Tersentak Lalu Bersegeralah

Monday, July 19, 2010

Bersegeralah menuju keredhaanNya

Tersentak lalu bersegeralah


Oleh : BroHamzah

Maha Kasih dan Cinta Nya Allah SWT, ia akan memberikan kita pelbagai pengajaran dan didikan melalui bermacam-macam peristiwa kepada kita.

Pernah saya menyebut kepada para pelajar saya ketika sesi perkongsian di sebuah sekolah :

“ Selalu Allah SWT akan memberikan kepada kita satu peristiwa di dalam hidup ini untuk diberikan satu turning point atau pun titik tolak untuk kita lakukan perubahan.”

Dalam pengalaman saya, banyak peristiwa-peristiwa tertentu telah menjadikan saya tersentak, tersedar dan bergerak untuk sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. Salah satunya ialah pengalaman yang real berlaku ketika saya darjah 6. Dengan Izin Allah SWT, abah saya jatuh sakit dengan teruk sekali. Abah saya disyaki terkena kesan sampingan bahan kimia semasa di makmalnya. Peristiwa itu menggamit perasaan kecik di sanubari saya dan saya sangat tersentuh. Melihat semua penderitaan dan kesusahan itu, saya bertekad untuk melakukan perubahan pada diri.

Satu target saya letak pada masa itu ialah untuk berubah. Saya mulai rajin belajar dan bertekad untuk meraih keputusan UPSR dengan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan yang tidak kenal jemu, Allah berikan keputusan yang cemerlang kepada saya.

Tersedar untuk segera beramal

Satu kisah yang menarik tentang seorang Salaful Soleh yang terkenal dengan kewarakan, keilmuan dan kesolehannya. Beliau yang saya maksudkan ialah Fudhail Bin Iyadh. Semasa hayat mudanya beliau terkenal sebagai seorang pemuda yang sangat buruk akhlaknya.

Siang hari dipenuhi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak mendatangkan faedah. Di malam hari pula, sentiasa diisi dengan hiburan, keseronokan, minum arak dan aktiviti judi. Malah, kesemuannya yang menghiasi dirinya ialah sesuatu yang tidak memberi erti kepada kehormatan dirinya.

Bahkan, dunia malam selalu mengheretnya pada amalan-amalan yang gelap seperti pekatnya malam itu sendiri. Kebiasaan inilah yang selalu membawa beliau kepada perbuatan melanggar peraturan dan syariat Islam.

Satu Malam yang hening

Pada suatu malam, tatkala beliau sedang asyik membawa dirinya dalam alam kemaksiatan yang penuh kegelapan dan kehitaman, telingannya terdengar suatu suara merdu mendayu sedang mendendangkan sebuah lagu.

Itu suara perempuan, Getus hatinya. Tentu, cantik si empunya suara.

Terbayanglah olehnya wajah cantik yang merdu suaranya itu bermain-main di benak fikirannya.

Dengan pantas beliau, memanjat satu tembok untuk mencari sumber suara dan pemilik suara yang sangat merdu itu. Beliau ingin menikmati keindahan suara dan sekaligus menatapi kecantikan wajah penyanyinya.

Sampailah ia pada puncak ketinggian dinding, maka beliau boleh mendengar suara itu dengan jelas tanpa halangan. Akan tetapi, apabila diamati suara itu bukanlah lagu mahupun syiar yang indah-indah lagi puitis tetapi ianya merupakan lantunan ayat-ayat Al-Quran yang penuh khusyu’ dibaca oleh seorang gadis. Begitu jelas ayat-ayat itu menembus ke telingan Fudhail Bin Iyadh.

Ayuh kita semak makna bacaan tersebut :

“ Belumkah datang masanya bagi orang-orang yang beriman, bahawa akan khusu’ hati mereka kerana mengingati Allah dan kebenaran yang diturunkan..”

Surah Al-Hadid ayat ke 16.

Layu sudah keghairah nafsu.

Jiwanya tertunduk lemah.

Matanya terpejam dengan penuh keinsafan

Dan hancur luluh perasaannya.

Suatu perasaan yang luar biasa hadir menyapa sanubari kecilnya. Aneh dan luarbiasa.

“ Belumkah datang masanya.. belumkah datang masanya..”

Ayat itu seperti seribu mata pisau yang mengiris-iris perasaan Fudhail.

Ia turun dari dinding tembok, dan bersamanya juga ketika itu turunnya hembusan hidayah Allah SWT daripada langit memasuki hatinya. MasyaAllah.

