UDMZ kelihatan ceria dan semakin sihat.
Ustaz sempat berkongsi syuur dan memberi kami nasihat sebagai bekalan dakwah.
Teringat kata Ustaz :
“ Ana dah
bazirkan banyak masa muda ana dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Pada umur 31 Tahun baru ana dapat kesedaran Islam. Antum patut bersyukur kerana
umur semuda ini sudah diberi taufiq dan kesedaran oleh Allah SWT.”
Kata-katanya masih segar dalam ingatanku
ini. Usiaku, masaku, kudratku dan segala tenagaku benar-benar banyak
dibazirkan.
------
BroHamzah
Medan Menulis Tidak Sama Dengan Medan
Bercakap
Medan Bercakap Tidak Serupa Dengan Medan
Beramal
Medan Beramal Tidak Sama Dengan Medan
Berjihad
Berjihad Di Medan Yang Sebenar!
Labels:
Bicara Murabbi,
Nota Tarbiyah
Dahsyatnya Taubat Nasuha
Monday, November 5, 2012
Buku : Dahsyatnya Taubat Nasuha, karangan Ibnu Qudamah al-Maqdisy.
Terbitan PTS Islamika Sdn Bhd
Benar. Ia sungguh dahsyat dan hebat.
Taubat itu ertinya kembali.
Kembali kepada Allah SWT.
Kembali kepada Rabb Yang Maha Agung Lagi Berkuasa.
Kembali kepada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tiada amalan yang lebih mulia
melainkan, bertaubat dan sentiasa memperbaharui taubat. Harumannya mewangi dan
melebar menghiasi udara-udara kehidupan mukmin.
Udaranya segar dan membangkitkan
jiwa. Tiada apa yang dihajati daripada taubat ini kecuali keampunan dan keredhaan
daripada Allah SWT.
Keampunan Allah SWT terjadi
dengan ketulusan, kejernihan dan keikhlasan hati dalam bertaubat.
“ Sesungguhnya Allah
mencintai orang yang banyak bertaubat.”
(Surah Al-Baqarah 2 : 222)
“ Wahai orang yang beriman,
bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Allah
menghapuskan kesalahan kamu dan memasukan kamu ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai.”
(Surah At-Tahrim 66 : 8)
Kisah-kisah taubat makhluk yang
bernama malaikat dan manusia benar-benar
menggugahkan jiwa. Mereka hanya insan biasa yang akhirnya menjadi mulia hanya
kerana taubat nasuha. Sebelum-sebelum ini semua perbuatan jijik, kotor, keji,
hina dan mungkar menjadi pakaian dan darah daging mereka. Tetapi, itu cerita
lama. Pintu lama ditutup, lalu dibuka lembaran baru.
Pintu taubat adalah seluas-luas
pintu yang sentiasa terbuka buat hamba-hamba Allah SWT. Kesedaran, keinsafan
dan suntikan penyesalan membuatkan mereka bertindak untuk kembali kepada Allah
SWT. Kisah-kisah mereka – dibuka satu persatu. Dibelek satu persatu. Dihayati
satu demi satu. Dan, ketahuilah bahawa kisah-kisah ini sangat unik dan
menggugah perasaan ini!
Kitab Mukhtasharu Kitabit-Tawwabiin
adalah kitab karangan Ibnu Qudamah Al-Maqdisy yang telah pun diterjemah dalam
bahasa Melayu dengan judul Dahsyatnya Taubat Nasuha. Saya mengesyorkan
anda memilikinya. Kisah-kisah dan cerita-cerita dalam karya ini akan membawa
hati kita ke suatu sudut yang berbeza dan akan menyentuh jiwa-jiwa kita untuk
kembali kepada Allah SWT.
Dapatkan segera! Percayalah – anda tidak rugi memilikinya.
-----
BroHamzah
Read more...
Labels:
Dunia Buku
Manis Tawar Ta'aruf Suami Isteri
Thursday, November 1, 2012
" Masa - detik kehidupan - adalah
titik-titik berharga untuk disantuni."
Petang itu
seperti biasa kehidupan harian kami, makan malam sebelum maghrib seusai pulang
dari kerja. Agak penat, lelah dan letih itu sudah menjadi ramuan harian kami
menempuh kerja-kerja yang ada.
Sembang-sembang santai antara suami isteri adalah
saat-saat yang berharga. Senyum, ceria, heart to heart dan ada "feeling-feeling" sikit.
Di situ,
terbinanya rasa, cinta dan sentuhan jiwa yang kadang-kadang diterabaikan kerana
kesibukan yang terus-menerus “menghimpit” masa, ruang dan perhubungan yang ada.
Apabila
berpeluang maka, itulah ketika yang harus dimanfaatkan. Tiba-tiba wujudnya satu
rasa ingin “menguji” isteri yang tercinta.
“ Sudah
setahun lebih kita hidup bersama kan? Tentunya banyak perkara yang kita belajar
antara satu sama lain. Mungkin, sayang lebih kenal abang berbanding
dahulu?Betul tak?,” Aku mulakan bicara.
“
Agak-agaklah - apakah perkara yang paling abang suka?,” Aku memasang peluru.
Zaujati
tersenyum sahaja. Memandang juadah nasi kegemaran kami berdua. Dalam hatiku,
ini mesti terdiam mencari-cari jawapan. Hah! Peluru hampir menepati sasaran.
“ Sepanjang
hidup dengan abang, sayang perasaan ada dua perkara yang sangat-sangat dekat
dan abang suka buat,” Ujarnya dengan penuh keyakinan. Tiada ragu-ragu.
“Apa dia?,”
Teruja aku dibuatnya. Nak tau juga, betul ke salah.
“ Pertama,
setiap bulan mesti ada duit yang abang peruntukan untuk beli buku atau
bahan-bahan ilmiah. Walaupun, bajet kita ini ceput sahaja,” Kata zaujati dengan
tenang tapi yakin.
“Betul tak
bang?,” Soalnya.
Saya diam
tak terkata.
“ Keduanya,
abang ini jenis kalau nak dapatkan sesuatu atau beli sesuatu – abang akan
pastikan harga atau kualiti barang selepasnya lebih baik dan bermutu walaupun
mahal. Biarpun terpaksa menabung dan simpan duit untuk tempoh yang lama. Betul
kan?,” Ujar zaujati lagi.
Tiba-tiba rasa sebak, terharu dan
jiwa terusik.
Entah mengapa, rasa jawapan itu
dekat dengan diriku.
“ Betul tak, abang?,” Soalnya lagi.
Aku sengih sahaja. Dalam hati,
zaujati adalah seorang pemerhati dan observer yang sangat peka, sensitif dan
menjiwai insan-insan di sekelilingnya. Kerana itulah ramai kenalan,
sahabat-sahabat dan adik-adiknya begitu menyayanginya. Ada “sesuatu” yang
istimewa padanya.
Sebelum ini, belum ada yang mampu
memberikan jawapan sebegitu padaku. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu.
“ Ok abang, kalau sayang pula
macamana? Apakah perkara yang paling sayang suka dan gemar buat?,” Pertanyaan spontan daripada zaujati.
Alamak, peluru dialihkan kepada aku.
“ Kalau abang ini peka, ada satu
perkara yang sayang akan buat. Hampir
sebulan ada.?,” Tanyanya dengan wajah kejujuran.
Peluru berdas-das datang!
Gulp! Berpeluh. Hampir tersedak aku
dibuatnya. Fikiran melayang-layang mencari jawapan. Mulut terkunci. Tak pernah
terfikir aku tentang perkara ini!
-------
Murabbi ada berkata : “ Biasanya
sepasang suami isteri mengambil masa sehingga 10 tahun untuk mengenali pasangan
masing-masing secara lebih mendalam. Bahkan, ada yang lebih daripada itu.”
Bahkan, ta’aruf itu juga berlaku
sepanjang hayat sehingga bertemu Ilahi.
Read more...
Labels:
Baitul Muslim
Subscribe to:
Posts (Atom)