Bertitik tolak daripada itu, amalannya berubah secara keseluruhnya. Segala kekotoran segera dibasuh dengan amalan kebaikan hingga hatinya menjadi bersih bercahaya seperti bulan purnama yang menerangi alam raya. Begitulah kisah titik perubahan Fudhail Bin Iyadh.

Kini, nama begitu tersohor di kalangan kita sebagai seorang alim ulama yang warak, soleh dan sentiasa bertaubat. Para muslimin akan sentiasa menjadikan kata-kata dan kalam nasihatnya yang menyentuh hati sebagai peringatan diri dan jiwa. Inilah suatu contoh dan qudwah amaliyah buat kita semua.

Koreksi diri

Peristiwa sebegini akan berlaku kepada sesiapa sahaja.

Jika kita hajatkan hidayah dan petunjuk Allah SWT, mohonlah kepada Nya.

Pohon hidayah dan berdoakan juga agar Allah SWT memelihara hidayah yang telah dikurniakan kepada kita.

Bersegeralah menuju keredhaan Rabb Mu.

Read more...

3 Hari Bersama Hilal Asyraf, Ia sangat manis

Sunday, July 18, 2010

Hilal Asyraf dan Sahabatnya


3 Hari Bersama Hilal Asyraf, Ia sangat manis
Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Selayaknya syukur saya panjatkan kepada Allah SWT, kerana sentiasa memberi pelbagai kenikmatan kepada hambaNya. Rasa kerdil terhadapNya sentiasa bermain-main di dalam jiwa dan hati ini. Maha Suci Allah SWT yang mengurniakan segala kenikmatan untuk seluruh manusia ini.

Kesempatan dan Peluang

Alhamdulillah. Minggu lepas, selama 3 hari saya diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama dengan seorang sahabat saya, akhi Hilal Asyraf yang telah lama tidak saya ketemuinya secara bersemuka. 3 hari itu adalah 3 hari yang sangat istimewa dan saya dapat berkongsi banyak perkara dengannya.

Tahun 2002

Saya masih ingat lagi, tahun 2002. Satu peristiwa saya bersama seorang sahabat saya iaitu Amru Irfan semasa saya di MATRI. Ketika itu kami sedang membincangkan sesuatu yang sangat penting. Amru sedang mencari bakal pewaris dan pelapis untuk menggantikan untuk pertandingan syarahan peringkat negeri Perlis.

“ Nta, ada calon dah ke siapa yang akan ganti anta untuk masa hadapan nanti?,” Soal saya.

“ Dah ada. Itu.” Kata Amru kepada saya sambil menunjukan jari nya kepada suatu arah.

Kelihatan di suatu sudut seorang pelajar tingkatan satu sedang membaca Al-Quran dengan khusyuk.

“ Dia?,” Tanya saya.

“ Ya, apa pandangan anta?”, Amru melihat ke wajah saya.

“ Ana setuju, ana lihat pada adik tingkatan satu itu banyak potensinya. Tapi anta perlu bimbing dia untuk lebih maju dan berkeyakinan.” Saya lontaran pandangan.

“ Malah, ana tengok. Dia juga ada bakat kepimpinan dan akan menjadi seseorang yang penting dalam meneraju BPM nanti,” Tambah saya.

Siapakah adik tingkatan satu itu?

Dialah Hilal Asyraf.

Saya mengenali Hilal semenjak di berada di Tingkatan Satu lagi. Antara perkara yang paling menyerlah kepada Hilal ialah sikap kesungguhan dan keseriusan terhadap tarbiyah dan dakwah.Bermula saat itulah, saya dan Hilal berukhuwah dan membina ikatan persaudaraan kerana Allah SWT.

Kini, dia sudah dewasa

Hilal hari ini, adalah Hilal yang sudah dewasa, matang dan mempunyai kewibawaan.
Saya sebagai seorang sahabat dan juga teman perjuangannya, saya merasai satu perasaan yang sukar digambarkan. Jika dahulunya, saya adalah seorang abang yang selalu menjadi tempat Hilal perkongsian masalah, perasaan dan sebagainya kini, saya adalah sahabatnya yang bersama-sama berjuang untuk menghayati Islam di dalam kehidupan.

Cita-cita Hilal adalah cita-cita semua pejuang dan pendokong Islam

Dan, beliau memilih bidang penulisan ini sebagai medannya untuk memberi dan menyebar luaskan fahaman dan penghayatan Islam.

Syabas, akhi!

3 hari, peluang yang jarang diperolehi

Alhamdulillah, sejak 3 bulan yang lalu ketika Hilal memaklumkan bahawa dia akan pulang ke Malaysia, Saya telah berbincang dengannya untuk menyusun program untuknya di Pantai Timur. Dan Alhamdulillah, beliau memberi respon yang baik.

Banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Dan antara kesimpulan yang saya boleh nyatakan Hilal adalah seorang pemuda yang mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Apa yang kita lihat pada Hilal pada hari ini, adalah hasil daripada sikapnya yang fokus, positif, bersungguh dan serius.

“ Dakwah ini kita kena jadikan ia sebagai satu keperluan bukannya suatu pekerjaan yang terpaksa dibuat.” Kongsi Hilal dengan saya.

Penulisan

Dalam tempoh setahun setengah, Hilal telah menghasilkan 7 buah buku. Ia sangat luar biasa. Saya tanya bagaimana beliau lakukan semua ini.

“ Pengurusan masa dan disiplin, abang Ali.” Jawab Hilal sambil tersenyum.

Sekarang ini, 6 ke 7 buah buku sedang diusahakan oleh Hilal. Banyak tu. Saya sempat mengikuti bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Hilal di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri. Alhamdulillah, banyak input segar dan baru yang saya perolehi.

“ Menulis ini tidak perlukan bakat, tetapi MINAT.”

Ya. Itu suatu saranan yang sangat memotivasikan sesiapa sahaja yang mendengar buah perkongsian Hilal dalam bengkel tersebut.

Soalan cepu emas

Saya menanyakan satu soalan kepada Hilal secara peribadi.

“ Siapakah Hilal Asyraf 10 tahun lagi?,” Soalan berbentuk pertanyaan masa hadapan.

“ Manalah ana tahu, abang ali,” Jawab Hilal sambil ketawa.

Ia bukan sebarang soalan, tetapi soalan yang ingin saya ajukan itu ada mesej tersurat dan tersiratnya.

Read more...

Tazkiyatun Nafs

Wednesday, July 14, 2010

Bersihkanlah hati sebersih air yang suci lagi jernih


Tazkiyatun Nafs – ( Koreksi Diri )
Oleh : BroHamzah

Setiap detik berlalu, kita laluinya dengan perasaan dan jiwa.
Kehidupan yang hidup, segar dan bermakna adalah kehidupan yang diwarnai dan disertai dengan jiwa dan hati yang sentiasa hidup serta dekat dengan Allah SWT.
Namun, ada sesuatu yang sentiasa menjadi penghalang kepada kesegaran hati iaitu dampak dosa, noda dan maksiat.

Apa kesannya?

Semua kemaksiatan merupakan faktor yang menyebabkan hati teracuni, sakit, tenat, lesu dan hancur. Ia merupakan penyebab hati sakit dan penyebab hati berkehendak selain kehendak Allah SWT. Bahaya kemaksiatan terhadap hati, sama seperti bahaya racun terhadap badan. Para mukmin muslim tidak harus membiarkan diri terjebak ke dalam kancah kemaksiatan, kerana ia akan mematikan potensi pemeliharaan kemukminan dan kemuslimannya, dan yang lebih besar kemungkaran Allah SWT akan memayungi kehidupannya.

Kemaksiatan itu mampu memberikan pengaruh yang sangat berbahaya terhadap hati dan badan, baik di dunia mahupun akhirat. Kesannya terhadap individu muslim itu mampu melumpuhkan sistem ketahanan dirinya terhadap godaan syaitan dan bisikan tipuaan dunia.

Dosa, noda dan maksiat yang menggunung akan membutakan hati. Ia akan menyebabkan ketajaman hati untuk menganggap kemaksiatan sebagai sesuatu yang buruk, keji, jijik, kotor dan harus dikikis daripada dirinya.

Ibnu Abbas berkata : “ Sesungguhnya kebaikan itu penyebab wajah bercahaya, hati bersinar, rezeki dilapangkan, dan dicintai oleh semua makhluk. Sesungguhnya pula kemaksiatan penyebab wajah hitam, hati gelap gelita, rezeki sempit dan dibenci oleh semua makhluk.”

Kemaksiatan juga akan menjatuhkan kewibawaan dan kemuliaan pembuatnya, baik di sisi Allah SWT mahupun di sisi manusia.

“… barangsiapa dihinakan Allah SWT, maka tidak seorang pun yang memuliakannya..”

( Al- Haj : 18)

Ia akan memadamkan api semangat yang membara dan terpendam di dalam hati. Seseorang individu akan menjadi pemalas, hilang keghairahan hidupnya, dan tidak memiliki semangat dalam kehidupan.

Bilal bin Sa’ad berkata : “ Janganlah kamu memperhatikan kecilnya dosa atau kemaksiatan, tetapi perhatikanlah besarnya Dzat yang kamu bermaksiat kepada-Nya.”

Read more...

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP